Tuesday, 15 January 2019

Sour Cream Butter Cake


Kek pertama yang saya buat untuk tahun 2019. Dah lama teringin nak buat dan merasa kek sour cream ni, tapi tak banyak resepi yang menyakinkan di internet yang boleh di cuba. Sampailah saya jumpa video di bawah ni di youtube dan saya telah mencubanya.


Alhamdulillah saya suka dengan hasil kek ni. Sampai 2 kali saya buat sebab sedap, lembut, moist dan gebu. Satu loyang saya bawak balik ke kampung dan family saya semua suka. Ini akan jadi a keeper recipe untuk sour cream butter kek. Hanya menggunakan 5 bahan dan sangat mudah untuk membuatnya. 


Sour Cream Butter Cake

Bahan-bahan

125gm butter
155gm gula kastor
3 biji telur gred A
145gm tepung naik sendiri
110gm sour cream
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1) Masukkan butter dan gula kastor. Pukul sehingga butter bertukar menjadi putih (4-5 minit kelajuan sederhana)
2) Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanilla & pukul perlahan sehingga sebati.
3) Masukkan tepung berselang seli dengan sour cream (mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga) Ulang dalam 2 kali. Pukul perlahan-lahan.
4) Kaup balik guna spatula hingga sebati.
5) Masukkan adunan dalam loyang 7' dan bakar pada suhu 160c selama 35 minit atau sehingga masak.


Selamat mencuba...InsyaAllah tak menyesal buat..

7 comments:

  1. boleh substiute sour cream tu dengan greek yogurt tak

    ReplyDelete
  2. TQ share resipi...dah berulang kali saya buat. Kegemaran keluarga

    ReplyDelete
  3. Boleh guna tepung biasa campur baking powder tak....nisbah nya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna 150g tepung gandum biasa (MP Flour) mix dengan 1.5 tsp baking powder. Berjaya. Selamat mencuba

      Delete
  4. Nak tahu, apa rasa kek sour cream ni? Saya pun nk cuba juga

    ReplyDelete
  5. Ada tips untuk dapat lapisan atas macam tu? Macam boleh tanggal..

    ReplyDelete