اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”
Hanya 16 tahun lebih kita sebagai menantu dan mertua di dunia ini. Dengan izin Allah, mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di Syurga, InsyaAllah. |
09/05/18 (Rabu) Cuti peristiwa pilihanraya umum ke 14. Balik ke Klang sebab suami undi di sana. Sementara suami g mengundi borak ngan mak dan sempat tolong dia masak. Mak masak tenggiri masak lemak cili api campur sayur kacang. Masa tu saya dalam mood 'eat clean', jadi tak makan lah apa mak masak. Kalau saya tahu itulah kali terakhir saya dapat rasa air tangan mak..memang saya langgar pantang jer.
10-11/05/18 (Khamis & Jumaat) Cuti dua hari sempena kemenangan PH. Masa ni ada kat lumut sebab nak beli ikan bilis. Contact kak long nak tanya pasal bilis yang dia kirim, sekali kak long bagitau mak kat emergency hospital klang. Pagi tu abang ipar bawak mak ke klinik sebab semput, sekali doc klinik suruh mak terus di bawa ke hospital. Kesian mak, patutnya hari tu mak nak balik kampung tengok uwan, tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya.
12/05/18 (Sabtu) Gerak balik dari perak ngan mak. Singgahkan mak dulu kat Tg Karang. Masa ni dapat update mak dah dapat katil dan masuk ward. Memandangkan waktu melawat sampai pukul 7, memang tak sempat nak tengok mak petang tu.
13/05/18 (Ahad) Tengahari ni baru berkesempatan tengok mak. Mak di letakkan kat ward 7B katil kat belakang. Mak nampak lemah tapi masih larat bercakap walaupun tak banyak. Mak semput, pastu ada kuman dalam darah. Waktu melawat di sebelah petang, ramai anak cucu mak yang datang melawat tapi kesian cica tak dapat masuk sebab budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk wad.
15/05/18 (Selasa) Mak di pindahkan ke wad 8G. Katanya wad ni untuk transit sebelum keluar hospital. Lega lah semua yang dengar sebab mak tak perlu lama-lama duduk kat hospital. Petang ni lepas kerja saya dan suami, merempit g hospital tengok mak. Kematu jugak montot naik moto dari subang ke klang.
16/05/18 (Rabu) Doc beritahu kuman dalam darah mak masih ada. Doc tukar antibiotic baru yang mak kena ambik untuk tempoh 5-7 hari. Jadi kalau ikut perkiraan, 7 hari tu Selasa minggu depanlah baru mak boleh keluar hospital.
17/05/18 (Khamis) 1 Ramadhan, 1439H, semua mula berpuasa tapi mak tak dapat berpuasa dan sambut ramadhan di rumah.
20/05/18 (Ahad) Allah bagi kesempatan pada saya untuk jaga mak. Takut dan gementar jugak nak jaga mak ni. Bukan apa, takut mak tak selesa jer dengan saya. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya dan paling menggembirakan mak ok jer saya jaga dia. Siap saya baring sebelah mak sebab tak tahan ngantuk sangat. Masa ni doc beritahu, selasa baru antibiotic mak habis dan doc akan discharge mak. Mak tak selera makan, makan sesuap dua jer, itu pun kena paksa sebab nak kena makan ubat.
22/05/18 (Selasa) Sepatutnya mak discharge hari ni. Masa doc datang tengok mak pagi tu doc pun dah cakap boleh balik patang nanti, cuma nak habsikan antibiotic yang terakhir pukul 4 petang. Semua pun dah happy lagi-lagi maklah, dah siap berkemas semua. Alih-alih belah petang doc tak benarkan mak keluar lagi sebab masih ada kuman dalam darah mak. Kena masuk antibiotic lagi. Allah sian mak, kecewa dia. Masa tu semua cakap, tak pe lah mak, kita bagi kuman-kuman tu semua mati dulu, nanti baru mak keluar dengan sihat ye. Mak pun redha jer lah kena tahan lagi sebab nak sihat cepat dan balik rumah. Mak nak buka puasa ramai-ramai dengan anak menantu cucu cicit semua.
23/05/18 (Rabu) Keluar jap tengahari tu g spital tengok mak. Mak gelisah jer serba tak kena. Tanya dia ada sakit kat mana-mana ke, mak kata tak. Cuma mak ada cakap hati mak tak tenang, tapi pasal apa tak tahu pulak.
25/05/18 (Jumaat) Mak hampir-hampir nak kena strok, tapi alhamdulillah ct scan tak ada pendarahan kat otak. Dari wad 8G mak di bawak naik lagi ke wad 7B untuk pemantauan Doc. Doc pasang tiub, so makan ubat semua lalu tiub. Makan pun tak boleh cuma minum susu jer..Keadaan mak lemah dan down sangat, kemungkinan sebab tak dapat balik rumah atau ada benda lain yang mak fikir.
26/05/18 (Sabtu) Saya kena ambil darah untuk check up bulanan RA saya. Alang-alang dah ke hospital, saya mintak untuk jaga mak terus. Mak tak banyak cakap sangat dan resah gelisah jer walaupun mata dia pejam macam ada benda yang tak kena. Jari tangan mak bengkak mungkin banyak sangat kena cucuk jarum. Mak pun kerap berak, mungkin susu tu tak sesuai dengan mak. Tengahari tu mak dan abah saya sempat datang melawat mak.
28/05/18 (Isnin) Petang ni mak pindah ke wad 8G balik. Kesian mak pindah randah. Harap kali ni dari wad 8G mak dapat balik rumah terus.
29/05/18 (Selasa) Cuti umum sempena Wesak day. Dapat berita pulak abang atin (sepupu) koma dan kritikal kat icu hospital klang. Sementara tunggu ICU bukak g tengok mak dulu, mak nampak lain sangat masa ni. Fikir-fikir apa yang lain, rupanya mak tak pakai gigi dia.
Saya selitkan kisah abang atin sekali di sini lah. Lepas dari tengok mak, saya terus naik ke ICU dengan suami dan cica. Dudil tak ada sebab dia balik kampung ikut auntienya. Sampai di ICU kena tunggu giliran untuk masuk sebab cuma 2 orang boleh masuk pada satu2 masa. Allauakhbar luluhnya hati tengok keadaan abang atin. Dia bukak mata dan ada air mata yang mengalir bila saya panggil dia, tapi tak tahulah dia sedar atau tidak. Keadaan dia sangat nazak dan bila-bila masa jantung dia boleh berhenti. Seluruh keluarga dah di maklumkan dan hanya kepada Allah kami berserah.
Memandangkan belum solat asar jadi saya turun ke surau dulu untuk solat dan membeli air untuk buka puasa. Saya kembali ke wad 8G tengok mak. Masa tu dah nak pukul 7, saya dapat whatsapp, abang atin dah tak ada. Saya bagitahu mak sambil nangis dan mintak diri untuk ke ICU semula. Berganda-ganda rasa sedih tu, dengan keadaa mak yang masih camtu, di tambah pula berita kematian abang atin.
Saya tunggu sehingga jenazah abang atin selamat di bawak balik ke kampung, Lepastu, barulah saya bergerak balik ke subang untuk mengambil pakaian dan balik ke kampung untuk menziarah abang atin di kampung. Masa ni dah 11 malam lebih, barulah terasa lapar dan dahaga. Waktu buka tu cuma minum air, buat syarat jer. Alhamdulillah dapat bantu kak imah (isteri abang atin) mana yang mampu. Sepupu-sepupu yang lain pun ramai datang ke bilik mayat sama-sama membantu.
30/05/18 (Rabu) Jenazah abang atin dah selamat di kebumikan. Berakhirlah derita abang atin di dunia ni. Berehatlah bang, setelah abang penat berjuang dekat 20 tahun melawan sakit buah pinggang. Hospital tu dah jadi rumah pertama dia kot, keluar masuk, keluar masuk. Tapi semangat juang dia memang tinggi. Al-Fatihah buat sepupuku Mohd Yatim Bin Tahron (17/09/62-29/05/18)
31/05/18 (Khamis) Mak masih belum boleh keluar. Masih ada kuman lagi. Kuman apa lah yang degil sangat ni. Paru-paru mak pun banyak air, so doc tak bagi mak minum. Boleh bagi setitik dua jer untuk basahkan bibir.
01/06/18 (Jumaat) Hari yang sangat indah dan berkah. Pertemuan yang penuh makna melerai segala yang kusut menjadi jernih. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doc pasang tiub kencing untuk pantau berapa banyak air dalam badan mak. Nafas mak pun laju, doc pasang oksigen lagi. Sekali lagi mak kena pindah naik wad 7B untuk pemantauan yang lebih rapi. Kali ni mak di masukkan dalam bilik kaca sebab jantung mak pulak ada masalah. Lepas satu, satu penyakit yang datang. Kesian mak. Malam ni cadangnya nak jaga mak, tapi abang nan dah ambik turn jaga. Esok malam baru saya jaga.
02/06/18 (Sabtu) Doc bagitau paru-paru mak dah teruk dan dalam badan dah penuh dengan karbon dioksida yang sebabkan nafas mak tercungap-cungap. Tengahari tu doc decide untuk tolak mak ke ICU. Adoi seram sejuk dengar ICU tu. Trauma tengok abang atin kat situ pun belum hilang lagi. Bergegas lah ke hospital. Doc terpaksa masukkan tiup dalam mulut untuk bantu mak bernafas. Tak sampai hati tengok keadaan mak, wayar penuh di mulut, hidung, dada, tangan dll. Petang tu semua buka di hospiatal dan malam tu saya sekeluarga tidur di rumah mak. Lainnya rasa, selalu balik, mak sambut, kali ni di sambut sunyi sepi jer.
03/06/18 (Ahad) Pagi tu kak long beritahu doc nak masukkan mak darah. Tengahari ni ramai yang datang ziarah mak. Saya dapat masuk pun hujung-hujung waktu sebab bagi laluan dulu pada saudara mara yang datang dari jauh. Alhamdulillah masa ni nampak mak lagi ok dari semalam. Sempat dia cakap nak balik dengan susah payahnya. Tengahari tu saya terus balik ke subang dan tak tengok mak belah petang tu.
04/06/18 (Isnin) Tengahari ni tengok mak. Luluh hati setiap kali tengok keadaan mak. Semoga mak terus kuat dan bertahan. Petang tu kak long tanya kat mana nak dapatkan air zam-zam sebab nurse nak campur dalam susu mak. Alhamdulillah jiran saya kak yan memang ada stock air zam-zam, jadi ada rezeki air zam-zam untuk mak. Malam tu jugak saya dan suami pergi hantar ke hospital, tapi tak dapat masuk tengok mak, sekadar pas pada guard yang bertugas.
05/06/18 (Selasa) Datang tengok mak lagi tengahari ni. Nasib baik AD tinggalkan moto dia sepanjang puasa ni, jadilah boleh ke hospital merempit jer. Walaupun kecut perut naik moto, tapi demi nak tengok mak, kuatkan semangat jugak. Kalau naik kete, memang tak sempatlah, depan spital tu jammed giler. Sempatlah tanya kat doc tentang mak, daripada report mak doc beritahu, tak ada apa yang berubah sangat, air kencing pun masih kurang dari yang sepatutnnya dan dalam darah masih ada kuman.
07/06/18 (Khamis) Hari ni tengok mak sebab semalam tak tengok. Masa saya sampai mak tengah buat dialisis sebab darah mak tak cantik. Masa ni doc tidurkan mak sebab doc nak cucuk mak. Kitaorang usik-usik, panggil-panggil pun mak tak respond. Rupanya bukan tengahari jer mak tak bukak mata, petang pun waktu k.long datang mak tak bukak mata.
08/06/18 (Jumaat) Hari ni tak tengok mak, tapi hari ni mak kena buat brain scan lagi. Doc cakap tak ada apa perubahan pada mak walaupun macam-macam treatment dah buat.
09/06/18 (Sabtu) Hari ni kerja, jadi petang karang baru nak tengok mak, langsung buka kat Klang. Tengahari tu k.long bagitau doc nak cabut semua wayar dan benarkan kalau nak bawak mak balik rumah. Doc akan explain details bila semua anak-anak ada. Malangnya hingga ke akhir waktu melawat petang tu, doc masih belum muncul kerana doc ada emergency case di bawah. Malam tu, semua kemas rumah mak, bawak keluar katil letak kat depan untuk mak esok.
10/06/18 (Ahad) Tengahari ni, saya ke hospital untuk sama-sama bawak mak balik. Mula tu ada sikit miss communication dengan doc yang bertugas, bila doc pakar yang explain baru semua faham. Masa ni doc beritahu, samada di hospital atau di rumah, mak tetap akan pergi, cuma masanya doc tak boleh pastikan. Doc ramalkan berdasarkan ilmu sains perubatan dia, mak boleh bertahan untuk tempoh 72 jam lagi. Doc tak mahu mak rasa sakit lagi dengan segala macam rawatan di hospital dan bawa balik ke rumah bersama keluarga adalah option yang terbaik.
Doc cakap kalau bawak balik rumah, anak, menantu, cucu, cicit semua bolah ada kat sisi, kalau kat ICU tak boleh tunggu. Mana tahu bila balik rumah tengok semua ada, mak rasa gembira dan kemungkinan keadaan ini boleh buat mak bertahan lebih lama. Semua pun boleh bacakan Yasin kat tepi mak. So semua setuju untuk mak di bawak balik dan semua treatment di hospital di hentikan.
Segala wayar dan jarum di cabut dari badan mak dan nurse terangkan camner nak bagi susu, camner nak bersihkan mak semua tu.. Lebam-lebam semua badan mak. Punggung mak pun melecet sebab baring lama. Kesian nya..mesti mak rasa sakit dan pedih sangat. Saya uruskan ambulance untuk bawak balik mak. Dalam pukul 2 lebih semua urusan selesai dan mak bergerak meninggalkan hospital. Kak long dan Syaza yang iringi mak di dalam ambulance.
Setelah 31 hari di hospital mak balik ke rumah dengan keadaan yang berbeza, Kepulangan mak di sambut dengan pelbagai rasa dan tanda tanya. Petang tu semua anak, menantu, cucu dan cicit berbuka puasa di rumah mak seperti yang mak hajatkan masa awal-awal mak sakit hari tu. Lepas buka masing-masing baca Yasin dan mengaji di sisi mak. Malam tu bergilir-gilir kitaorang jaga mak.
Hari ni sebenarnya hari jadi mak saya. Rancangan asalnya nak balik kampung untuk buka puasa dan celebrate hari jadi mak dengan adik beradik saya yang lain. Tapi keadaan mak di sini tidak memungkinkan untuk saya balik dan mak saya sendiri tak bagi saya balik. Dia suruh aje tunggu mak di sini. Malam tu tangan mak berpeluh-peluh tapi tak pula pada anggota yang lain. Bila saya ceritakan pada mak lewat malam tu, mak saya mintak kitaorang bacakan surah Ar-Ra'd pada mak. Dan saya dengan mak sama-sama menangis di telefon.
12/05/18 (Sabtu) Gerak balik dari perak ngan mak. Singgahkan mak dulu kat Tg Karang. Masa ni dapat update mak dah dapat katil dan masuk ward. Memandangkan waktu melawat sampai pukul 7, memang tak sempat nak tengok mak petang tu.
13/05/18 (Ahad) Tengahari ni baru berkesempatan tengok mak. Mak di letakkan kat ward 7B katil kat belakang. Mak nampak lemah tapi masih larat bercakap walaupun tak banyak. Mak semput, pastu ada kuman dalam darah. Waktu melawat di sebelah petang, ramai anak cucu mak yang datang melawat tapi kesian cica tak dapat masuk sebab budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk wad.
15/05/18 (Selasa) Mak di pindahkan ke wad 8G. Katanya wad ni untuk transit sebelum keluar hospital. Lega lah semua yang dengar sebab mak tak perlu lama-lama duduk kat hospital. Petang ni lepas kerja saya dan suami, merempit g hospital tengok mak. Kematu jugak montot naik moto dari subang ke klang.
16/05/18 (Rabu) Doc beritahu kuman dalam darah mak masih ada. Doc tukar antibiotic baru yang mak kena ambik untuk tempoh 5-7 hari. Jadi kalau ikut perkiraan, 7 hari tu Selasa minggu depanlah baru mak boleh keluar hospital.
17/05/18 (Khamis) 1 Ramadhan, 1439H, semua mula berpuasa tapi mak tak dapat berpuasa dan sambut ramadhan di rumah.
20/05/18 (Ahad) Allah bagi kesempatan pada saya untuk jaga mak. Takut dan gementar jugak nak jaga mak ni. Bukan apa, takut mak tak selesa jer dengan saya. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya dan paling menggembirakan mak ok jer saya jaga dia. Siap saya baring sebelah mak sebab tak tahan ngantuk sangat. Masa ni doc beritahu, selasa baru antibiotic mak habis dan doc akan discharge mak. Mak tak selera makan, makan sesuap dua jer, itu pun kena paksa sebab nak kena makan ubat.
22/05/18 (Selasa) Sepatutnya mak discharge hari ni. Masa doc datang tengok mak pagi tu doc pun dah cakap boleh balik patang nanti, cuma nak habsikan antibiotic yang terakhir pukul 4 petang. Semua pun dah happy lagi-lagi maklah, dah siap berkemas semua. Alih-alih belah petang doc tak benarkan mak keluar lagi sebab masih ada kuman dalam darah mak. Kena masuk antibiotic lagi. Allah sian mak, kecewa dia. Masa tu semua cakap, tak pe lah mak, kita bagi kuman-kuman tu semua mati dulu, nanti baru mak keluar dengan sihat ye. Mak pun redha jer lah kena tahan lagi sebab nak sihat cepat dan balik rumah. Mak nak buka puasa ramai-ramai dengan anak menantu cucu cicit semua.
23/05/18 (Rabu) Keluar jap tengahari tu g spital tengok mak. Mak gelisah jer serba tak kena. Tanya dia ada sakit kat mana-mana ke, mak kata tak. Cuma mak ada cakap hati mak tak tenang, tapi pasal apa tak tahu pulak.
25/05/18 (Jumaat) Mak hampir-hampir nak kena strok, tapi alhamdulillah ct scan tak ada pendarahan kat otak. Dari wad 8G mak di bawak naik lagi ke wad 7B untuk pemantauan Doc. Doc pasang tiub, so makan ubat semua lalu tiub. Makan pun tak boleh cuma minum susu jer..Keadaan mak lemah dan down sangat, kemungkinan sebab tak dapat balik rumah atau ada benda lain yang mak fikir.
26/05/18 (Sabtu) Saya kena ambil darah untuk check up bulanan RA saya. Alang-alang dah ke hospital, saya mintak untuk jaga mak terus. Mak tak banyak cakap sangat dan resah gelisah jer walaupun mata dia pejam macam ada benda yang tak kena. Jari tangan mak bengkak mungkin banyak sangat kena cucuk jarum. Mak pun kerap berak, mungkin susu tu tak sesuai dengan mak. Tengahari tu mak dan abah saya sempat datang melawat mak.
28/05/18 (Isnin) Petang ni mak pindah ke wad 8G balik. Kesian mak pindah randah. Harap kali ni dari wad 8G mak dapat balik rumah terus.
29/05/18 (Selasa) Cuti umum sempena Wesak day. Dapat berita pulak abang atin (sepupu) koma dan kritikal kat icu hospital klang. Sementara tunggu ICU bukak g tengok mak dulu, mak nampak lain sangat masa ni. Fikir-fikir apa yang lain, rupanya mak tak pakai gigi dia.
Tiada lagi abang Bun (panggilan saya untuk abang atin) dan tiada lagi panggilan montel untuk saya . Damailah abang Atin di alam sana. |
Memandangkan belum solat asar jadi saya turun ke surau dulu untuk solat dan membeli air untuk buka puasa. Saya kembali ke wad 8G tengok mak. Masa tu dah nak pukul 7, saya dapat whatsapp, abang atin dah tak ada. Saya bagitahu mak sambil nangis dan mintak diri untuk ke ICU semula. Berganda-ganda rasa sedih tu, dengan keadaa mak yang masih camtu, di tambah pula berita kematian abang atin.
Kenderaan terakhir abang atin dan kita semua. |
30/05/18 (Rabu) Jenazah abang atin dah selamat di kebumikan. Berakhirlah derita abang atin di dunia ni. Berehatlah bang, setelah abang penat berjuang dekat 20 tahun melawan sakit buah pinggang. Hospital tu dah jadi rumah pertama dia kot, keluar masuk, keluar masuk. Tapi semangat juang dia memang tinggi. Al-Fatihah buat sepupuku Mohd Yatim Bin Tahron (17/09/62-29/05/18)
31/05/18 (Khamis) Mak masih belum boleh keluar. Masih ada kuman lagi. Kuman apa lah yang degil sangat ni. Paru-paru mak pun banyak air, so doc tak bagi mak minum. Boleh bagi setitik dua jer untuk basahkan bibir.
01/06/18 (Jumaat) Hari yang sangat indah dan berkah. Pertemuan yang penuh makna melerai segala yang kusut menjadi jernih. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doc pasang tiub kencing untuk pantau berapa banyak air dalam badan mak. Nafas mak pun laju, doc pasang oksigen lagi. Sekali lagi mak kena pindah naik wad 7B untuk pemantauan yang lebih rapi. Kali ni mak di masukkan dalam bilik kaca sebab jantung mak pulak ada masalah. Lepas satu, satu penyakit yang datang. Kesian mak. Malam ni cadangnya nak jaga mak, tapi abang nan dah ambik turn jaga. Esok malam baru saya jaga.
Pertemuan yang menyentuh di jiwa |
31 hari di hospital, 22 hari mak di wad dan 9 hari di ICU |
04/06/18 (Isnin) Tengahari ni tengok mak. Luluh hati setiap kali tengok keadaan mak. Semoga mak terus kuat dan bertahan. Petang tu kak long tanya kat mana nak dapatkan air zam-zam sebab nurse nak campur dalam susu mak. Alhamdulillah jiran saya kak yan memang ada stock air zam-zam, jadi ada rezeki air zam-zam untuk mak. Malam tu jugak saya dan suami pergi hantar ke hospital, tapi tak dapat masuk tengok mak, sekadar pas pada guard yang bertugas.
05/06/18 (Selasa) Datang tengok mak lagi tengahari ni. Nasib baik AD tinggalkan moto dia sepanjang puasa ni, jadilah boleh ke hospital merempit jer. Walaupun kecut perut naik moto, tapi demi nak tengok mak, kuatkan semangat jugak. Kalau naik kete, memang tak sempatlah, depan spital tu jammed giler. Sempatlah tanya kat doc tentang mak, daripada report mak doc beritahu, tak ada apa yang berubah sangat, air kencing pun masih kurang dari yang sepatutnnya dan dalam darah masih ada kuman.
07/06/18 (Khamis) Hari ni tengok mak sebab semalam tak tengok. Masa saya sampai mak tengah buat dialisis sebab darah mak tak cantik. Masa ni doc tidurkan mak sebab doc nak cucuk mak. Kitaorang usik-usik, panggil-panggil pun mak tak respond. Rupanya bukan tengahari jer mak tak bukak mata, petang pun waktu k.long datang mak tak bukak mata.
08/06/18 (Jumaat) Hari ni tak tengok mak, tapi hari ni mak kena buat brain scan lagi. Doc cakap tak ada apa perubahan pada mak walaupun macam-macam treatment dah buat.
09/06/18 (Sabtu) Hari ni kerja, jadi petang karang baru nak tengok mak, langsung buka kat Klang. Tengahari tu k.long bagitau doc nak cabut semua wayar dan benarkan kalau nak bawak mak balik rumah. Doc akan explain details bila semua anak-anak ada. Malangnya hingga ke akhir waktu melawat petang tu, doc masih belum muncul kerana doc ada emergency case di bawah. Malam tu, semua kemas rumah mak, bawak keluar katil letak kat depan untuk mak esok.
10/06/18 (Ahad) Tengahari ni, saya ke hospital untuk sama-sama bawak mak balik. Mula tu ada sikit miss communication dengan doc yang bertugas, bila doc pakar yang explain baru semua faham. Masa ni doc beritahu, samada di hospital atau di rumah, mak tetap akan pergi, cuma masanya doc tak boleh pastikan. Doc ramalkan berdasarkan ilmu sains perubatan dia, mak boleh bertahan untuk tempoh 72 jam lagi. Doc tak mahu mak rasa sakit lagi dengan segala macam rawatan di hospital dan bawa balik ke rumah bersama keluarga adalah option yang terbaik.
Doc cakap kalau bawak balik rumah, anak, menantu, cucu, cicit semua bolah ada kat sisi, kalau kat ICU tak boleh tunggu. Mana tahu bila balik rumah tengok semua ada, mak rasa gembira dan kemungkinan keadaan ini boleh buat mak bertahan lebih lama. Semua pun boleh bacakan Yasin kat tepi mak. So semua setuju untuk mak di bawak balik dan semua treatment di hospital di hentikan.
Segala wayar dan jarum di cabut dari badan mak dan nurse terangkan camner nak bagi susu, camner nak bersihkan mak semua tu.. Lebam-lebam semua badan mak. Punggung mak pun melecet sebab baring lama. Kesian nya..mesti mak rasa sakit dan pedih sangat. Saya uruskan ambulance untuk bawak balik mak. Dalam pukul 2 lebih semua urusan selesai dan mak bergerak meninggalkan hospital. Kak long dan Syaza yang iringi mak di dalam ambulance.
Setelah 31 hari di hospital mak balik ke rumah dengan keadaan yang berbeza, Kepulangan mak di sambut dengan pelbagai rasa dan tanda tanya. Petang tu semua anak, menantu, cucu dan cicit berbuka puasa di rumah mak seperti yang mak hajatkan masa awal-awal mak sakit hari tu. Lepas buka masing-masing baca Yasin dan mengaji di sisi mak. Malam tu bergilir-gilir kitaorang jaga mak.
Air tangan mak pasti akan di rindui anak, menantu dan cucu |
11/06/18 (Isnin) Pagi ni saya ada check up di hospital. Macam biasalah, setengah hari juga di hospital. Keadaan mak macam tu jugak, pejam mata jer. Cuma tangan dia asyik menolak-nolak kain yang menutupi badan dia. Petang ni ramai yang datang ziarah mak. Uwan pun datang tengok mak. Saya pulak kena balik petang ni sebab suami kerja malam dan esok akan datang semula lepas uruskan hal cuti. Berat hati nak tinggalkan mak petang tu dan saya harap mak akan tunggu saya.
12/06/18 (Selasa) Hari ni kerja pun hati risau jer ingat kat mak. Kak long bagitahu mak masih cam tu jer, tak ada apa yang berubah. Patutnya nak balik rumah mak lepas kerja hari ni, tapi boleh pulak saya tukar plan. Saya cakap esok pagi-pagi jer lah balik, malam ni saya settlekan order kek, jadi esok tak perlu nak ulang alik. Allah Maha Kuasa, memang betul saya balik pagi-pagi tapi mak dah tak ada.
13/06/18 (Rabu) Sepanjang buat kek hati memang tak sedap, tapi berharap semoga mak tak apa-apa. Pukul 2 pagi lebih, telefon berdering, lemah lutut tengok k.long yang call. Bila angkat jer dengar suara Syaza (anak kak long) nangis, dah boleh agaklah apa yang jadi. Allahuakhbar ralatnya tak berada di samping mak waktu mak menghebuskan nafas terakhirnya. Namun saya redha, saya tidak di rezekikan untuk berada di sisi baik mak mahupun abah mertua saya.
Saya tinggalkan mak petang isnin hari tu mak masih beri respond, hari ini saya sampai hanya jasad mak yang menyambut kedatangan saya. Sampai jer saya terus buka kain putih yang menutupi wajah mak dan saya tatap dan cium mak puas-puas. Wajah mak bersih dan tenang sangat bak tidur yang lena. Allahuakhbar..segala deritanya di dunia ini dah berakhir. Berehatlah mak. Damailah mak di sana.
Ramai yang datang menziarahi untuk menatap wajah mak buat kali yang terakhir. Penuh sesak rumah mak. Alhamdulillah saya dapat sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah mak. Mak kami pakaikan baju raya warna putih tahun ini dan kami semua hantar mak ke rumah baru mak dengan linangan air mata. Allah sebaknya, sambil menaip ni berjujuran air mata saya keluar. Hujan renyai yang turun selepas jenazah mak selamat di kebumikan kira-kira pukul 11 pagi, menjadikan suasana bertambah pilu.
Mak kembali ke rahmatullah pada 28 Ramadhan dua hari sebelum Aidifitri dalam suasana penuh ketenangan (tidak seperti yang doc gambarkan). Walaupun sedih tapi semua redha, lagi pulak mak di jemput dalam bulan mulia yang penuh rahmat dan keberkatan. Hari ini 3 bulan (13/06/18 - 13/09/18) dah mak menikmati kehidupan yang kekal abadi di sisi yang Maha Pencipta. Al-Fatihah buat mak mertuaku Hajjah Siti Reviah Binti Hassan. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama hamba2Nya yang solehah dan beriman. Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah di lakukan selama hayatnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya, di luaskan kuburnya dan di lindungi daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.
12/06/18 (Selasa) Hari ni kerja pun hati risau jer ingat kat mak. Kak long bagitahu mak masih cam tu jer, tak ada apa yang berubah. Patutnya nak balik rumah mak lepas kerja hari ni, tapi boleh pulak saya tukar plan. Saya cakap esok pagi-pagi jer lah balik, malam ni saya settlekan order kek, jadi esok tak perlu nak ulang alik. Allah Maha Kuasa, memang betul saya balik pagi-pagi tapi mak dah tak ada.
13/06/18 (Rabu) Sepanjang buat kek hati memang tak sedap, tapi berharap semoga mak tak apa-apa. Pukul 2 pagi lebih, telefon berdering, lemah lutut tengok k.long yang call. Bila angkat jer dengar suara Syaza (anak kak long) nangis, dah boleh agaklah apa yang jadi. Allahuakhbar ralatnya tak berada di samping mak waktu mak menghebuskan nafas terakhirnya. Namun saya redha, saya tidak di rezekikan untuk berada di sisi baik mak mahupun abah mertua saya.
Saya tinggalkan mak petang isnin hari tu mak masih beri respond, hari ini saya sampai hanya jasad mak yang menyambut kedatangan saya. Sampai jer saya terus buka kain putih yang menutupi wajah mak dan saya tatap dan cium mak puas-puas. Wajah mak bersih dan tenang sangat bak tidur yang lena. Allahuakhbar..segala deritanya di dunia ini dah berakhir. Berehatlah mak. Damailah mak di sana.
Ramai yang datang menziarahi untuk menatap wajah mak buat kali yang terakhir. Penuh sesak rumah mak. Alhamdulillah saya dapat sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah mak. Mak kami pakaikan baju raya warna putih tahun ini dan kami semua hantar mak ke rumah baru mak dengan linangan air mata. Allah sebaknya, sambil menaip ni berjujuran air mata saya keluar. Hujan renyai yang turun selepas jenazah mak selamat di kebumikan kira-kira pukul 11 pagi, menjadikan suasana bertambah pilu.
Bersemadilah mak dengan tenang di bawah lindungan rahmat Allah |
Mak tiada lagi kesempatan untuk saya memohon ampun dan maaf. Mudah-mudahan tiada apa yang terkilan di hati mak terhadap saya. |
No comments:
Post a Comment