Selamat datang ke blog Aku dan Hidupku. Blog ini saya wujudkan sebagai tempat mencurah rasa, berkongsi pendapat/ idea/ resepi/ dan pelbagai perkara berkaitan kehidupan saya seharia-harian bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Saya merupakan seorang isteri dan seorang ibu kepada dua orang anak perempuan Adilah Mirza (11 tahun) dan Arissa Mirza (1thn 8 bln). Mereka merupakan kekuatan dan semangat dalam hidup saya selain daripada ke dua ibu bapa saya. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Ara Damansara Petaling Jaya. Disamping itu, saya juga melakukan perniagaan online dan offline secara part time (boleh lihat di sini fanpage Dian Mirza SDM dan diarizhuliana.blogspot.com).
waktua majlis cukur jambul Arissa dan khatam Quran Adilah pada Januari 2012 |
Saya sebenarnya bukan pandai atau rajin sangat untuk menulis, tetapi saya akan cuba untuk menulis sekerap yang mungkin...InsyaAllah selagi termampu dan masa mengizinkan saya akan terus menulis di sini. Harap anda tak jemu la melayan cerita-cerita saya...(hehehe perasan macamlah ada orang nak baca blog saya kannn). Di harapkan juga semoga blog Aku dan Hidupku sedikit sebanyak dapt memberi manfaat pada kita semua
NOTE: Terima kasih kepada sahabat saya Rose yang banyak membantu saya dalam mewujudkan blog Aku dan Hidupku.
Salam Sayang
Aku dan Hidupku
No comments:
Post a Comment