Hari ini Jumaat yang terakhir untuk tahun 2013.. cepatnya masa berlalu..lagi 4 hari kita akan menyambuat tahun baru 2014..macam mana pencapaian kawan-kawan tahun 2013? dah tercapai ke azam yang di buat awal tahun hari tu..? Hmmm untuk saya perjalanan tahun 2013 ini tidak seperti yang di harapkan. Namun syukur alhamdulillah kerana Tuhan masih memanjangkan usia saya, masih cukup makan pakai saya walaupun beberapa perkara yang di impikan belum terlaksana..
Minggu ini minggu terakhir sebelum sessi persekolahan 2014 di buka...pastinya masih ada undangan yang wajip di penuhi.. Saya masih ada satu lagi undangan ke majlis berkhatan anak jiran saya dan juga merupakan kawan sekolah saya..Insyaallah kalau kalau tak ada aral melintang, saya akan hadir...ada juga undangan yang saya tak dapat nak menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat nak di elakkan...
Bermula pada minggu 7 & 8 hb...dua-dua majlis adalah majlis berkhatan. pada 7hb majlis berkhatan anak saudara sebelah suami di klang...tapi sayangnya tak de ambik gambar sebab sepanjang majlis saya memang sibuk...8hb nya pula majlis berkhatan anak sepupu saya di Kampung Melayu Subang. malangnya saya juga lupa nak ambik gambar bila dah sibuk-sibuk borak.
Minggu 14hb seorang lagi sepupu belah suami berkahwin di Negeri Sembilan..tapi saya tak balik sebab suami tak sihat..tapi awal-awal saya dah pos adilah balik dengan tok & mak wannya..kira wakil la tu...
adilah dan sepupu-sepupu masa kenduri kat kampung....wahhh kan main lagi dia ye.... |
21hb pula majlis perkahwinan best friend saya Roslin di Perak...saya kenal Rose masa kami sama-sama menyewa di di Sungai Way...walaupun tak serumah lagi bila mana kami berpindah rumah dan saya berkahwin tapi hubungan kami tetap erat dan rapat..kami banyak persamaan..dan yang paling penting kami saling memahami...dia lah kawan saya bercerita..kawan saya minta pendapat dan juga kawan saya mengadu susah dan senang saya..
Roslina & Omar.... |
Alhamdulillah setelah lama menanti..akhirnya Tuhan makbulkan doa Rose supaya dia di temukan dengan jodoh yang baik, beriman, bertanggungjawab dan menerima dia seadannya. Walaupun tak lama mengenali Omar tapi kalau dah jodoh kejap atau lama bukan halangannya. Tahniah Ros..selamat pengantin baru..semoga ko dan Omar kekal bahagia hingga ke Jannah...walaupun aku sedih...tapi aku gembira sebab ada orang yang akan jaga ko..jaga sakit pening..makan minum ko...
Masa saya sampai, pasangan pengantin tengah makan beradab.... |
Saya dan suami bersama pasangan pengantin Rose dan Omar...tingginya laki ko rose.... nampak laki aku pendek hahaha... |
Saya gembira sahabat baik saya dah bertemu jodoh... |
Cica dah boring...habis bunga telur yang rose bagi di kerjakannya.. |
Ada gaya model tak auntie-auntie... |
Dari rumah Rose saya terus ke Sg Manila, kebun kelapa abah saya...tapi mak yang ambik hasilnya...best-best...mak dah cakap nak belanja baju...so singgah sungai besar dulu shopping...yeay..yeay..dapt baju mak belanja...terima kasih mak...sayang mak banyak-banyak...anak-anak dan suami saya pun mak belanja....sampai rumah mak dalam kul 7.30 malam...mandi-mandi..solat...pegi pulak kenduri kahwin rumah jiran kat kampung...dalam pukul 11.30 malam bertolak ke klang pulak..rumah makcik..kenduri kahwin sepupu saya Zairy....
Kebetulan betul...kedua-dua tema majlis kahwin best friend dan sepupu saya BIRU...colour fovourite saya tuh...kepada Zairy dan Fatin juga akak ucapkan selamat pengantin baru..moga kekal bahagia hingga ke jannah...lepas ni kena berpisah eh...sebab si isteri mengajar kat sabah masih belum dapat tukar ke semenanjung...banyak-banyak bersabar dan berdoa semoga fatin cepat-cepat dapat tukar ke sini...
IPengantin lama yang macam pengantin baru...hahaha ... |
No comments:
Post a Comment