Buat apam beras ni mudah jer, tetapi jika tak kena caranya tak menjadi juga. Kata angah adik ipar saya, apam ni sensitif, kalau terlebih peram pun tak jadi kalau terkurang peram pun tak menjadi. Betul ke?
Percubaan kali kedua, walaupun keras sikit tapi apamya tersenyum |
Sebenarnya ini percubaan kali ketiga saya buat apam beras ni. Kali pertama langsung tak menjadi. Apam saya keras kejung. Jadi santapan tong sampah jer. Kali kedua menjadi, cuma keras sikit. Walaupun keras tetapi masih boleh di makan Sempat juga bawak balik kampung bagi mak rasa.
Tak putus asa, saya buat lagi. Alhamdulillah kali ini betul-betul menjadi. Lembut dan gebu kejadiannya tapi rasa tak puas hati juga sebab apam saya tak pecah atau merekah. Percubaan kedua saya walaupun kejadian apam tu keras sikit tapi apamnya merekah. Lain kali kita buat lagi tengok camner hasilnya.
Resepi ni saya ambil dari blog Yati Sinar Kehidupanku. Kalau search resepi ni kat internet, berderat yang telah mencuba resepi apam beras ini. Memang jadi pujaan ramai apam beras ni. Terima kasih pada penyumbang resepinya dan izinkan saya tepek kat sini pula.
Satu adunan ni dapat banyak juga bergantung pada saiz acuan la. Saya guna acuan kuih lompang dapatlah dalam 50 biji kot. Dapatlah hantar kat jiran sebelah dan saya juga ada bawak ke pejabat. Kawan-kawan saya suka dan diaorang kata saya boleh meniaga. Awww kembang jap akak yang dah sedia kembang ni.
Percubaan kali ketiga, lembut dan gebu tapi tak malu nak senyum |
Bahan-bahan
2 cawan nasi
11/2 cawan gula pasir
21/2 cawan air
2 cawan tepung
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil yis (mauripan)
Kelapa parut dengan sedikit garam secukupnya
Cara-cara
- Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)- saya blend sekali nasi, gula dan air. itu pasal apam saya tak merekah kot
- Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dalam bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Sebekas untuk jiran sebelah rumah. Segan nak bagi sebenarnya, takut tak sedap..hehehe |
Kononlah good tapi kalau makan seketul tak pernahnya habis pun.. |
No comments:
Post a Comment