Monday 31 December 2018

Selamat Tinggal 2018

Tidak sampai beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2018. 365 hari telah saya lalui dengan penuh suka dan duka pahit dan manis. Ada Impian yang telah dapat saya capai dan ada juga yang tidak. Ada masalah yang telah dapat di selesaikan, ada juga masalah yang terpaksa di bawa ke tahun 2019. Ada perancangan yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya di laksanakan. Ada misi yang terlaksan dan juga tidak.

Setiap kegagalan akan saya jadikan pengajaran dan setiap yang manis akan saya jadikan ingatan. Setiap yang terjadi baik atau buruk ada hikmahnya. Apa yang perlu hanya Redha dan terima apa yang datang dengan lapang dada walaupun kadangkala saya begitu putus asa dan hanya mampu menangis.

Saya sedar banyak kekurangan diri yang perlu saya perbaiki. Baik sebagai khalifah Allah, baik sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai kakak/ adik, sebagai pekerja dan sebagai manusia umumnya. Semoga saya mampu untuk menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2019. 


Selamat tinggal 2018. 
Selamat tinggal kenangan. 
Selamat datang harapan.


Saturday 22 December 2018

Lempeng dan sambal ikan bilis



Buat lempeng kosong/ pekak jer pagi ini untuk sarapan. Buat 3 cawan tepung jer tapi lama nak habiskan sebab saya buat comel-comel jer. Guna kuali tefal yang saya beli kat langkawi hari tu. Senang giler guna kuali tu..sikit pun tak lekat walau tak sapu dengan minyak. Next time pergi langkawi kena beli kuali tefal yang besar sikit pulak. Sambal bilis tu pulak buat minggu lepas. Buat banyak pastu frozenkan. Nak guna panaskan jer. Cepat dan senang.

Hari ni saya nak share resepi lempeng kosong or pekak ni. Lempeng jer kot, tentu ramai yang boleh buat sambil pejam2 mata.


Lempeng Kosong

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan setengah air
Garam secukup rasa
2 sudu minyak (saya guna minyak zaitun)

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend lah hingga halus. Kalau mak saya dia kacau jer dengan whisk/ senduk sampai semua mesra. Saya nak cepat blend jer semua senang.

Panaskan kuali non stick, pastu tuangkan 1 senduk bancuhan lempeng tadi. Ratakan dengan pusing2 kan kuali tu.

Bila nampak bahagian tepi dah merenggang dengan kuali, terbalikkan lempeng tadi dan masaklah hingga perang pada kedua2 bahagian.

Alih ke pinggan dan ulangi lah proses yang sama sampai adunan habis. Hidang bersama sambal ikan bilis atau apa2 pencicah yang korang suka.




Saturday 15 December 2018

Family Trip Langkawi 7-10 Disember 2018 - Day 3

Nak balik dahh kita..kejap jer rasanya kat sini. Pagi ni semua bangun awal sebab nak packaging beg sebab nak check out awal dari apartment. Beg semua dah beranak berganda-ganda. Jadi semua beg kena hantar dulu ke jetty. Kalau angkut kitaorang sekali memag semua kena duduk atas beg lah.


Beg oren saya tu sampai putus tali lah. Beg tu berat dan padat giler dengan coklat.

Sementara van hantar beg ke jetty, rombongan cik kiah yang lain kenalah menapak ke mamak semalam untuk breakfast. Best apa exercise pagi-pagi. Lepas breakfast bekejar ke Rams. Kira last kopek shopping lah kat langkawi. Kat Rams sempat rempat kuali tefal yang kecik ngan coklat dan ovalmaltine. 

Pada pengamatan saya harga kat sini lebih murah sikit berbanding HIG dan setengah barang yang tak ada di tempat lain ada di sini. Contohnya nutella 350gm tu saya beli kat HIG RM12.50 tapi kat Rams murah seringgit. Ovamaltine tu cari tempat lain tak jumpa, kat sini baru jumpa. Coklat Whittaker yang 250gm pun tempat lain RM15.90 satu, kat sini RM13.90 aje. Tapi malangnya tak banyak flavor yang tinggal.
Last minit acu kirim kisses ni. 3 paket RM45

Dari Rams terus gerak jetty. Feri kitaorang hari ni pukul 12 tghari. Jetty kat Langkawi ni lebih selesa dan tak padat sangat macan jetty Kuala Perlis. Urusan kastam pun lancar jer dan feri pun tak delay.

Gambar-gambar Cica ni dia yang mintak mama snap. Macam-macam pose dia bagi. Kalau kena ngan mood dia, memang cun lah pose dia, tapi kalau sampai angin kus-kus dia, apa pun tak boleh.

Sampai Jetty Kuala Perlis lebih kurang pukul 1 petang. Kena tunggu pulak pak supir semua amik kereta dekat tempat parking. Kat Jetty ni trolley dia kita kena sewa RM2 satu trolley. 

 Sempat lagi dia main kereta sementara tunggu papa.

Settle semua masuk beg dalam kete, gerak pulak ke Restoren Sarang Burung Perlis. Restoren ini rupanya agak popular di kalangan pelancong. Cuma waktu kami sampai tu lauk pauk dah banyak habis. Nampak banyak menu kampung yang di sediakan di restoren ni. Tapi jangan risau, lauk pauk habis kita boleh order masakan panas. Jadi ada lah pilihan lain di sini. Harga makanan di sini pun agak beraptutan. Kat sini juga di sediakan surau jadi kitaorang terus jer solat di sini sebelum gerak ke Padang Besar.

Tak sangka terserempak dengan Wawa kat restoren ni. Punyalah jauh jumpa. Wawa ni dulu hostel mate saya kat ATPN, KL. Wawa ngan keluarganya nak road trip ke Hatyai.

Masa dalam perjalanan ke Padang Besar hujan punyalah lebat. Sampai padang besar lebih kurang pukul 4.30 ptg. Kat sini ada sejam jer untuk membeli belah. Memang agak rushing juga lah dengan cica yang buat perangai lagi. Hurmm terpaksalah juga belikan senapang tu. Dalam kete dok menahan telinga dengan bunyi senapang tu..adoiii urut dada betul ngan budak sorang ni

Berenti main senapang sebab semua marah bising, dia main pulak kuali tu. Katanya goreng telur. Memang tak reti dok diam langsung. Ada je yang nak di buat main. Lantak situ lah janji tak memekak. 

Berenti kat RnR gurun untuk solat dan makan sebelum teruskan perjalanan. Patutnya last pit stop kat RnR Tapah. Tapi memandangkan pak supir saya mata dah berat jadi kitaorang berenti kat RnR Bakap kalau tak silap untuk lelapkan mata. Sejam jugaklah kitaorg tidur. Sampai subang dalam pukul 3 pagi. Masa ni k.long dah sampai subang dulu. Kenalah dia tunggu 20 minit juga sebelum kitaorang sampai.

Alhamdulillah semua pergi dan balik dengan selamat. Perjalanan rombongan cik kiah juga lancar dan di permudahkan. Perjalanan dengan kereta dan lama atas jalan raya agak meletihkan berbanding kalau menggunakan kapal terbang. Sejam dah sampai. Tapi bak kata anak buah saya izzat perjalanan dengan kereta lebih challenging sikit berbanding naik flight.  


Antara yang sempat di beli di Langkawi dan Padang Besaq. Pinggan mangkuk semua memang saya tak berhajat nak beli pun. InsyaAllah penuhkan tabung ayam dulu, lain kali kita datang langkawi lagi ye. 
TAMAT

Friday 14 December 2018

Family Trip Langkawi 7-10 Disember 2018 - Day 2

Day 2 kat Langkawi kita mula dengan pergi ke Dataran Helang. Ingat datang pagi-pagi tak ramai orang, sekali ramai juga. Nak amik gambar pun susah orang ramai lalu lalang. Sudahnya amik jer lah dari mana2 ceruk, asal ada gambar. Tema hari ke dua ni jeans and white.
 Family photo keluarga Mirza
Cucus dan cicit pempuan arwah pak dan mak mentua saya
 Anak, menantu dan cucu lelaki..
Anak, menantu, cucu dan cicit pempuan. Apsal time gambar gegirls jadi golap. Nampak sangat kaum lelaki saja nak sabotaj kami..hahaha
Anak dan menantu 

Dari dataran helang, terus pergi cari sarapan. Masing-masing dah kebuloq, jadi terjah jer mana2 kedai makan yang terhampir. Mamak pun boleh lahh, janji kenyang.


Lepas breakfast pergi ke kilang perusahaan t-shirt pulak. Tempat ni satu jalan dengan Nasi Dagang Pak Malau. Nama kedai alamak tak ingat nak tengok. Hahaha. Bijak-bijak..tak boleh jadi penulis travelling langsung..tapi senang jer nak cari, kedai ni tepi jalan jer. Kalau nampak banyak bas ke van berenti, itulah tempatnya.


Kat sini kalau beli sehelai rm15, tapi kalau amik 3 helai, harga jadi rm36. Diaorang memang galakkan untuk orang beli banyak. Size boleh campur-campur. Kain dia serius ok, bukan jenis yang nipis tu ye. Yang macam Arissa pegang tu kain dia tebal tau. Corak dan colour pun banyak. Senang kalau nak matchy-matchy satu keluarga macam keluarga adik ipar saya ni.


Seterusnya kitaorang pergi ke kedai kat area Makam Mahsuri sebab ada yang nak beli ubat resdung. Dekat situ boleh dapat harga murah sikit. Jalan depan sikit ada kedai-kedai lagi. Saya beli kain batik jer dekat situ. Rupanya di area Beras Terbakar lagi banyak pilihan kain batik yang ada. Harga lebih kurang aje cuma lebih banyak pilihan lah. 


Hangat giler dalam kedai-kedai ni. Nak membeli belah pun tak selesa. Kat tempat beras terbakar tu pun tak lama, panas giler. Arissa dah bising kepanasan. Dia mana tahan tempat panas-panas camni. Naik broga hari tu pun dia boleh tanya tak ada kipas ke..hurmm..suruh amik gambar pun sikit punya payah.

Nah belajar sejarah beras terbakar ni. 

  
Spot me? Hahaha sian saya cuma nampak mata hitam jer. Tercover ngan Pak Lang

Next tempat yang Arissa eager sangat nak pergi..sebab sepupu dia Qaseh dah pergi ke sini. So dia pun tak mahu kalah ngan qaseh. Apa cara pun kena bawak jugak naik cable car dengan masuk muzium 3D tu..Kalau tak, masaklah nak layan amukan torpedo dia tu. 

Walaupun kecut perut nak naik cable car tu, demi Arissa, kena kuatkan semangat jugak. Papa dia sakit2 kaki pun kena tahan jugak demi si anak. 


Muka happy dapat naik cable car. Pastu seronok gelakkan mama dia sebab takut naik benda alah ini. Ini pun kurang sikit rasa takut tu compare masa first time saya naik dulu. Langsung tak berani bukak mata.
 Pakai sunglasses tu sebab nak cover2 mata yang pejam..hahaha  

Kakak Dudil naik satu gondola dengan sepupu2 dia.


Gayat weii..lagi2 kalau tiba2 gondola tu macam terentak. dan berenti kat tengah2..ketaq lutut..kecut perut pakej lah..


Ni jer ahli rombongan cik kiah yang naik cable car, yang lain membawang kat bawah. Ehhh taklah...depa orang buat aktiviti lain kat bawah. Besar kot kawasan Oriental Village ni. Macam-macam boleh buat. Gambar ni  diaorang amik kat middle station rasanya. Sekarang dekat setiap station akan ada orang amik gambar, kalau tak mahu beli gambar tu pun tak pe. Gambar ni dengan key chain rm40 hinggit. Beli pun sebab Arissa yang nak. Anak sorang ni memang pandai mempokaikan mak pak dia. Panggg kanggg.

Layanlah gambar2 kitaorang dari ketinggian 650m di atas paras laut kat middle station dan 708m atas paras laut kat top station. Dulu kat setiap station ada di letak papan tanda aras ketinggian, tapi kali ni tak nampak pulak. 


Tengoklah aksi arissa kalau ajak bergambar. Susah beno nak dapat family photo yang elok. Dia tak sabar nak lari ke teropong ni sebenarnya. Selamba jer dia guna lama-lama, padahal belakang dia ramai menunggu.

 Untuk adilah ni kali ke dua dia naik cable car. First time naik umur dia 5 ke 6 tahun camtu.

Ni pulak gambar edisi bersemut mak pak si budak Adilah dan Arissa. Mohon jangan muntah hijau ye. Bukan senang nak amik gambar berdua camni tau, di atas gunung Machinchang yang sejuk dan berangin.


Yes i am not perfect, i am only human. Tiada yang sempurna melainkan Allah. Tetapi saya tetap limited edition di hati abang kan..chia..chia..

Frust tak dapat nak jalan kat skybridge tu sebab masa tak mengizinkan plus en suami sakit kaki. Kesian dia, tak larat nak jalan banyak-banyak. Dapat sampai top station ni pun dah syukur sangat. Maknanya lain kali datang langkawi kena naik cable car lagi sebab belum cukup syarat selagi tak jejak kaki atas skybridge tu,.

Turun cable car terus bebudak ni berlari ke muzium 3D. Masa ni kaki suami dah makin sakit, jadi saya kena jadi tongkat untuk dia berjalan. Mintak tolong kat anak-anak buah saya untuk amik gambar cica sebanyak yang mungkin. Masa yang ada tak lama sebab kitaorang nak ke pantai chenang pulak. Memang rasa tak puas tapi lebih baik dapat masuk kejap daripada tak masuk langsung.

Cica memang tak puas hati langsung. Keluar tu masam jer muka. Katanya banyak yang dia tak dapat nak amik gambar. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi ye cica. Masa tu kita datang awal pagi biar cica puas tour dan amik gambar dalam muzium tu ye.


Keluar muzium tu terus g pantai chenang. Patutnya Skydome dengan skyrex pun termasuk dalam pakej tiket yang kitaorang beli. Tapi sebab tak cukup masa dua tu kita tak dapat buat. Kat pantai chenang saya tak pergi tepi pantai pun. Saya dengan en. suami duduk kat secret recipe jer sambil makan carrot cake. Nak buat macam mana, jam2 ni lah kaki dia nak sakit.

Adoiii..hujan-hujan tengok kek ni buat orang lapar jer..makcik oh makcik..tolong sedaq diri sikit ye..jarum penimpang dah naik tu..nak makan lagi benda manis-manis..huhuhu

Sementara tu kat pantai, rupanya anak bertuah saya Arissa tu dah basah lencun. Selamba kodok jer dia berendam kat pantai tu. Dia tak tahu kot yang mak dia ni tak bawak seluar spare untuk dia. baju adalah. Terpaksa lah beli seluar kat gerai2 yang ada sepanjang pantai chenang tu. Aishhh kalau tak cari pasal memang bukan Arissa lahh.


Patutlah dalam gambar yang diaorang share dalam group tak nampak bayang cica, rupanya dia tengah seronok mandi mandi. Sabar jer lah..Settle pantai repeat ke idaman suri sebab ada barang yang terlupa nak beli semalam dan seterusnya ke kompleks HIG. Mak aiii ramainya orang. Nak pilih coklat pun payah. Jalan pun berlaga-laga bahu. Tak best giler lah datang time cuti sekolah. Semua pun dah lapar moh leh kita cari makan. Malam ni k.long bawak ke Restoren Seafood JMT.

Tengah sedap-sedap makan tetiba dengar kecoh2 orang bergaduh. Potong betul lah. Yang lagi tak bestnya, masalah yang tak ada kena mengena dengan family kitaorang jadi melarat-larat ke family kitaorang. Macam tengok drama kat tv jer dah. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Fuhhh satu hari yang padat dan penat tapi apa yang penting semua enjoy.

Day 1 ✔️
Day 2 ✔️
Day 3 Next entry

Untuk Rujukan

Tiket combo
Cable Car + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D - Dewasa RM40
Cable Car + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D - Kanak-kanak RM30

SkyBridge Enterance 
Dewasa  (RM5)
Kanak2   (RM3)

Sky Lift
Dewasa  (RM15)