Wednesday, 7 November 2018

Pisang Cheese

Last minit plan sebenarnya nak jjcm pisang cheese ni. Masa dalam kete lepas kuar dari homestay tu wahatsapp kat group family kata nak g cari pisang cheese ni. Ingatkan diaorang semua tak mahu ikut sebab ada yang nak balik cepat dan anak masing-masing dah ketiduran kepenatan. Rupanya semua mengekor jugak. Lina lah yang dok tayang-tayang pisang cheese ni sebab dia tahu adilah suka ngan menda-menda cheese ni. Alang-alang dah dekat kita trylah supaya tak kempunan.

Ikut jer waze, dia akan bawak kita terus sampai depan gerai pisang cheese tu. Waktu kitaorang sampai tak ada orang pun masa tu. Jadi dapatlah terus order dan duduk makan di situ sebab ada di sediakan kerusi dan meja untuk yang nak makan terus. Mula tu order satu dulu pisang cheese dengan topping caramel. Letak jer tak sampai seminit licin..hahaha..macam piranha dapat makan. Makan pulak panas-panas, dan beramai-ramai memang licinlah sekelip mata.

Cheese dia memang banyak dan topping dia pun sedap. Ada pelbagai jenis topping yang boleh kita pilih. Antaranya Caramel, coklat, blueberry, strawberry dan banyak lagi. Budak yang meniaga tu cakap tak pernah lagi orang order banyak cam kitaorang. Nampak sangat keluarga kitaorang ni kuat makan.hehehe..tapi rezekilah tuk diakan. Total kitaorang makan petang tu RM120. Mak yang belanja. Terima kasih mak, moga murah rezeki mak.
Dah puas melantak dan menapaw, satu-satu kete gerak tinggalkan lokasi menuju rumah masing-masing. Hanya saya dan pak ngah yang berkonvoi menuju ke subang. Pak ngah bawak abah dan saya bawak mak. Dari subang pak ngah yang akan bawak mak abah balik ke Tg Karang sebelum esoknya pak ngah sekeluarga balik ke Perak.
Seronok sangat dapat kumpul dan makan ramai-ramai. Ini pun tak berapa complete sebab lina, redza, adik ngan budak-budak tak ada (dah ketiduran dalam kete). kalau tak mau lagi banyak order kitaorang. Mak abah pun seronok jer tengok gelagat anak-anak dan cucu-cucu dia. Alhamdulillah atas nikmat ni.
Untuk dapatkan info tentang pisang cheese ni boleh lah search di internet pisang addict (macam kat atas tu). Kalau ikut info ada beberapa cawangan pisang addict ni dan yang kami pergi petang tu pisang addict yang di Seremban 2.

No comments:

Post a Comment