Wednesday 30 April 2014

WW: E-Filing

Selesai daaa...


Wednesday 23 April 2014

WW: Chicken and Mushroom Quiche

Yang ni sebab malas saya beli jer..satu paket ada dua keping..
harganya dalam RM17.50






Chicken and Mushroom Quiche
Sumber resepi : Azie Kitchen

Bhn A:
200 gm tepung gandum
1ts salt
Mixed herbs

Bhn B
110 gm cold butter-kiubkan
1 egg yolk
1/4 tbs lemon juice
50 ml air sejuk (dimasuk berselang seli)

Campurkan bahanB hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A. Uli sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu, terapkan dalam pie mould yg boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan blind bake selama 15 minit. 

Bhn C
Chopped garlic
2 tbs olive oil
Capsicum
Celeries
Button mushroom hiris nipis nipis
Onion - potong kiub
Minced chicken
Chicken fillet green peppercorn
Garam
Mixed herbs

Tumiskan garlic, masukkan chicken fillet, goreng sekejap sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.

Bhn D
250 gm whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur
Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.

Selepas doh di bind bake selama 10 minit, masukkan filling sayuran tadi dan akhir sekali masukkan cream. Taburkan cheddar cheese yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170C


Tuesday 15 April 2014

Apam beras pujaan ramai

Assalamualaikum...

Buat apam beras ni mudah jer, tetapi jika tak kena caranya tak menjadi juga. Kata angah adik ipar saya, apam ni sensitif, kalau terlebih peram pun tak jadi kalau terkurang peram pun tak menjadi. Betul ke?

Percubaan kali kedua, walaupun keras sikit
tapi apamya tersenyum
Sebenarnya ini percubaan kali ketiga saya buat apam beras ni. Kali pertama langsung tak menjadi. Apam saya keras kejung. Jadi santapan tong sampah jer. Kali kedua menjadi, cuma keras sikit. Walaupun keras tetapi masih boleh di makan  Sempat juga bawak balik kampung bagi mak rasa.


Tak putus asa, saya buat lagi. Alhamdulillah kali ini betul-betul menjadi. Lembut dan gebu kejadiannya tapi rasa tak puas hati juga sebab apam saya tak pecah atau merekah. Percubaan kedua saya walaupun kejadian apam tu keras sikit tapi apamnya merekah. Lain kali kita buat lagi tengok camner hasilnya.


Resepi ni saya ambil dari blog  Yati Sinar Kehidupanku. Kalau search resepi ni kat internet, berderat yang telah mencuba resepi apam beras ini. Memang jadi pujaan ramai apam beras ni. Terima kasih pada penyumbang resepinya dan izinkan saya tepek kat sini pula.

Satu adunan ni dapat banyak juga bergantung pada saiz acuan la. Saya guna acuan kuih lompang dapatlah dalam 50 biji kot. Dapatlah hantar kat jiran sebelah dan saya juga ada bawak ke pejabat. Kawan-kawan saya suka dan diaorang kata saya boleh meniaga. Awww kembang jap akak yang dah sedia kembang ni.

Percubaan kali ketiga, lembut dan gebu tapi tak malu nak senyum
Resepi Apam Beras/ Nasi

Bahan-bahan

2 cawan nasi
11/2 cawan gula pasir
21/2 cawan air
2 cawan tepung
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil yis (mauripan)
Kelapa parut dengan sedikit garam secukupnya


Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)- saya blend sekali nasi, gula dan air. itu pasal apam saya tak merekah kot
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Sebekas untuk jiran sebelah rumah. Segan nak bagi sebenarnya, takut tak sedap..hehehe
Kononlah good tapi kalau makan seketul tak pernahnya habis pun..

Yee Mee Kungfu

Assalamualaikum...

Sekarang ni rasa cepat jer masa berlalu. 24 jam tu rasa kejap sangat. Lagi-lagi waktu malam. Rasa baru jer lelap, tup-tup Hafiz dah kejut suruh bangun. Aduh kalau ikut rasa hati yang malas memang tak nak bangun. Kalau boleh nak biar waktu tu malam jer tak payah siang-siang.

Gilo apa eh. Dah di kabo kan bahawa setiap benda tu di cipta berpasang-pasangan. Ada siang adalah malam, ada suami adalah isteri. Ada lapar ada kenyang ada malas ada rajin. Ini kira berpasang-pasangan jugak ke. Macam kata lawan jer. Hentam ajer labu.

Dah tak payah merapu banyak-banyak meh kita tengok menu ringkas, mudah dan yang pasti sedap. Cayo la cakap den, sodap sampai licin en. suami ngan anak-anak makan. Resepi ni saya ambil Dari Dapur Kecah. Terima kasih kongsi resepi dan saya kongsikan kat sini pula.

Tadaa kantonis yee mee....

Resepi kantonis yee mee

Bahan-bahan

Sebungkus yee mee/ kuetiow
10-15 ekor udang
Sawi (dicelur)
1 senduk sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 paket fish ball/ fishcake di potong2
1 biji telur (ambil putihnya sahaja) saya guna 2 biji
2-3 sudu makan tepung jagung (di larutkan di dalam air)
Garam secukup rasa
Minyan untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan)

2. Apabila sudah mendidih,  masukkan sos tiram, kiub ayam dan fish ball. Kacau sehingga sebati. Masukkan udang.

3. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat masukkan putih telur dan kacau sehingga masak.

4. Kemudian masukan kuetiow Dan kacau sebati. Sedia untuk di hidangkan.

Sodap di makan panas-panas dan jangan lupa tambahkan cili potong..nyummmy!!!



Friday 11 April 2014

REDHA

Assalamualaikum....

Hari ni buka blog rasa pelik..eh apsal gambar header tak ada..tengok gambar kat entry pun banyak yang hilang...aduhh kenapa ni..call Rose tanya apa nak buat, dia suruh refresh. Buat ulang-ulang pun tetap sama...rasa nak menjerit..nak menangis semua ada...nasib baik bukak kat office, kalau kat rumah dah meraung kot...

Benda dah jadi redha jer la. Nanti pelan-pelan saya letak balik gambar. Hilang terus niat nak update entry. Kebetulan cakap dengan rose lama pulak. Sejak dia kawin ni jarang dapat borak lama-lama. Ia lah orang dah ada bestfriend baru. Mana nak ingat kat kita ni...Hahaha..
Ehsan google
Rose bagi tau dia ngan suami nak pergi Umrah bulan depan...berapa hb tak ingat pulak tadi. Sesungguhnya berita ini lagi sedih daripada kehilangan gambar-gambar dalam blog. Saya sedih bila dengar kawan-kawan pergi UMRAH. Sedih kenapa bukan saya yang terpilih untuk ke Sana. Bibik sebelah rumah saya yang cuma jadi pembantu rumah pun dah dua tiga kali pergi Umrah. Walaupun majikan yang bawa tetapi tanpa jemputan dari Allah swt dia pun tak akan jejak kaki ke sana. Semunya atas izinNya. Jadi saya kena redha yang Tuhan belum jemput untuk saya ke Sana.

Rose serius aku dengki sangat kat ko. Rezeki ko kawin dapat pergi umrah sekali lagi. Aku ingat lagi dulu ko cakap kat aku " long nanti kalau ko nak pergi umrah ko pergi la ngan laki ko" sebab masa ko pergi tu ko jumpa ramai couple yang buat umrah. Masa tu kan ko pegi ngan parents ko. Akhirnya Tuhan makbulkan kata-kata ko, tapi bukan aku ngan laki aku yang pergi tapi ko ngan laki ko yang pergi.

Rose ko tolong doakan aku dapat ke sana jugak ye.  Seru nama aku dalam setiap DOA ko ye dan aku doakan semoga ko dan suami akan dapat umrah yang mabrur, selamat pergi dan balik, juga semoga Tuhan kabulkan doa ko untuk bagi aku anak sedara. Walaupun masih lambat lagi ko pergi, aku nak juga tulis pasal ni, kot-kot aku lupa nanti.

Pasal tajuk entry tu saya sebenarnya sedang mendidik diri untuk REDHA dan SABAR menerima segala ketentuanNya samada nikmat atau musibah. Bukan senang untuk terima segala yang terjadi dengan redha dan sabar, lebih-lebih lagi bila ditimpa musibah dan kesusahan. Mula lah timbul pelbagai persoalan kenapa, mengapa, bila dan sebagainya. Walhal setiap yang terjadi adalah yang terbaik dariNya walaupun kita tak suka benda tu dan setiap ujian yang di beri adalah mengikut kemampuan kita.
Ehsan google
Setiap kesusahan itu pula di beri jalan keluarnya samada cepat atau lambat.  Apa yang kita kena buat adalah teruskan berusaha, berdoa dan tawakkal pada Allah tanpa rasa ragu-ragu dan putus asa. Jika di beri nikmat pula hendaklah kita sentiasa bersyukur. Oleh itu saya akan sentiasa redha dan sabar menerima segala yang terjadi kerana di situ kunci ketenangan jiwa dan saya sangat-sangat yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Contoh paling dekat, kehilangan gambar-gambar dalam blog saya. Mula tu memang rasa sedih tapi bila saya rasa redha saya nampak hikmah di sebalik gambar-gambar yang hilang. Sebenarnya saya tak tau pun macam mana nak letak gambar kat header tu sebab dulu Rose yang buat untuk saya, tapi kerana kehilangan itu saya dah tau caranya. Bagi yang master memang tak de hal la tapi bagi saya budak baru belajar ni, saya nampak itu satu hikmah yang besar la. Bila kita redha, fikiran jadi tenang dan segala masalah pun boleh di atasi.

Cantik tak header baru saya. Cantik kan sebab ada gambar dua budak nakal kesayangan saya. Itulah Adilah dan Arissa jantung hati saya, kekuatan saya, kawan bergaduh dan bermanja saya.