Tuesday 12 May 2015

Entry Tertunda: Arissa Masuk Sekolah

Assalamualaikum...

Cepatnya masa berlalu..Sekarang dah masuk minggu ke dua bulan May..tetapi saya masih begini. Harap ada sinar yang lebih baik di bulan May ini. Apa pun hidup mesti di teruskan, usaha perlu di gandakan, doa perlu di banyakkan. InsyaAllah pasti ada yang manis menunggu jika tidak di dunia ini mungkin di akhirat nanti.

Hari ini si kecik saya Arissa buat hal lagi tak mahu bangun pagi pergi sekolah. Dah lama sebenarnya nak buat entry pasal Arissa masuk sekolah. Patutnya pagi ini saya ada appointment tentang kerja yang ingin di tawarkan pada saya, tetapi kerana Arissa tak ke sekolah terpaksalah di tangguhkan. Alang-alang yang dirancang tak jadi marilah kita cerita kisah Arissa masuk sekolah. Tak kisahlah cerita basi ke apa, yang penting saya nak cerita jugak sebagai kenangan.

sempat lagi tidur dalam kereta
Itu antara drama Arissa kalau kena kejut pergi sekolah. Dua bulan pertama dia sekolah pakej lengkap dia bagi  bangun pagi nangis, mandi nangis, sampai sekolah pun nangis tak mahu masuk kelas. Adoii rasa nak jer berentikan dia sekolah tapi sayang duit yuran dah bayar beribu. Sabar jer lah layan kerenah dia.
Masa ni belum daftar, jadi cica tak dapat uniform lagi.

Setelah buat survey dengan mengambil kira beberapa faktor, saya dan suami pilih untuk hantar Arissa ke Genius Aulad Subang Bestari. Hari pertama saya dengan Adilah yang hantar dia ke sekolah. Dari rumah kan main excited, sampai sekolah dok berkepit tak mau tinggal. Walaupun baru first day sekolah consider hari orientasi tapi parents tak di benarkan untuk tunggu anak-anak di kelas. Parents di beri masa sekejap untuk ambil gambar anak dan selesaikan lain-lain perkara.
Aktiviti pertama dalam kelas mewarna
muka toya jer
Fuhh yuran pendaftaran mak datok mahal..macam yuran nak masuk universiti. Masa zaman Adilah tujuh lapan lepas tak sampai seribu pun seingat saya. Ini pun antara yang termurah sekali sebab itu kami pilih. Belum lagi yuran bulanan. Tak dapat nak bayangkan lima tahun akan datang berapa pulak yuran pendaftaran untuk masuk ke tadika yang cuma 3 jam sehari sahaja. Lap peluh japp.
boleh bayar installment rumah sebulan
Ini semua pelaburan masa depan dan memamg tanggungjawab ibu bapa untuk beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sehingga ke tahap yang tertinggi. Di Genius Aulad meraka menekankan pendidikan akedemik dan agama. Setakat empat bulan bersekolah ini. Arissa dah boleh baca fatihah, basic solat dan kenal huruf. Dia baru empat tahun pun, saya pun tak meletakkan harapan yang tinggi pada dia. Tujuan hantar ke sekolah awal pun sebab nak bagi pendedahan pada dia cara bergaul, cara berkawan dan secara tak langsung dapat menimba ilmu juga.
play time
Sewaktu Parents day, cikgu kelas dia bagitahu Arissa ni aktif budaknya. Suka main dalam kelas dan suka bercakap. Cikgu mengajar dia suka ganggu dengan nak bercerita macam-macam hal. Hurmm habislah kalau mama papa dia bergaduh pun dia citer kat cikgu. Dia senang ikut apa orang ajar tapi macam adilah juga paling lama pun lima minit jer lah dia boleh betul-betul fokus. Lebih tu mulalah dia sembang.
gambar dari FB Genius Aulad ada aktiviti dengan dugro
Ni dia dah bangun tidur, suruh mandi pergi sekolah sessi petang. Nasib baik sekolah ni dua sessi dan terima kasih sangat pada principal kerana benarkan arissa untuk masuk sessi petang sekiranya pagi dia tak mahu bangun. Buat masa saya sedang menganggur ni bolehlah lebih kurang dengan dia, tapi bila saya dah start kerja tak dapatlah layan kerenah dia. Pernah saya suruh naik van balik ke rumah nenek pengasuh sebagai persedian jika saya bekerja. Kali pertama naik van dia tak mau turun bila samapai rumah nenek pengasuh. Siap nangis-nangis lagi. Aduhai cica..cica..pastu pandai komplen pulak cakap naik van penat sebab kena pusing-pusing dulu hantar kawan-kawan.
Van Acik Siti
Bawah sekolah 7E..adoiii standby jer la duit..
Macam-macam karenah yang akan kita rindui bila anak dah besar. Semua ini kita tak akan dapat ulang lagi. Semoga anak-anak mama Adilah dan Arissa akan jadi manusia yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Mama dan papa akan kerja keras untuk bagi kakak dan adik pendidikan yang terbaik kerana kamu berdua adalah saham mama dan papa di Akhirat sana.
Kesayangan mama dan papa

No comments:

Post a Comment