Friday 27 December 2013

Majlis Sepanjang December 20013

Assalamualaikum....

Hari ini Jumaat yang terakhir untuk tahun 2013.. cepatnya masa berlalu..lagi 4 hari kita akan menyambuat tahun baru 2014..macam mana pencapaian kawan-kawan tahun 2013? dah tercapai ke azam yang di buat awal tahun hari tu..? Hmmm untuk saya perjalanan tahun 2013 ini tidak seperti yang di harapkan. Namun syukur alhamdulillah kerana Tuhan masih memanjangkan usia saya, masih cukup makan pakai saya walaupun beberapa perkara yang di impikan belum terlaksana..

Minggu ini minggu terakhir sebelum sessi persekolahan 2014 di buka...pastinya masih ada undangan yang wajip di penuhi.. Saya masih ada satu lagi undangan ke majlis berkhatan anak jiran saya dan juga merupakan kawan sekolah saya..Insyaallah kalau kalau tak ada aral melintang, saya akan hadir...ada juga undangan yang saya tak dapat nak menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat nak di elakkan...

Bermula pada minggu 7 & 8 hb...dua-dua majlis adalah majlis berkhatan. pada 7hb majlis berkhatan anak saudara sebelah suami di klang...tapi sayangnya tak de ambik gambar sebab sepanjang majlis saya memang sibuk...8hb nya pula majlis berkhatan anak sepupu saya di Kampung Melayu Subang. malangnya saya juga lupa nak ambik gambar bila dah sibuk-sibuk borak.

Minggu 14hb seorang lagi sepupu belah suami berkahwin di Negeri Sembilan..tapi saya tak balik sebab suami tak sihat..tapi awal-awal saya dah pos adilah balik dengan tok & mak wannya..kira wakil la tu...

adilah dan sepupu-sepupu masa kenduri kat kampung....wahhh kan main lagi dia ye....
21hb pula majlis perkahwinan best friend saya Roslin di Perak...saya kenal Rose masa kami sama-sama menyewa di di Sungai Way...walaupun tak serumah lagi bila mana kami berpindah rumah dan saya berkahwin tapi hubungan kami tetap erat dan rapat..kami banyak persamaan..dan yang paling penting kami saling memahami...dia lah kawan saya bercerita..kawan saya minta pendapat dan juga kawan saya mengadu susah dan senang saya..
Roslina & Omar....
Alhamdulillah setelah lama menanti..akhirnya Tuhan makbulkan doa Rose supaya dia di temukan dengan jodoh yang baik, beriman, bertanggungjawab dan menerima dia seadannya. Walaupun tak lama mengenali Omar tapi kalau dah jodoh kejap atau lama bukan halangannya. Tahniah Ros..selamat pengantin baru..semoga ko dan Omar kekal bahagia hingga ke Jannah...walaupun aku sedih...tapi aku gembira sebab ada orang yang akan jaga ko..jaga sakit pening..makan minum ko...

Masa saya sampai, pasangan pengantin tengah makan beradab....

Saya dan suami bersama pasangan pengantin Rose dan Omar...tingginya laki ko rose....
nampak laki aku pendek hahaha...
Saya gembira sahabat baik saya dah bertemu jodoh...
Cica dah boring...habis bunga telur yang rose bagi di kerjakannya..
Ada gaya model tak auntie-auntie...

Dari rumah Rose saya terus ke Sg Manila, kebun kelapa abah saya...tapi mak yang ambik hasilnya...best-best...mak dah cakap nak belanja baju...so singgah sungai besar dulu shopping...yeay..yeay..dapt baju mak belanja...terima kasih mak...sayang mak banyak-banyak...anak-anak dan suami saya pun mak belanja....sampai rumah mak dalam kul 7.30 malam...mandi-mandi..solat...pegi pulak kenduri kahwin rumah jiran kat kampung...dalam pukul 11.30 malam bertolak ke klang pulak..rumah makcik..kenduri kahwin sepupu saya Zairy....


Kebetulan betul...kedua-dua tema majlis kahwin best friend dan sepupu saya BIRU...colour fovourite saya tuh...kepada Zairy dan Fatin juga akak ucapkan selamat pengantin baru..moga kekal bahagia hingga ke jannah...lepas ni kena berpisah eh...sebab si isteri mengajar kat sabah masih belum dapat tukar ke semenanjung...banyak-banyak bersabar dan berdoa semoga fatin cepat-cepat dapat tukar ke sini...
I

Pengantin lama yang macam pengantin baru...hahaha ...

Wednesday 18 December 2013

WW: Kuih Abok-Abok

Assalamualaikum....

Kenal tak kuih ni? Saya tak pasti lah kalau kuih ni ada nama lain..tapi saya memang panggil dengan nama abok-abok..Ini kuih favourite saya tau, tapi saya memang tak tau camner nak buat. Kalau teringin nak makan saya mintak mak buat kan jer...Nak buatnya senang. Bahan-bahan yang di gunakan pun sikit jer. Tapi entah kenapa saya tak ada keinginan nak mintak resepi kat mak dan cuba sendiri...sebab saya cuma nak makan kuih abok-abok hasil dari air tangan mak saya ajer...



Aduhhh ngencesss.......






Tuesday 17 December 2013

Asam Pedas Fadzley...

Assalamualaikum....

Sekarang ni masa sangat-sangat mencemburui saya....nak update panjang-panjan pun tak boleh..

Back tu tajuk entry ni, sebenarnya Ahad 15/12/13 kira hari ini dalam sejarah la..saya berjaya masak asam pedas sendiri...biasanya kalau masak asam pedas saya guna jer pes yang segera..tapi kali ini saya guna resepi dari sahabat saya Fadzley....Fadzley ni orang Johor dekat batu pahat nun..dia ni antara lelaki-lelaki yang terror masak...hmm untung lah wife dia...
Baju belang tu la Fadzley...masa ni lunch kat Arabic Cuisine sempena farewell beliau
yang di sponsored oleh En Kamal
 Fadzley baru jer berenti kerja hujung bulan hari tu...kiranya dia besfriend saya kat tempat kerja ni la..dialah kawan bergaduh..kawan bercerita, kawan mengadu, kawan mengutuk...saya dan dia antara orang lama kat company ni...sekarang tinggal saya sorang..masa last day dia hari tu saya sempat mintak resepi asam pedas yang dia selalu masak..resepi yang dia bagi memang senang...kira resepi basic tapi hasilnya sedap..

Resepi yang fadzley bagi resepi agak-agak..tak ada sukatan yang tepat..jadi saya pun agak-agak juga..Kelasss ko Fadzley akak abadikan nama ko kat resepi ni...

Resepi Asam Pedas Fadzley

Bahan-bahan:

2 ketul ikan parang (lupa plah nak timbang berapa beratnya)
*1/2 biji bawang merah (sebab tak suka kopek bawang, saya masak guna bawang besar, kalau nak guna bawang kecik pun boleh jer)
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar cili kering yang telah di kisar
2 keping asam keping
Daun Kesum
Terung, bendi dan tomato
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan yang bertanda hingga halus. Masukkan bahan kisar dalam kuali atau periuk yang telah di panaskan dengan minyak yang mencukupi.
2. Tumis hingga harum dan masukkan pula cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing dan terbit minyak. Kacau selalu supaya tak hangus.
3. Masukkan air secukupnya, kacau hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan bersama asam keping, daun kesum dan terung (bendi saya celur terlebih dahulu then baru masukkan dalam kuah asam pedas) 
4. Biarkan mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. Last sekali masukkan tomata yang di belah empat dan kacang bendi yang telah di celur tadi.
5. Tadaaa siap dah...bolehlah tutup api dan hidang bersama nasi putih...



Wednesday 4 December 2013

WW: Majlis sepanjang November

Assalamualaikum....

Apa khabar semua..Alhamdulillah segala urusan perpindahan office telah selesai..Saya ada cerita kan pasal pindah office ni di sini...lain kali la saya sambung cerita perihal pindah office ni ye...hari ni saya cuma nak share gambar-gambar majlis yang sempat saya hadiri sepanjang bulan November 2013. Bila cuti sekolah mulalah bersusun undangan untuk di hadiri setiap minggu, tak kira la samada majlis berkhatan, kenduri kahwin atau cukur jambul. Selagi mampu InsyaAllah akan di penuhi setiap undangan adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan.

(1) Majlis Cukur Jambul Marissa Dhiya Humaira




alooloo Dhiya yang chomel.....
Mak uda & pak uda pun nak interframe jugak
   

(2) Majlis Perkahwinan sepupu suami di Negeri Sembilan



Selamat pengantin baru Dekya dan suami
(gambar ehsan dari FB acik Latifah Hassan..mintak halal yo cik)

(3) Majlis Hari Jadi Syaza Syazwani

Selain majlis hari jadi..majlis ini juga khusus untuk meraikan kejayaan birthday girl yang
mendapat Anugerah Dekan pada Majlis konvokesyen UITM. Tahniah Syaza..
semoga kejayaan Syaza jadi ikutan sepupu-sepupu yang lain.
Happy Birthday yang ke 21 tahun..semoga berjaya di dunia dan akhirat..
Saya dan suami bersama kak long selaku host majlis 
bersama birthday girl November Syaza dan Adilah
November babies yang bukan baby lagi...termasukla anak saya Adilah yang lahir pada
16 November 2002
Birthday girl Syaza (tengah) bersama ayah dan ibu serta kakak dan adik.
Antara hidangan yang di sediakan
Suasa meriah dengan tema biru putih..

Friday 8 November 2013

Pindah Office

Assalamualaikum
   
Aduhhhh...sangat-sangat meletihkan.....sepanjang 5 tahun saya bekerja dengan company ni..dah 2 kali saya melalui pengalaman pindah off..masa tahun pertama saya join dlm tahun 2008...office berpindah dari kelana centre point ke ara damansara..tahun ni berpindah dari bangunan depan ke bangunan belakang...sepelaung jer dari off lama..

Unifi hari ni baru pindahkan....ni pun update guna tab...susahnya nak menulis guna tab....networking semua tak buat lg...tak boleh nak nak guna pc lg...keadaan off pun masih cam tongkang pecah...lampu pun ada 2 ketul jer...itu pun peninggalan org lama ...klu tak memang bergelap lah..sbb lampu ..aircond semua tak pasang lagi..betul2 pindah koboi...sbb notis sampai 8hb sahaja..

Isnin ni boss dah suruh beroperasi seperti biasa...senang je dia cakap..tak tau dah macam dalam sauna jer ni...meja pun semua tak susun lagi...barang2 masih dalam dalam kotak..camner lah nak buat kerja tu..

Ok lah nanti kita sambung lagi citer pindah ni bila networking dah ada..ni pun update sementara tunggu en. suami datang ambik...

Wednesday 30 October 2013

WW: Lagi gambar

Meh layan lagi gambar-gambar kat Cyberview Lodge Resort
alolo besarnya nguap
 
Cica pinjam pelambung budak baju hijau tu..budak tu nak balik tapi cica tak mo kasi..
tengok muka bengang masing-masing..