Wednesday 26 September 2018

Photoshoot Raya 2018

Memandangkan masa raya hari tu tak ada satu pun gambar raya kami sekeluarga yang elok, maka saya pun ke studio untuk ambil gambar yang lebih elok dan cantik, Saya sekeluarga ke CVS White Studio yang terletak di Kelana Jaya. Pihak CVS Production ada menyediakan beberapa pakej bermula dari cuma RM49/ keluarga sahaja dan kami telah mengambil pakej Photoshoot Amal Raya yang berharga RM49 tersebut. Murah pun murah tetapi yang lebih penting sambil bergambar dapat jugak kita beramal kerana 15% dari hasil jualan akan di salurkan kepada Pusat Pengajaran Al-Quran An-Nur Ar-Raudah.


Nasib baik pakej yang kami pilih cuma 15 minit white studio. Kalau ambil pakej lain yang lebih lama mahu rugi jer. Semua tak reti nak pose..hahaha. Nasib baik photographer ngan pembantu dia memhami dan banyak bantu apa nak buat dan pose. 15 minit pun banyak gak gambar yang dia ambik, tapi untuk pakej kami cuma 15 (10 edited) gambar jer yang dia akan kasi soft copies. Kalau nak semua gambar  kena bayar RM50 lagi. 


Cun tak gambar kami sekeluarga. Mula-mula shoot tu kaku jugak, tapi lama-lama bila dah panas dan dapat rentak tak adalah pose kami cam tiang lampu aje. InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki dah tahulah camner nak pose ala-ala model...hahaha
Me and my boyfriend..malu-malu amik gambar ni..gambar nampak kaku jer..tak nampak romantis langsung..

 Kesayangan hamba💖💖💖Kawan gaduh jugak..
 Masa baik peluk-peluk..bila gaduh macam perang dunia ke3...2 ketul harta saya dan suami 

Sebenarnya masa jumpa promosi ni, dah lepas dari tarih tutup, tapi memang dah rezeki dapat jugak photoshoot raya dengan harga murah. Rata-rata jumpa pun paling murah RM90+++ ke atas. Sape-sape berminat nak buat photoshoot white studio boleh lah contact depa. Studio pun cantik dan bersih


Friday 21 September 2018

Jalan-jalan Kuala Pilah Port Dickson

28 Julai 2018 (Sabtu)

Pergi PD tu atas jemputan keluarga Redza (tunang my adik si Lina tu)..Diaorang dah 2 kali datang ke Tanjong Karang, jadi kitaorang buatlah kunjungan balas ke PD pulak. Dari masa raya lagi keluarga Redza ajak datang ke PD, tapi jadual semua penuh. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak keluarga saya ke PD. Saya pun dah agak lama jugak tak ke PD, last pergi dalam 10 tahun lepas kot. Jadi bila orang dah ajak, memang berbesar hati sangat lah..

Cerita camner boleh tersampai ke Kuala Pilah atau sebenarnya ke Mempaneh (Rembang Panas) pulak sebab hari tu kak long ada hantar durian dari mempaneh ni ke rumah. Masa tu kebetulan abah datang rumah, jadi dapatlah dia rasa durian dari kampung. Abah suka pulak dan rasa tak puas makan, maklumlah abah ni hantu durian. Jadi alang-alang nak ke PD walaupun jalan lain-lain, demi nak memenuhi keinginan abah, kitaorang ke Mempaneh lah dulu lepas dapat izin dari kak long.

Plannya nak gerak dari Subang seawal 10 pagi, sekali tu pukul 12.30 tghari baru semua sampai ke RnR Dengkil. Pukul 1 petang baru gerak ke Pilah. Jalan agak jammed tambah-tambah hujan lebat sepanjang perjalanan. Sampai ke rumah kampung k. long dalam pukul 3 petang, terus g cari durian. Jiran k.long tolong simpankan durian yang jatuh tuk kitaorang, Alhamdulillah rezeki. 
si tukang kopek durian
selfie dulu sebelum baik..bukan senang diaorang nak sampai mempaneh ni
Lepas puas makan durian, makan nasi lemak dan sembahyang jamak asar dan zohor, kitaorang teruskan perjalanan ke PD pulak. Sepanjang jalan dari Pilah ke Seremban kiri kanan jalan memang penuh dengan gerai-gerai jualan. Mak memang dari datang tadi dah mintak nak berenti beli petai, jadi kita berentilah beli petai. Amek kawww..sebeban mak borong petai.
Mak dan 4 anak orang anak perempuannya
muka ada happy dapat bergambar dengan potaii
Sampai PD dalam pukul 8 malam, terus Redza bawak kitaorang makan dulu. Macam-macam yang dia order sampai senak perut makan. Siap makan terus dia bawak kitaorang ke homestay. Perut dah kenyang, mata pun dah layu, sampai homestay teruslah cari bantal. Homestay tu ada 3 bilik, lengkap dengan katil, tilam dan aircond. Tilam spare pun di sediakan, so boleh lah bentang kat hall tidur ramai-ramai. Sape ke PD boleh lah cari homestay pakcik Redza ni. Cukup semua kelengkapan asas di sediakan dan  paling best cuma 5 minit jer berjalan kaki ke pantai teluk kemang.
Pandangan ruang tamu homestay ni. Bag pun masih bergelimpangan kat luar, masing-masing dah kepenatan..Awww ceksinya atok.
Diaorang ni tak reti penat..tetap jugak keluar jalan-jalan kat tepi pantai

29 Julai 2018 (Ahad)

Pagi-pagi semua dah terjun laut. Masa ni suasana masih lengang lagi. Kedai-kedai pun tak bukak lagi dan orang pun belum berapa ada. Waktu pagi ombak agak kuat, air pasang pagi. Saya ngan angah memang malas nak mandi pantai jadi sekadar basah-basahkan kaki jer. Cuma Adik-adik saya (lina, adik & acu), anak saya adilah ngan arissa dan anak buah qaseh & qaleef jer yang mandi. Punya seronoklah diaorang main air, itu pun kena paksa naik baru semua naik.

masa ni pantai tu diaorang punya...tak ada orang mandi lagi..kedai pelampung pun tak bukak lagi
adilah dan arissa
budak-budak mandi tepi pantai jer...
menantu vs mertua
Geng-geng pemerhati
Pak mertua ngan menantu dan bakal menantu 

Adilah dan makcik-makciknya

cica, qaseh dan qaleef 
Diaorang berdua kat belakang tu nak pekena saya..nak tarik saya dalam laut..hahah tapi tak berjaya
Puas dah bercanda kat pantai semua gerak balik homestay dan bersiap-siap serta berkemas untuk ke rumah keluarga Redza. Di rumah Redza, kitaorang telah di jamu dengan hidangan makan tengahari yang beraneka lauk dan kuih muih. Macam-macam ada. Kenyang semua makan sampai menambah-nambah. Ketam, udang dan ikan fresh sangat sebab ayah Redza sendiri ke laut malam tadinya tangkap semua haiwan tu. Terima kasih Redza dan keluarga atas layanan 5 bintang yang di beri kepada keluarga saya. Semoga silaturahim ini akan berkekalan dan bertambah erat dengan penyatuan Lina dan Redza bulan 10 nanti InsyaAllah.
gulpp..telan air liur tengok balik lauk-lauk ni

Dari rumah Redza, kitaorang terpaksa singgah di Ladang Ostrich sebab saya dah terlanjur janji dengan arissa. Terpaksa ye sebab arissa, kalau tak bawak mahu dia mengamuk dari PD sampai ke Subang. Kat sini pun cuma saya dengan angah dan arissa, qaseh dan ayeep jer yang masuk. Kalau ikutkan saya pun malas nak masuk, tapi terpaksa demi budak bertiga tu. Masuk bukan free ye, kena bayar tau. Dewasa RM15 kanak-kanak RM10.
Puas hati lah budak bertiga tu dapat nengok binatang-binatang yang ada kat ostrich farm tu. Alang-alang dah sampai PD kan kita bagilah budak-budak tu merasa masuk. Pada saya cukuplah sekali. Binatang pun bukan banyak sangat, tapi bolehlah. Asal anak-anak gembira kan. 

InsyaAllah bulan 10 nanti kita akan datang ke PD lagi. Kali ni kita bawak rombongan yang lebih ramai. Terima kasih pada Redza dan keluarga yang telah melayan kedatangan kami dengan baik. Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi. Memandangkan anak cucu abah suka dengan PD, abah telah berhasrat untuk membeli tanah di PD dan mendirikan homestay di atas tanah itu nanti. Moga hasrat abah akan tercapai dan dapatlah kita selalu ke PD pulak. Amin..