Friday 30 November 2018

Selamat Pengantin Baru Syaza dan Saiful

Kalau 23hb telah di adakan majlis pernikahan, 25hb pula adalah majlis persandingan Syaza dan Saiful. Kali ini majlis telah berlangsung di Dewan Mazminda, Klang. Ahli keluarga terdekat telah mula berkampung di dewan persandingan sejak malam sebelum majlis lagi untuk persiapan terakhir. Malah K.long pun ada sediakan bilik di hotel Aliya untuk yang malas berulang alik ke rumah. Adilah ngan Arissa tido di hotel sebab nak mandi pool dengan sepupu2 diaorang. 


Majlis yang penuh meriah telah berlangsung dari jam 11 pagi sehingga jam 4 petang. Kehadiran tetamu yang ramai telah menambahkan kemeriahan majlis. Alhamdulillah segalnya berjalan lancar seperti yang di rancang. Makanan pun cukup malah berlebih-lebih. Siap boleh tapaw lagi.  


Telan-telan air liur tengok gambar makanan ni. Rugi hari tu tak rasa semua yang ada. Air pun bermacam-macam jenis ada. Lauk pauk dia pun banyak jugak dan sedap-sedap. 

Sebelum tetamu sampai mehlah kita amik gambar dulu. nanti dah mula majlis tak dan nak gambar2 semua. Nah layanlah gambar yang ada. 


Boleh tahan bapak2 orang ni bergambau. Oppss yang belah kiri baju hitam tu belum bapak orang ye. Dua2 bapak dari kanan tu tak available ye tapi bapak sebelah baju hitam tu masih available ye.😄


Ita patutnya kena masuk ward semalamnya lagi sebab denggi. Tapi dia nak tunggu sampai majlis selesai jugak baru nak check in kat hospital. Alhamdulillah tak ada apa2 perkara yang tak di ingini berlaku. Cuma kurang meriah sikitlah sebab dia tak sihat. Waktu saya tulis entry ni dia dah pun discharge dari hospital.


Dua budak ni Cica ngan Zikri memang best friend sangat. Main bola sama, main kete sama. Boleh pulak pergi kenduri bawak bola. Alahai la anak...orang sibuk dalam dewan dia berdua kat luar dewan sibuk main bola.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari pengantin di arak masuk ke dewan untuk majlis persandingan. Syaza dan Saiful yang segak bergaya dengan mengenakan songket berwarna kuning, telah masuk ke dewan dengan di iringi rombongan keluarga Saiful dari KL.



Kali ini tiada acara merenjis, tabur-tabur beras dan bunga rampai, sebaliknya cuma di adakan majlis salam restu kepada kedua mempelai. Sebagai mak dan pak sedara pengantin kami juga di beri penghormatan untuk memberi salam restu kepada pengantin. 

Mawar merah harum mewangi
Jambangan di gubah brseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Mak Uda dan pak Uda mendoakan semoga Allah memberkati rumahtangga anakanda berdua dengan sakinah, Mawaddah dan Warrahmah serta kekal berbahagia dunia dan akhirat. Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka Alikuma Wa Jamaah Baina Kuma Fee Khair.



Mak abah, angah dan anak2, atam, julie dan anak2 pun datang. Abah ngan mak terus balik ke kampung sebab ada lagi kenduri yang diaorang nak pergi. Biasalah bila cuti sekolah musim semua orang buat kenduri. Minggu depan 2hb December majlis kahwin sepupu saya pulak. Puaslah tiap minggu makan nasi minyak. Punahlah eat clean saya.

Lebih kurang pukul 4.30 ptg semua bergerak balik. Selesai dah semua majlis di belah pihak perempuan. Pastinya paling lega k.long dan abg zul lah. Tinggal tunggu majlis bertandang belah saiful 25hb nanti. Next siapa agaknya...anak buah belah suami ramai dah besar2 dan dah kerja so mungkin ada lagi kenduri tahun depan, siapa tahu kan. Hehehe.


Thursday 29 November 2018

Majlis Pernikahan Syaza dan Saiful

Tarikh 23hb Novembar 2018 pasti akan menjadi tarikh yang sangat istimewa buat anak buah saya Syaza Syazwani. Selain merupakan tarikh ulangtahun kelahirannya ianya juga merupakan tarikh pernikahannya dengan pilihan hati Mohamad Saiful. 
Majlis pernikahan telah di adakan di Laman Mazminda Klang selepas solat jumaat. Majlis yang ringkas tapi meriah telah berjalan dengan lancar. Tempat yang selesa dan makanan pun sedap. Bakal-bakal pengantin yang nak cari tempat untuk majlis anda, boleh consider tempat ni.
Pengantin bersama keluarga pengantin perempuan. Tahniah k.long dan abang zul terima menantu ke dua.
Saya sekeluarga bersama pengantin. Tengoklah Arissa tetap dengan gaya apa-apa dia ntah. Sabar jerlah ngan budak sorang ni.

Pengantin lama bersama pengantin baru. Selamat pengantin baru Syaza dan Saiful. Semoga mahligai yang di bina kekal bahagia hingga ke jannah serta di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Mak-mak sedara pengantin pun tak lepaskan peluang bergambar dengan pengantin di pelamin nan indah. Ita (baju purple) tu sebenarnya tengah demam. Orang kanan mak pengantin tu. Kalau dia sihat dialah paling semanagt nak bergambar.

Mak pengantin dengan mak-mak sedara pengantin belah ibu dan ayah pengantin.
Pengantin lama pun teringin nak bersanding. Kasi canlah..bukan selalu dapat duduk atas pelamin ni kann..hehehe
Percubaan untuk dapatkan family photo yang perfect. Satu pun tak menjadi. Arissa bila sampai angin kus-kus dia memang apa pun tak boleh. Sakit hati betul. Kita ni punyalah posing baik punya. Hurmmm

Dua-dua anak buah saya ni berkongsi tarikh lahir yang sama. Selamat Hari lahir buat Syaza dan Fatin. Semoga di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang berpanjangan. Gambar blur sebab pak uda korang memang tak reti amik gambar. Adoii lahh.