Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya sekeluarga ikut family trip yang telah kak long rancang sekian lama. Seminggu sebelum pergi, harapan nak ikut trip ni macam samar-samar. Kesian tengok muka kecewa anak-anak bila dapat tahu yang kitaorang tak dapat ikut. Tapi syukur dengan pertolongan kak long dan keluarga, kitaorang dapat pergi.
Pagi jumaat 7hb tu baru confirm yang kitaorang akan ikut trip ni. Kelam kabut semuanya. Petang jumaat tu baru mintak cuti kat boss. Nasib baik tak ada benda urgent jadi dia lepaskan. Dalam kul 9.00 mlm k.long sampai dan kita sama-sama gerak ke RnR sungai buloh untuk kumpul di situ. Lebih kurang pukul 11 malam kita semua gerak dan akan jumpa di RnR Sg Perak.
Highway agak jammed malam tu. Ramai yang balik kampung atau barangkali pergi bercuti juga. Sampai di RnR Sg Perak dalam pukul 2 pagi lebih. Lepas minum, makan dan buang hajat semua, perjalanan di teruskan. Kami berenti sembahyang subuh dan mandi di Surau Al-Hikmah Changlun. Masa ni dah terpisah-pisah tempat berhenti Ada yang berhenti di RnR Gurun, ada yang di masjid di Alor Setar dan kitaorang sendiri kat surau ni.
Siap mandi semua, kitaorang gerak ke Padang Besar untuk berjumpa dengan yang lain kat situ. Malangnya padang besar hanya bukak pukul 10 pagi, jadi moh ler kita terus gerak ke Jetty Kuala Perlis. Rupanya pagi tu, cuma kitaorang jer yang mandi...Hahaha..yang lain semua jadi kambing. mandi ke tak mandi, gambar tetap kena amik.
Sekarang naik feri pun dah sistematik ye. Tempat duduk semua dah bernombor. Last saya pergi langkawi naik feri masa zaman saya study kat uum dulu. Masa tu duduk main belasah jer kat mana-mana. Selain tu, sekarang ni juga tak boleh sesuka hati keluar masuk ke terminal bila dah scan masuk ticket tu ye. Kalau dah termasuk awal dok jer lah dalam tu tunggu sampai waktu perjalanan feri di panggil. Kalau dok kat luar boleh lah g makan ke minum dulu.
Kat belakang tu ketua rombongan tengah scan sorang-sorang punya ticket untuk masuk ke terminal. Feri kitaorang yang sepatutnya berlepas pukul 12.30 delay dalam setengah jam. Pukul 1 baru gerak dan sampai di jetty langkawi dalam pukul 2 ptg. Sejam perjalanan memang masing-masing bantai tidur.
Sampai pulau Langkawi terus amik kete dan check in ke Century Suria Condominium untuk simpan beg sebelum keluar jalan-jalan cari makan. Makan tengahari kami hari tu merangkap minum petang di restoren nasi ayam Pak Ya. Settle makan terus ke Idaman Suri. Saya tak cadang nak beli apa-apa pun di sini, cuma nak beli sudu ngan towel jer.
Pinggan ikan ni akan ingatkan saya pada mak saya. Masa family trip ke langkawi tahun 2015 dulu, pinggan ni lah antara yang mak borong. Punyalah susah payah bawak, tapi guna nya tidak. Guna pun sekali dua jer rasanya.
Kemudian kitaorang ke HIG pulak. HIG yang shop lot, bukan yang kompleks. Kat sini apa lagi, coklat lah. Rambang mata, rasa nak angkut semua.
Lepas dari HIG terus ke pasar malam kat area baron. Leka dok jalan berdua ngan en suami kat pasar malam tu, rupanya semua dah menunggu kat van. Apalagi kena bahanlah..hahaha..Pastu terus balik ke kondo dan masing-masing pengsan kepenatan. Rancangan nak jumpa pak su dan sepupu2 saya yang juga ada di langkawi cuma tinggal rancangan jer.
Day 2 tunggu next entry...............
Untuk rujukan
Tiket feri pergi balik
Dewasa (RM36)
Kanak2 (RM26)
Parking kerete 3 hari RM40 (tak berbumbung)
No comments:
Post a Comment