Wednesday 30 October 2013

WW: Lagi gambar

Meh layan lagi gambar-gambar kat Cyberview Lodge Resort
alolo besarnya nguap
 
Cica pinjam pelambung budak baju hijau tu..budak tu nak balik tapi cica tak mo kasi..
tengok muka bengang masing-masing..
 
 

Tuesday 29 October 2013

Cyberview Resort & Spa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Percutian menebus voucher yang akan tamat tempoh pada 31hb Oktober 2013. Kalau ikut tawaran 'MBF Power Holiday Program' ada tiga resort yang boleh kita pilih iaitu
  1. Cyberview Resort & Spa - Cyberjaya (worth RM1,155.00)
  2. Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa - Terengganu
  3. Belum Rainforest Resort - Gerik, Perak
Welcome to Cyberview Resort & Spa
Memandangkan kesuntukan masa, almaklumlah last minit punya planning maka saya memilih untuk ke Cyberview sahaja. Daripada review yang saya baca tentang tempat ni semua pun bagi komen-komen yang positif dan bagus.

Day 1- Jumaat 25/10/13

Saya anak beranak bertolak selepas Isyak hari jumaat. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang sejam sahaja dari rumah..hahaha dekat kan...tak apa lah janji bercuti..sampai tu terus check-in..ambik kunci dan juga voucher sarapan untuk dua hari dan terus cari bilik..Saya dapat bilik jenis Deluxe Chalet Room yang berharga rm 480++ semalam..tetapi dengan program yang MBF tawarkan ni, saya cuma perlu bayar RM250 sahaja. Kalau tak sebab voucher ni, memang tak merasa la saya dan keluarga nak merasa duduk di resort yang 5 bintang ini.  
Saya dapat bilik Chalet Room sebiji macam dalam gambar ni.
Note: Gambar ehsan Cuti.com 
Buka jer pintu bilik..wow..jakun jap..biliknya besar dan cantik dengan katil bertiang macam katil pengantin siap dengan tirai ke kelambu, toiletnya bersih dan keperluan lain semua lengkaplah..tang toilet memang saya fussy ..pergi mana-mana saya akan tengok toiletnya dulu..loratkan..macamlah toilet dia kat rumah tu bersih sangat..tapi itu memang saya...kalau bilik best camner pun kalau toilet kotor...bilik yang best pun jadi tak best...

                                                     Bilik saya nombor 104 kat belah bawah depan tangga tu                                                     
Katil dan tilam  yang adilah kata best tu...sebenarnya mamanya pun
teringin sangat nak tidur kat katil yang ada kelambu cam ni..Rasa romanti gitu..hehehe
Posing dulu sebelum depa berdua dok lompat-lompat atas tu
Si kakak ngan cica apalagi golek-golek la atas katil..si kakak siap cakap kan best kalau boleh bawak balik katil ngan tilam...pulak daaa..ingat katil ngan tilam tu kocik ke leh main sumbat dalam kete jer...
Macam-macam gaya ada

Day 2-Sabtu 26/10/13
Hadapan restoran
Pagi-pagi bangun terus pergi sarapan..berpusing-pusing juga cari restoran Verandah..rupanya belakang bilik kami jer..ramai juga yang sedang bersarapan sewaktu kami tiba..waktu operasi restoren bermula jam 6.30 pagi. Voucher sarapan yang diaorang bagi tu cuma untuk 2 orang dewasa sahaja..cica memang free..jadi untuk adilah saya kena tambah RM26+++..kalau kat kedai mamak tak sampai RM26 pun untuk sarapan kami empat beranak..

Nak buat acamner..dah namanya hotel kan...kena tak kuat makan macam adilah memang tak berbaloilah RM26++ tu..dia setakat makan cereal..omelet..buah dengan sosej jer kot...punyalah banyak makanan itu jer yang dia berselera..roti telur yang jadi favorite dia pun dia tak makan..boleh kata kan semua makanan yang di hidangkan kami rasa..makanan dia sedap dan service diaorang pun cepat. Mana-mana makanan yang dah habis cepat jer diaorang refill. 
Lepas makan apa lagi..mandi pool lah..aktiviti yang paling anak-anak suka..bukan anak-anak jer..mak bapaknya pun suka gak..ha ambik kau..punyalah besar swimming pool dia..ada 3 seksyen semuanya...jadi selesa lah nak bermandi mandi..yang atas sekali tu sesuai untuk budak-budak mandi..yang tengah tu yang kat air terjun sesuai untuk yang dewasa mandi dan yang belah jambatan tu pun untuk yang kanak-kanak..kedalam kolam kat sini sehingga 5 kaki sahaja.

si cica kan main seronok...tak takut langsung..dok berlari-lari dalam pool tu..tak larat kakak dan papanya mengejar..adalah 2 jam jugak 3 beranak tu berendam kat kolam.sampai kecut-kecut tangan cica..

Balik bilik terus mandi-mandi dan lepas zohor kami keluar jalan-jalan cari makan ke Allamanda..kami makan kat foodcourt dia jer..lupa lah plak nak ambik gambar makanan..adilah makan sziling yee mee..saya makan popia dan suami makan burger..cica dah mengantuk dan mula lah meragam..jadi tak dapatlah saya nak cuci-cuci mata kat allamanda tu..
tak cukup mandi kat pool...kat bilik air main air lagi.
Taman kat luar allamanda shopping mall. Lama tak datang sini, dah banyak berubah
Dalam perjalanan tu dia dah tertidur..bila angkat masuk bilik langsung tak mau tidur..apalagi sambung mandi kolam lagi la..sampai orang semua dah naik dia tak mahu naik-naik lagi..lepas maghrib tu sambil tunggu isyak saya survey-survey la tempat makan yang sedap yang berdekatan sebab suami malas nak pergi jauh-jauh..terjumpa satu blog ni yang rekomen D'Sedap Sengoti dekat Cyber Neo..pusing punya pusing tak jumpa-jumpa..sudahnya tapaw kfc jer makan kat bilik sambil layan cerekerama..


Day 3- Ahad 27/10/13

Pagi ini saya tak bagi adilah ikut bersarapan..saya suruh jer dia sarapan kat bilik memandangkan roti..biskut semua ada. Rugi aje bayar mahal-mahal tapi tak makan. Saya dan suami pilih tempat di luar restoran. Jadi boleh juga kami suap-suap adilah makan..pilihan makanan tak banyak berubah dari semalam..adalah dua..tiga menu yang berubah..
Sarapan day 2 dekat bahagian luar. Walaupun jauh nak ambik makanan tapi
senang nak suap-suap adilah
Lepas sarapan mandi lagi..mandi lah puas-puas ye...hari ni nak check-out dah..hari ni cuaca panas sikit tak macam semalam..habis muka semua sunburn.. pagi ni saya pula temankan anak-anak mandi sebab suami sakit kaki..dia dok kat bilik jer sambil kemas-kemas bag..
  
Lepas zohor terus check-out. Kalau ikut waktu check-out pukul 12 tengahari. Tapi depa ok jer kita dok keluar lambat. Dengan itu berakhirlah percutian saya sekeluarga di Cyberview Resort & Spa. Ada rezeki boleh datang lagi.
Siap kemas... nak balik dah
Kat kaunter nak check-out
Memang tak rugi datang sini. Persekitaran hotel yang di kelilingi landscape kehijauan yang sangat cantik buat kita rasa tenang, nyaman dan damai. Rasa nak duduk sini terus. Saya personally memang highly recommended resort ni kepada mereka yang nak lari dari hiruk piruk kota dan juga merehat-rehatkan otak. 
Nikmatnya kalau dapat rehat-rahat camni tanpa fikir segala masalah negara
Landscape yang sangat cantik.
Sebelum balik rumah singgah dulu kat Restoren Saba yang terkenal ngan nasi arabnya tu..saya tahu pasal restoren tu dari Bunick Firdaus dalam novel beliau Dia & Dia..masa tu saya tengah mengandungkan cica...atas alasan mengidam..suami bawalah makan kat sini..semalam lepas dua tahun lebih saya datang balik dengan budak yang mengidam nak makan nasi arab tu..punyalah ramai orang..penuh semua meja sampaikan kena tulis nama untuk ambil giliran pada yang nak makan di situ. Untuk yang bungkus adalah 15 minit  jugak nak kena tunggu. 
Sampai ke luar orang beratur
yummy..tapi rasa tak best cam dulu dah..