Wednesday 27 March 2019

Pajeri Terung


Resepi Pajeri Terung
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan

3 biji terung - belah 2 jangan putus
3 sudu besar rempah kari daging babas
2 sudu besar kerisik
1/2 kotak kecil santan (saya guna santan kotak)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halis
Segenggam udang kering

Cara-cara

Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dengan air) dan kacau rata cepat-cepat. Masukkan sedikit air/ santan supaya tidak hangus. kemudian masukkan santan, garam dan gula serta kerisik. Biarkan semua bahan masak mesra.


Akhir sekali masukkan terung dan biarkan hingga terung lembut dan pecah minyak. Masak dengan api sederhana saja. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api dan ngap.


Saturday 23 March 2019

Projek Pisang Tanduk - Kerja Pembersihan Tapak

Projek pisang tanduk ni projek usahasama saya bersama adik-adik perempuan saya, Lina, Angah, Adik dan Acu di atas tanah milik abah. Pada asalnya adik saya AD nak buat rumah di atas tapak ni sebab dia akan berkahwin masa tu (tahun 2017). Namun kita hanya merancang, Allah jua penentunya. AD tak jadi kahwin dan tanah ni akhirnya terbiar semak. Sebelum ni Angah ada juga tanam jagung, tapi tak menjadi. Memandangkan kitaorang ni suka makan kerepek pisang tanduk, jadi kitaorang sepakat untuk tanam pisang tanduk.

Setelah beberapa kali tertangguh akhirnya 10hb March 2019, kerja-kerja membersihkan tapak berjaya di lakukan. Asalnya saya dan Lina nak bersihkan secara manual jer dengan di bantu 3 budak kecik cica, qaseh dan ayeep. Tengah semangat-semangat buat kerja sekali budak yang menyewa rumah adik saya kat sebelah tapak kebun ni datang tegur kami. Katanya kat tapak ni ada ular tedung warna hitam dan besar. Semalamnya pun dia baru nampak ular tu berlegar kat kawasan semak kebun ni. Apalagi kutip semua barang dan cabut dok bawah pokok mangga. 

Seronok depa ni dapat main walaupun panas terik.

Adoilahhh...nak tak nak kenalah minta tolong adik saya Anas untuk tolong bersihkan guna tractor. Sekejap jer selesai. kalau harap kitaorang buat manual agaknya tahun depan baru siap kot..hahaha..Dahlah cuaca panas terik. Memang rentunglah kitaorang. Sementara tu kitaorang bersihkan tepi-tepi kebun dan bakar semua daun dan sampah.


Bila dah bersih terus rasa semangat dan tak sabar nak tengok anak-anak pisang di tanam di sini. Mudah-mudahan langkah pertama kami nak jadi usahawanita berjaya tercapai. Padahal ilmu pasal pokok pisang semua zero. Tapi itu bukan masalah sebab semua tu boleh belajar. Apa yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan,


Budak berdua ni bukannya menolong sangat, main jer lebih. Tapi bagus juga bagi pendedahan aktiviti camni. Tak adalah asyik mengadap henpon jer. Ada serumpun pokok tebu yang angah tanam. Saya bersihkan dan amik yang tua untuk di tanam semula sebagai pagar di kebun pisang kami nanti. Sekali pucuk tebu yang saya kumpul nak tanam tu dah di bajak dek Domong partner anas. punyalah penat-penat kumpul sekali kena lenyek..huhuhu..Manis giler tebu ni. Sempatlah petang tu kitaorang mesin tebu ni jadikan air tebu. Itulah kalau berbudi pada tanah, dapatlah hasilnya kita nikmati.


InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa perkembangan projek pisang tanduk ni. Waktu saya tulis entry ni sebenarnya sebanyak 200 batang anak pokok pisang tanduk dah di tanam di kebun kecik kitaorang ni. Lain kali saya akan cerita sebab saya sendiri belum sempat tengok anak-anak pokok yang dah di tanam tu. Weekend ni baru nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa my baby..hahaha

Tuesday 12 March 2019

Burnt cheesecake aka kek keju hangus

Buat kek ni untuk birthday sendiri. Dah lama teringin nak buat, tapi tunggu masa yang sesuai. Akhirnya terlaksana masa birthday saya baru ni dan sesungguhnya kek ini sangat-sangat berbaloi untuk di cuba. Semua suka sangat, sampai berebut-rebutlah. Walaupun namanya cheesecake tapi dia tak rasa cheesy sangat pun dan tak muak langsung. Macam makan kuih bakar jer tapi versi lebih creamy


Tekstur kek sangat lembut dan cair di mulut. Adoii telan air liuq teringat kesedapan kek ni. Memang kena buat lagi sebab suami pun tak sempat rasa kek ni hari tu. Nasib baik nak buatnya pun senang dan bahan pun tak banyak guna. 

Kek Keju Hangus
Sumber: Phong Hong Bakes and Cooks

Bahan-bahan

500gm philadelphia cream cheese, pada suhu bilik
170gm gula kastor
200ml double cream
4 biji telur
18gm tepung

Cara-cara

1. Alaskan loyang denga baking paper dan pastikan paras kertas melebihi loyang tadi.
2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese dan gula hingga berkrim
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
4. Masukkan double cream dan pukul hingga adunan sebati
5. Ayakkan tepung ke dalam adunan. Tuang tepung sebanyak 3 kali dan kacau hingga rata dengan menggunakan senduk.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan hentak 2, 3 kali untuk buang gelembung udara
7. Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang sejam atau hingga bahagian atasnya bertukar keemasan, bukan hangus ye

Punyalah cica tak sabar nak rasa, habis kena cubit-cubit kek tu..


Friday 8 March 2019

Today Is My Birthday

Hari ni Jumaat bersamaan 1 Rejab 1440 Hijrah, merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke 43 tahun. Kalau tahun-tahun sebelum ni rasa seronok bila orang wish, tapi tahun ni rasa macam malu dan sedih pulak sebab rasa diri dah tua. Takut pun iye sebab rasa umur dah banyak tapi bekalan untuk akhirat masih tak ada. Kalau kata Tuhan amik saya sekarang, ntah apa amalan yang saya nak persembahkan, dengan dosa yang banyak sangat ni. Ya Allah tak mampu nak memikirkannya. Ya Allah ampunkan segala-dosa-dosaku.

Namun saya harus mengucap syukur, kerana masih di beri nikmat hidup hingga ke hari ni. Bersyukur atas perlindungan dan rahmat Allah dalam setiap nafas. Bersyukur atas beruntunganya saya masih dapat bersama suami, anak2, mak abah, adik beradik, keluarga dan sahabat. Masih di beri nikmat iman, sihat, rezeki dan keamanan. Nikmat Allah yang mana yang engkau dustakan. Tak terhitung banyaknya nikmat yang telah Allah beri sehingga hari ini. MasyaAllah.

Pagi tadi suami dan anak-anak telah memberi ucap selamat beserta peluk cium. Saya tak mengharapkan apa-apa hadiah ke surprise dari suami kerana saya tahu memang tak akan berlakulah. Namun anak-anak Adilah dan Arissa telah buat saya menitiskan air mata pagi tadi dengan surprise mereka. Memang saya tak sedar langsung bila adilah buat semua tu. Tau-tau saya masuk dapur dan terus nampak kotak kek secret recipe dan coklat atas meja. Patutlah adilah kelam kabut pergi sekolah pagi tadi. Bila tanya arissa katanya dia ngan kakak kongsi duit tabung nak belikan saya hadiah tu.

Sayang nak bukak dan makan...hahaha

Terima kasih anak-anak sebab hadiah korang bakal menggemukkan lagi mama. Namun mama hargai sangat apa yang kakak dan adik buat. InsyaAllah esok kalau kakak dan adik dah kerja bagus-bagus, mama mintak hadiah yang mahal ehhh. Bila cakap kat si adik, dia kata ok mama, nanti cica dah jadi pilot cica belikan mama hadiah yang mahal. Adoii lahh anak, mama gurau jer. Anak mama berdua ni lah hadiah paling mahal mama pernah dapat tau. Mudah-mudahan tercapailah cita-cita cica ye.

Terima kasih juga pada adik beradik, keluarga dan rakan-rakan semua atas ucapan selamat dan doa yang baik-baik. Saya sangat menghargainya. Kepada Tuhan saya pohonkan semoga Allah panjangkan umur saya, beri saya kesihatan fizikal dan mental, tatapkan iman saya, luaskan rezeki saya, dekatkan saya pada kebaikan dan di jauhi dari segala kejahatan, di kabulkan segala permintaan saya dan di permudahkan segala kesulitan dan urusan saya.

آمِيّنْ آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Saturday 2 March 2019

Hello March


Sekejap jer dah masuk bulan March, bulan kelahiran saya...Semoga bulan ini akan memberi banyak kegembiraan pada saya dan keluarga. Sepanjang February banyak air mata saya yang tumpah. Saya kira saya dan February memang tak ngam walaupun patutnya February itu bulan cinta buat saya.

February 2 adalah tarikh wali saya melepaskan saya pada lelaki lain untuk bergelar isteri. February 2 juga adalah tarikh perginya bapa mertua saya ke Rahmatullah. Jadi air mata suka dan duka bergabung di situ. Tahun ini 17 tahun dah saya dan suami melalui suka duka sebagai suami isteri. Allahuakhbar macam-macam dah saya lalui dan macam tak percaya saya boleh bertahan hingga sekarang. 

Rumahtangga mana yang sempurna, pasti ada ombak dan badai. Apa yang penting belajar dari setiap kesilapan yang pernah jadi dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Namun manusia kan selalu alpa tetap juga ulang kesilapan yang sama dan kemudian menyusahkan banyak orang. Bila dah susah bukan senang orang nak bantu hatta keluarga sendiri pun kadang menolak.

Namun syukur Alhamdulillah saya di kurniakan keluarga, mak abah dan adik beradik yang sentiasa berusaha untuk membantu di kala saya di timpa kesusahan tanpa apa-apa syarat. Begitu juga rakan yang sentiasa memberi kata-kata positif pada saya saat ujian getir itu melanda. Terima kasih Ya Allah Kau hadirkan insan-insan istimewa ini pada ku. Terima kasih juga kerana hadirkan ujian ini pada ku Ya Allah. Kau beri ujian ini kerana Kau tahu aku mampu walaupun kadangkala seringkali juga aku menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Ya Allah ampunkan aku. Tunjukkan padaku dosaku yang mana yang tak Kau ampunkan lagi sehingga dua kali musibah ini terjadi.

Sampai mati pasti saya tak akan lupakan 3 jenis manusia ni. 
Dalam banyak yang sedih ada juga yang gembira. Alhamdulillah saya dapat anak buah baru di bulan February ini. Baby girl anak ke 4 adik saya Atam dan isterinya Julie. Tahniah dah 4 orang princess korang. Arissa sibuk nak mintak baby Qiqi ni..tak dapeklah cica oii

Aqilah Afza Binti Mohd Fairuz @ Qiqi