Hari tu k.long suruh bawak balik ayam goreng yang ada banyak lebih masa kenduri Syaza. Ayam goreng ni dah di gaul dengan daun kari. Jadi sesuailah sangat kalau nak masak ayam bali sebab dalam resepi dia memang gunakan daun kari.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam size sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan *
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit*
3/4 sudu teh garam* (* disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai di ketuk
4 pelepah daun kari
4-5 sudu besar kicap lemak manis
4-5 sudu cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan-bahan kisar
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan (saya tak letak)
Cara-cara
1. Goreng atam tadi hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal-embal sahaja.
2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan sikit untuk menumis.
3. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambahkan bahan-bahan
yang di kisar dan cili kisar. kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. kacau sekali sekali. Masukkan kicap, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin atau manis tambahlah garam/ gula. Bila dah ok tutup lah api.
No comments:
Post a Comment