Thursday, 15 November 2018

Ayam Masak Kicap

Bila masa tak banyak dan anak-anak dah lapar, menu simple macam ni biasanya jadi penyelamat. Ayam masak kicap ni selain senang dan cepat di masak ianya juga sedap.

Jom tengok ayam masak kicap cara saya. Tak ada ukuran yang tepat ye, ikut suka hati.

Bahan-bahan
Ayam
Kentang
Lada putih
Kicap
Kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang
Air asam jawa
Garam
Cili merah/ hijau di belah dua untuk hiasan (tak mau pun tak apa)

Bahan di hiris
Bawang kecil/ besar
Bawang putih
Halia


Cara-cara
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan
2. Kentang di potong wedges dan di goreng. Ketepikan
3. Tumiskan bahan yang di hiris bersama rempah 3 sekawan hingga wangi.
4. Masukan air asam jawa, air dan lada putih. Biarkan kuah mendidih
5. Masukan ayam, kentang dan kicap. Gaul rata. Biarkan kuah pekat sedikit. Terpualang nak kuah  banyak ke sikit. Saya suka ayam masak kicap yang agak2 berkuah.
6. Bila kuah agak-agak dah pekat seperti yang di kehendaki, masukkan cili merah atau hijau. Boleh juga masukkan bawang besar yang di potong bulat. Gaul sekejap dan tutup api. Siap

Bagi melengkapkan menu ayam masak kicap, saya juga menyediakan sayur kobis goreng ala mamak dan juga menu wajib suami dan anak-anak iaitu telur dadar.

No comments:

Post a Comment