Tuesday 21 May 2019

Menu buka puasa day 11-15

Salam 16 Ramadhan. Dua minggu lagi InsyaAllah kita akan menyambuat Aidilfitri. Lagu-lagu raya pun dah mula di mainkan di stesen-stesen radio. Namun semangat raya tu tak sampai lagi ke jiwa. Banyak benda yang menggangu fikiran buatkan rasa seronok nak raya tu hilang. Namun hidup harus di teruskan suka atau tidak, sedia atau tidak kerana itulah takdirnya. 

Menu Ramadhan Day 11


Telur masin tu balance semalam punya. Hari ni masak kari udang bersama terung, goreng ikan bawal kecik dan buat sambal tomata bilis. Roti hotdog dan roti john tu beli kat bazar alang-alang dah singgah bazar sebab nak beli kuih koci👇untuk bawa ke surau. 



Menu Ramdhan Day 12


Hari ni Adilah berbuka kat sekolah. Pukul 6 tu kena hantar dia pergi sekolah. Jadi agak kelam kabut sikit lah bila assistant tak ada. Sempat buat roti john, goreng sotong tepung bestari, masak asam rebus ikan senagin dan baby kailan sos tiram. Air pulak milo tabur.

Menu Ramadhan Day 13

Minggu ni walaupun cuti hujung minggu yang panjang tapi tak balik kampung sebab suami kena kerja. Hari ni balik kampung jap sebab nak hantar ke tailor kain baju melayu suami. Kain tu dah lama emak bagi (kain abah yang orang bagi tapi abah tak buat baju pun) tapi biasalah suami saya memang suka tunggu last minit baru nak bertindak. Kat subang semua dah tutup amik tempahan. Sib baik uncle singapore tailor ni masih amik tapi cuma boleh siap 2 hari sebelum raya. Bolehlah tu daripada tak ada baju. Lagipun kitaorang memang akan beraya kat Tg Karang. Jadi kalau lambat pun tak ada masalah lah.

Sempatlah saya goreng mee dan buat kuih cara berlauk ni untuk bawak balik kampung. Satu adunan ni dapat banyak juga. Rupa memang tak berapa lawa lah but tase wise not badlah. First time kot, InsyaAllah kalau buat selalu akan lebih lawa dan sedap.


 Kuih Cara Berlauk

Resepi adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
31/2 cawan air + santan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

* Blend semua bahan di atas

Resepi Inti

Daging/ ayam cincang
Bawang holand - cincang
Bawang putih - cincang
Rempah kari daging
Garam

* Tumiskan bawang yang di cincang hingga naik bau. Masukkan daging cincang, serbuk kari dan garam. Masak hingga daging masak dan sejukkan.

* Inti ini juga yang saya guna untuk buat roti john.

Hiasan

Cili merah
Daun sup

Menu Ramdhan Day 14

Hari ni memang plan nak buka luar sebab nak pergi cari baju raya untuk anak-anak. pagi tu saya hantar suami pergi kerja dan petang tu lepas amik suami plannya nak g Kompleks. Sekali penuh ya amat. Terus g Seksyen 7 ingat nak g Zeita, sekali jammed jugak. Hurmmm malas nak bersesak-sesak cari parking, teruslah g bazar stadium. Sama juga sesak. Jalan pun berlaga-laga montot. Beli just apa yang teringin. Sempatlah juga saya buat kuih buah melaka.


Menu Ramdhan Day 15



Ingatkan hari cuti menu macam-macam kan tapi sebaliknya. Pagi ni ada meeting gathering raya KHMR kat rumah pak su. Zohor baru meeting habis. Singgah sana sini, sampai rumah pukul 3 jugak. Badan pun dah lembik. Jadi masak ajelah mana yang termampu. Kuih cara tu ada lagi lebihan tepung hari tu. Sayang nak buang kita habiskan jer lah. Buat roti john nak habiskan roti yang nak expired. Ada goreng pisang juga tapi tak sempat di fotokan. Daging salai tu lebihan puasa pertama tu just tambah pucuk ubi. Goreng ayam dan buat air sirap oren dan milo.


Thursday 16 May 2019

Menu Buka Puasa Day 5-10

Assalamualaikum....

Hari ni dah 11 hari kita berpuasa...Bermakna kita dah memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu fasa keampunan. Sebagai hamba yang terlalu banyak berbuat dosa, ini lah saat terbaik untuk saya memohon keampuanan atas setiap dosa yang telah saya lakukan samada sengaja atau tidak, sembunyi atau nyata. Semoga Allah mengampunkan dan menerima taubat saya.

"Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau."

"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal."

"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang."

"Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."

"Ya Allah berikanlah kepada kami kebahagian di dunia dan kebahagian di akhirat dan bebaskanlah kami daripada siksaan api neraka."

Alhamdulillah, saya masih di beri kesihatan dan kudrat untuk menyediakan lauk berbuka untuk keluarga saya. Meh tengok apa menu buka saya.

Menu Ramadhan day (5)






Menu Ramadhan day (6) & day (7)

Seperti di rancang saya balik ke kampung hujung minggu tu. Hari Sabtu gerak dari Subang pun dah pukul 4 petang. Sebelum balik tu sempatlah pergi buat cermin mata dulu. Adoiii lari bajet raya. Tak pelah daripada kena operate, harapnya penggunaan cermin mata ni dapatlah bantu mengurangkan katarak dan rabun saya yang saya nafikan selama ini.

Jadi petang tu memang dah plan nak pergi pasar Ramadhan jer. Sue yang parents saya cater makanan pun weekend tak hantar makanan. Mak belum sihat sepenuhnya akibat operation slipped disc. Angah pulak baru lepas operate beranak. Kenalah kita makan lauk bazaar ramadhan petang tu. Macam-macam borong.

Ahad tu baru saya masak. Saya masak asam pedas ikan merah, udang butter, sayur lemak labu dan meranti, juga ikan goreng. Malangnya gambar nan hado.



Menu Ramadhan day (8)



Telur itik masak lemak tu masak 4 biji, tapi cuma 2 biji aje yang di makan dan 2 biji lagi ke tong sampah. Anak-anak tak suka telur itik, so lepas ni beli ajelah kalau teringin nak makan. Ikan cencaru bakar dan siramkan dengan kuah santan cekur. Sekor tu lebihan puasa beberapa hari yg lepas. Pucuk ubi rebus tu cicah dengan kuah cekur tu..fuhh camgini 👍Udang butter dan sayur lemak labu tu angkut dari kampung untuk sayur, tapi malangnya tak terjaga waktu sahur. Untuk air buat air oren dan milo panas.

Menu Ramadhan day (9)



Menu hari ni pun simple jer. Janji kenyang dan habis. Ayam goreng kunyit dengan sup fishball dan sambal cili dan juga telur mata cair. Rendang daging tu frozen punya. Kuih karipap nenek ani dan buah anggur. Air buat rebena dan A&W float.



Menu Ramadhan day (10)



Hari ni cuma masak mee hailam, rebus telur masin, goreng karipap dan papadom. Asam pedas tu pun hat yang angkut dari kampung. Panaskan jer. Itu pun makan waktu sahur jer. Waktu buka semua makan mee hailam. Air tak ingatlah air apa, tak ada pulak gambo.



Friday 10 May 2019

Menu Berbuka Puasa 2019


Kejap jer dah masuk 5 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Time kat office ni kalau belah pagi rasa lambatnya nak tengahari, bila dah tengahari pulak laju jer.. tup-tup dah 4.30 petang. Semalam pulak, sedar-sedar dah 5.45 pagi. Missed sahur lah jawabnya. Kesian kat Arissa jer. Dia tu walaupun bangun sahur, bila balik sekolah tetap meragam nak minum. Ini kan pula tak bangun sahur. Tapi alhamdulillah bertahan juga sampai buka itu pun dah lembik cam apa.

Masalah kita mak-mak ni adalah nak masak apa hari ini. Untuk elak pening-pening fikir apa nak masak, saya siapkan menu apa setiap hari sepanjang Ramadhan ini. Setakat 4 hari ni segala yang di rancang saya ikut, tapi tak tahulah esok lusa apa citernya.

Menu Ramadhan day (1)



Ayam butter, daging salai masak lemak dengan belimbing buluh, kacang panjang campur kobis dan udang, bubur keladi, karipap (beli karipap frozen dari nenek ani ) dan ayor oren sanquick. 

Cica buka kat kampug, jadi cicot lah ganti cica

Resepi Butter Chicken

Bahan-bahan

Ayam (saya guna chicken fillet)
Tepung bestari untu salut ayam
Butter
Susu cair
Bawang putih
Cili padi
Daun kari
Garam
Cheese (optional)

Cara-cara

1. Ayam di potong kecik dan di salutkan dengan tepng bestari. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili padi dan daun kari.
3. Masukkan susu cair dan kacau rata. Tambahkan cheese barang sekeping untuk jadikan buttermilk lebih creamy. Sesuaikan rasa dengan garam & gula.
4. Akhir sekali. masukkan ayam yang dah di goreng tadi dan gaul rata. Angkat dan hidang.

Ayam butter ni menu permintaan Cica dan memang dia makan banyak giler masa sahur tu sebab masa buka kan dia buka kat kampung. Panas-panas angkat terus makan...Walla sedap lemak berkrim semua. Tambah lemak.


Menu Ramadhan day (2)

Nasi ayam, kuih vadey (wak bagi kuih frozen masa tengok mak hari tu), buah dan ayor tembikai laici. Ceritanya tembikai tu cica yang bawak dari kampung, tapi tak manis pulak. Jadi kita jadikan lah air.,,tak manis boleh tambah gula.

Menu Ramadhan day (3)

Menu simple jer. ..ala-ala diet gitu. Diet ke benda kalau ada cheese tart Hokkaido tu. Memang nyummm lah makan sejuk-sejuk, tapi rege dia memang mahei lah..  

Menu Ramadhan day (4)


Air soda herb
Kangkong goreng belacan, bawal cili, tomyam seafood, buah dan kuih tepung pelita (beli)


Budak tak sahur..muka letih gilerr..