Friday 15 December 2017

Saya dalam program Oh Abang Terlajak Laris

Assalamualaikum

Meh ahkak nak cerita macam mana ahkak boleh ada dalam program ni. Walaupun cuma sikit jer, tapi ada jugak orang yang sedar akan kewujudan ahkak dalam program tu.😄😄😄

Masa setahun setengah saya tak bekerja, saya selalu berulang alik depan D'Herbs ni sebab pergi kedai bakery berhampiran. Satu hari tu masa bulan puasa 2016, tergerak hati nak hantar resume kat D'Herbs. Jadi saya pass resume pada pakcik Guard yang bertugas dan minta dia sampaikan pada HR. Sampailah lepas raya, Hana HR D'herbs hubungi saya dan mintak saya datang interview. 

Punyalah excited, esok tu jugak saya datang interview. Ramai juga calon yang datang untuk jawatan pembantu akaun. Masa ni jawatan rendah pun saya belasah jer janji kerja. Sebenarnya jawatan tu dah ada calonnya tetapi pada hari yang sepatutnya dia masuk kerja dia tak jadi masuk. Dah tertulis jawatan tu rezeki saya, jadi sehari lepas temuduga saya terus di minta lapor  diri.

Gaji yang di tawarkan tidaklah seperti yang saya harapkan tetapi saya terima kerana lebih baik ada gaji daripada terus mengganggur. Kerja dengan Datuk Aliff, pasti semua orang fikir mesti bestkan, termasuklah saya. Bila dah bekerja barulah tahu realitinya bagaimana. Biaslah di mana-mana pun kita bekerja ada baik dan buruknya. Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk kita jadikan sempadan.

Personally saya memang kagum dengan apa yang datuk Aliff ada walaupun dia masih muda. Datuk memang kerja kuat, siang malam kerja. Bayangkan nak dapatkan tanda tangan datuk punyalah susah. Bukan orang luar jer kena buat appointment nak jumpa datuk, staff pun kena buat appointment jugak tau. Hahaha.. Semangat kerja dia tu memang patut jadi contoh. Macam-macam iklan, program dia buat dan taja sebagai strategi pemasaran produk-produk D'Herbs. Antaranya program Oh abang Kosmetik tu lah.  

Saya cuma ada dalam episod yang pertama jer, sebab program yang lain saya tak join dan lepas tu saya masuk hospital sebab RA dan lepas itu saya berhenti kerja. Jadi video ni kiranya kenangan saya masa kerja kat DHerbs lah.  



Tuesday 12 December 2017

Aku dan Rheumatoid Arthritis

Assalamualaikum
Memori di FB
7 December 2017 genaplah setahun doktor diagnos saya menghidap rheumatoid arthritis (RA). Sebelum ini apa menatang arthritis tu pun saya tak tahu dan tak pernah nak ambik tahu kekdahnya. Daripada apa yang doktor bagitahu saya dan dari pembacaan saya RA ni penyakit autoimmune dimana sel pertahanan badan akan menyerang sendi pada badan sendiri atau bahasa mudahnya keradangan sendi. RA ni bukan sekadar sendi sahaja tapi boleh juga menjejaskan organ lain seperti mata, hati dan sistem saraf.
Sehingga kini apa yang mencetuskan permulaan RA masih belum di ketahui. Cuma doktor bagitahu faktor genetik, asap rokok dan makanan dalam tin cam sardin tu antara faktor yang boleh mengaktifkan sistem imun sesetengah orang. Sesetengah orang tu salah sorangnya adalah S.A.Y.A.

Nak citer camner mulanya sakit saya ni di kenalpasti. Mula tu dalam sebulan ke dua bulan sebelum tu jari-jari saya semua kaku/ stiff dan sakit terutamanya pada waktu pagi. Bukan jer jari, pergelangan tangan, kaki, lutut, leher senang citer semua bahagian anggota yang macam dalam gambar di bawah tu semua rasa sakit. Tambah-tambah lagi dengan batuk yang agak teruk. Bila gerak sakitnya Tuhan jer yang tahu.
Sumber dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Waktu pagi adalah waktu yang sangat kritikal. Bayangkan buka baju, pakai baju pun kena minta tolong suami dan anak. Kadang-kadang suami mandikan juga sebab nak pegang gayung air, nak bukak paip air nak picit ubat gigi pun tak boleh. Bila kesakitan datang menyerang dan tak mampu nak tahan kesakitan tu mula lah saya rasa sedih, rasa diri tak berguna, rasa nak salahkan takdir dan macam-macam lagi rasalah.

Saya pernah juga berjumpa ustaz untuk dapatkan penawar. Untuk berubat dengan ustaz ni, dia minta saya sediakan beberapa barang antara 7 botol air dari 7 masjid yang guna kolah, daun sireh, limau purut, limau nipis dan lain-lain. Namun belum sempat saya sediakan semua barang yang di minta, keadaan saya makin teruk. Kaki tangan semua membengkak, keras dan sakit. Sukarnya nak bergerak, Tidur pun tak lena. Bila saya ke klinik doktor klinik beri saya surat rujukan dan arahkan supaya saya segera ke hospital. Dia suspek buah pinggang saya bermasalah.
Bengkak, panas dan keras
Adoiii..lagi rasa nak menjerit, meraung. Dalam kepala tu dah macam-macam terfikir, itu ini. Saya pun ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam. Keputusan ujian darah menunjukkan semuanya negatif. Buah pinggang, hati jantung dan organ-organ yang lain semuanya baik. Apa yang menyebabkan kaki dan tangan saya membengkak jadi tanda tanya doktor. Jadi untuk ujian yang lebih lanjut saya terpaksa di tahan di wad.
montok kan jemari saya😆
Saya di masukkan ke ward di bawah pengawasan doktor Rashidi. Setelah di lakukan ujian darah dan fizikal doktor sahkan saya menghidap rheumatoid arthiristis (RA). Sewaktu di wad doktor Rashidi juga arahkan untuk saya lakukan CT scan pada paru-paru saya, dan hasilnya doktor dapati bahagian belakang paru-paru saya terjejas sedikit akibat serangan RA ni. Bermulalah hidup saya sebagai pesakit RA. Setiap hari kena makan ubat ikut waktu yang di tetapkan. setiap bulan kena buat ujian darah dan jumpa doktor.
 Dr Rashidi@ DEMC sangat informatif dan sporting

Dr Rashidi bukanlah pakar rheumatology dan DEMC tak ada klinik rheumatology. Jadi Dr Rashidi cadangkan saya teruskan rawatan dengan Dr Heselynn Hussein di SJMC. Tiga bulan dengan Dr Heselynn saya minta Dr referkan saya ke pakar rheumatology di hospital kerajaan kerana keadaan kewangan yang tak berapa mengizinkan. Bayangkan ada satu ubat tu nama dia Arava 20mg, satu botol tu jer harganya dalam rm500. Belum campur lagi ubat yang lain dan juga consultan fee Dr. Sekali appointment terbanglah rm700-800 jugak.
                   
Dr Haselynn Hussein @ SJMC sangat lemah lembut dan understanding

Seterusnya saya teruskan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Walaupun terpaksa menunggu lama setiap kali hendak berjumpa Dr atau mengambil darah, tetapi bila kenangkan rawatan dan ubat-ubat yang percuma tu saya redha jerlah. Satu disadvantage hospital kerajaan ni setiap kali datang Dr yang akan merawat kita bertukar-tukar tak seperti di swasta.

Seakrang ni 6 jenis ubat saya kena ambil setiap hari tetapi yang satu tu bila betul-betul sakit jer baru saya makan. Alhamdulillah ubat-ubat yang saya ambil ni bertindak balas dengan baik terhadap penyakit saya walaupun pada peringkat awal pengambilan ubat-ubat ni saya berasa pening dan mual-mual dan muntah seperti orang mengandung. Sekarang ni kalau di ukur dengan skala 1 hingga 10 tahap kesakitan tu, saya boleh katakan pada tahap 3. Harap-harap tahap ESR saya  juga akan semakin menurun ke tahap lebih kurang 25.
gula-gula saya
Ujian darah masa ni ESR saya menunjukkan penurunan dari sebelumnya 84 

Masa awal-awal saya kena sakit ni, berbulan-bulan juga saya tak boleh sembahyang berdiri. Usahkan nak sembahyang nak ambil wuduk pun seksa kan main. Kalau keluar ke mana-mana mintak suami cari parking yang paling dekat dengan pintu masuk sebab tak mahu berjalan banyak. Bila pergi hospital tengok pesakit RA yang lain dengan keadaan fizikal yang jauh lebih teruk daripada saya, saya rasa bersyukur sangat. Kalau kita rasa nasib kita malang sebenarnya ramai lagi yang lebih malang lebih sakit daripada kita. Apa sahaja yang menimpa kita pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sekejap jer setahun dah berlalu. Cepatnya masa berjalan. Saya harap untuk tahun-tahun yang mendatang saya akan di kurniakan kesihatan yang lebih baik. Bila kita sakit kita akan tahu betapa nikmatnya sebuah kesihatan itu. Buat yang sedang sakit saya doakan semoga cepat sembuh dan bersabarlah dengan ujian kesakitan itu kerana itu tanda Allah sayangkan hambaNya. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Ø¢Ù…ِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ