Wednesday, 5 December 2018

Makan Nasi Arab di Restoren Marrakesh

Balik dari kenduri anis, bawak abah makan nasi arab kat Restoren Marrakesh Harbour Place Klang. Bukan abah jer yang makan, semua pun makan jugak. Padahal baru balik makan kenduri, tapi semua lapar lagi. Betul-betul perut naga ni. Kali ni Adik yang berhajat untuk belanja. Tapi dia sendiri tak dapat join sebab kena rushing balik nak packing barang. Dia nak balik Johor dahh.

Adik @Zafirah dah sebulan berpindah ke Johor sebab naik pangkat. Jadi gaji baru pertama dia, dia belanja mak abah dan adik beradik dia makan. Alhamdulillah, teima kasih dik, semoga Allah murahkan lagi rezeki adik. Dia balik ni selain menghadiri majlis kahwin anis, juga kerana team building company dia di langkawi. Dapat juga ole-ole coklat dari Langkawi.

Ini lah anak-anak perempuan mak dan abah saya. Kebetulan empat2 kitaorang akan jumpa kat majlis anis, jadi saya mintaklah semua adik-adik saya ni pakai baju yang bertemakan songket.


Our 1st boyfriend dunia akhirat. Tapi ada sorang tu sibuk jer nak caras. Selalu dapat lebih pulak tu dari kitaorang. 👇 hah budaknya. Dulu masa dia kecik puaslah dia berebuatkan atok dan nenek ngan acunya.


Abah yang pilih untuk makan nasi arab, jadi kitaorang pilih lah restoren nie. Tengah-tengah antara yang nak balik ke Tg Karang, Subang dan Pulau Indah. Kami pilih set family, fries dan pizza untuk budak-budak. Licin semuanya. Food dia sedap, tempat selesa dan layanan pun bagus. Panggil terus jer datang untuk entertain kita.












Lama juga kami melepak di situ, sambil budak-budak semua main di luar retoren. Dekat pukul 9 juga baru semua bergerak balik. Bila nak berpisah bebudak ni masing2lah buat muka sedih. Iye lah belum puas main. InsyaAllah nanti kita gather-gather lagi.


No comments:

Post a Comment