Wednesday 19 February 2014

WW: Mama tadeeee

Alahai Cica comel...



Tuesday 18 February 2014

Arissa demam panas

Assalamualaikum....

Apa khabar semua..harap semua sihat..almaklumlah sekarang ni musim ramai orang tak sihat. Saya ni pun dah dekat sebulan batuk tak baik-baik. Baru dapat tau pulak kawan saya, suaminya dan anaknya yang sebaya anak saya Arissa di masukkan ke hospital kerana denggi. Allahuakbar siannya..semoga kak Ida dan keluarga cepat sihat ye.

Alhamdulillah anak saya Arissa dah sihat. Seminggu lebih juga dia demam. Kali pertama Arissa demam teruk sampai terpaksa di letakkan di wad pemerhatian. Biasanya kalau demam pun tak macam demam sebab masih boleh main, masih boleh membebel-bebel dan masih boleh melompat-lompat. Tetapi kali ini memang dia betul-betul lemah. Arissa dah mula tak sihat sejak hari khamis sehari sebelum raya cina. Dia tak demam tapi selesema dan batuk. Nafas dia bunyi dan tak lancar. Sebelum ini dia pernah ambik gas sebab doktor kata Arissa ada semput sikit.

Hari jumaat sebelum balik kampung saya bawa dia ke klinik. Sekali lagi doktor bagi gas. Aduh mencabarnya nak menangani karenah Arissa bila jumpa doktor. Selalu tu suami ada tapi kali saya sorang sebab masa ini suami tengah jaga arwah bapa mertua saya yang tengah sakit. Nasib baik adik saya acu ada, kalau tidak memang kelam kibut.
Ni kali kedua Cica kena ambik gas. Mula tu nangis tak mau..lama-lama senyap..lega kot
Malamnya Arissa mula tak boleh tidur. Kejap-kejap dia terjaga sebab dia rasa tak selesa dan susah nak tidur sebab nafas tak lancar. Bila Arissa tak tidur, saya pun tak tidur sekali. Saya sapu dan gosok belakang dia dengan vicks bagi dia lega sikit. Pukul 3 lebih jugalah baru dia tidur. Aduhai siannya anak mama, kalau boleh di tukar mama rela tanggung sakit Arissa.

Sabtu pagi tu, badan dia dah mula panas. Dia dah mula merengek mintak dokong aje, dah tak mahu main, tak mahu makan. Menjelang petang badan dia makin panas. Bibir pun merah sangat dan kering. Masa ni dia memang dah tak larat nak bangun. Asyik baring dan tidur jer. Cakap pun tak mahu sebab Arissa ni kuat membebel, jadi kalau dia tak mahu bercakap memang dia betul-betul tak sihat. 
Masa ni dia dah tak larat sangat, asyik baring dan tidur jer.
Selimut pun tak larat nak buang kalau tak jangan harap la nak berselimut biar sejuk camner pun.
Saya ada mesej suami beritahu tentang keadaan Arissa. Saya tak mintak pun dia balik, tapi mungkin sebab risaukan keadaan Arissa, petang sabtu tu dia balik ke kampung. Lepas Isyak saya bawa Arissa ke hospital. Kebetulan anak saudara saya Qhaleef pun demam sampai tak keluar suara, jadi saya ke hospital bersama anas dan angah (mak bapak Qhaleef). Angah kata kalau pergi hospital sebelah malam tak ramai orang, jadi boleh terus jumpa doktor. Sekali tu, ha amek kaw.. bila kami sampai punyalah ramainya orang kat kecemasan.
Keadaan kat unit kecemasan pada pukul 5 lebih pagi. 
First time saya bawak anak pergi hospital. Kat kampung jangankan nak cari hospital swasta, nak cari klinik yang buka 24 jam pun tak ada. Nak tak nak kenalah tunggu juga. Kebetula cuti panjang hujung minggu sempena raya cina, jadinya ramai yang balik kampung dan ramai juga yang sakit. Paling kasihan budak-budak dan orang tua terpaksa menunggu lama. Nasib baik Arissa tak meragam, nangis pun kejap jer. Cuma air mata jer meleleh sebab dah terlampau panas sehingga 40 darjah C. Saya yang riba dia pun boleh terasa bahang panas badan dia.

Oleh kerana terlama lama dan tak sanggup nak tunggu lagi, ramai yang balik tanpa dapatkan rawatan doktor. Bila tanya pada pegawai yang bertugas di kaunter, mereka jawab doktor semua sibuk ada kes kecemasan. Habis yang kat luar ni nak tunggu pengsan dulu ke baru nak bagi rawatan. Pada pendapat saya patutnya ada doktor yang di tugaskan untuk pesakit luar dan ada juga yang untuk kecemasan. Jadi semua orang akan dapat rawatan dengan cepat.

Lebih kurang 2 jam menunggu baru lah nama Arissa di panggil. Bila doktor periksa terus Arissa di tahan untuk pemerhatian kerana suhu badan yang tinggi. Kata doktor lagi nasib baik cepat kalau tidak boleh kena sawan tarik. Aduhaiii doktor, saya dah datang 2 jam yang lepas ok, tapi mana doktor semua.. Syukur sangat Arissa tak apa-apa. Lepas masukkan ubat montot, kena tanggalkan pulak baju ngan seluar. Tengah-tengah malam Arissa kena mandikan dengan air sejuk. Apalagi meraungla budak tu. Kesian sangat tapi demi nak baik dan tak mahu Arissa kena masuk wad, tahankan la hati.

Sabar sayang, sikit jer. Tak sanggup nak dengar tangisan dia.
Setiap sejam nurse akan datang untuk ambil bacaan suhu badan Arissa. Arissa hanya akan di benarkan balik bila suhu badan dia dah mencecah bawah 38 darjah C. Sehingga jam 5 pagi suhu badan Arissa dah turun tapi masih di atas 38 darjah C dalam 38.2 ke 3 cam tu. Kebetulan pula nurse yang bertugas malam tu adalah kawan sekolah rendah saya dulu, jadi saya mintak pada dia nak keluar. Saya dah tak tahan tengok Arissa menangis kesejukan dan kesian juga pada pesakit lain yang tentunya tak boleh tidur sebab tangisan arissa. Sebelum balik sebiji lagi ubat montot di masukkan.

Masa ni dia lena sangat sampai tak sedar kapas basah kat badan dia ..
bila dia terjaga habis smua benda tu di campaknya.
 Semalaman saya dan suami tak tidur. Nasib baik juga suami ada, di buatnya suami tak balik petang tu macam manalah keadaan saya dan Arissa di hospital. Saya dah lah jenis penakut dengan hospital, tetapi bila anak kita sendiri yang sakit, hilang semua segala ketakutan tu..yang ada di fikiran cuma nak anak kita sihat. Arissa ni pula bila kita paksa-paksa makan ubat, lagi lah dia tak mahu. Kalau tak tu elok jer dia makan ubat sendiri. Mungkin sebab tak makan ubat badan dia panas lagi, tapi tak lah macam semalam. 
Lagi satu kemajuan hospital ni, Farmasi di buka 24 jam. Kalau dulu waktu bekerja sahaja.
Melihatkan keadaan Arissa yang cam tu, mungkin itu yang buat suami saya tertanguh-tangguh nak balik ke rumah mertua saya semula, sehingga lah pukul 4 petang bila dapat panggilan telefon kata arwah bapa mertua dah nazak, baru lah kelam kabut dia balik tapi tak sempat sampai arwah dah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah sebaik-baik aturan dari Allah, kerana setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmah-Nya. Sesungguhnya kami redha dengan segala ujian ini.  

Cica comel..Cica dah debab cam mama. Makan banyak , cakap banyak. Semoga anak mama terus sihat.

Thursday 6 February 2014

Al Fatehah Hj Mohamed Yunus Bin Hj Ibrahim (1942-2014)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. 
Dari ALLAH kita datang...keplada ALLAH kita kembali. 

Tak tahu dari mana saya nak mula menulis...belum cerita apa-apa pun, air mata laju menuruni pipi. Saya pernah cerita keadaan kesihatan bapa mertua saya disini. Enam hari selepas entry tersebut saya tulis, bapa mertua saya pergi untuk selama-lamanya pada jam 4.15 petang, Ahad 2hb Februari 2014 pada usia 72 tahun.  
Walau terpisah jasad namun abah tetap dalam ingatan kami. Semoga roh abah di cucuri rahmat
 dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman 
Abah pergi pada hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 12 tahun. Apakah hikmahnya hanya Allah yang tahu. Abah pergi tatkala isteri dan semua anak menantu ada di sisi, kecuali saya dan suami. Sepanjang minggu lepas suami memang duduk di rumah mertua. Pergi dan balik kerja dari sana. Saya pula sementara cuti raya cina, dengan izin suami saya balik ke kampung saya bersama anak-anak. Kebetulan pula anak saya Arissa demam panas. 

Hari sabtu petang suami pun menyusul saya ke kampung kerana risaukan keadaan Arissa. Malamnya saya bawa Arissa terus ke hospital memandangkan badannya semakin panas. Saya dah mintak suami untuk balik ke Klang semula, tapi dia nak teman saya dan Arissa di hospital. Pasal Arissa saya akan cerita dalam entry yang lain. Ahad pagi tu lepas keluar hospital, sekali lagi saya suruh suami balik, tapi dia cakap kejap lagi. Tengah dia menonton  MLM kakak ipar saya call kata abah dah nazak.

Kelam kabut dia balik sampai tertinggal telefon. Lebih kurang 15-20 minit lepas dia pergi adik ipar saya pula telefon kata abah dah tak ada. Suami pulak memang tak dapat nak di hubungi. Saya tak boleh bayangkan keadaan suami bila dia sampai nanti tengok abah dia dah tak ada. Rupanya betul, suami saya pengsan bila sampai rumah mertua saya. Dalam masa yang sama badan Arissa pun masih panas, muntah-muntah lagi. Masa tu saya tak tahu macamana nak gambarkan betapa walangnya hati saya. Saya cuma mampu berdoa suami dan Arissa tak apa-apa.

Saya sampai rumah mertua dalam pukul 9 malam. Minggu lepas hari sabtu last saya jumpa abah. Waktu saya salam abah, abah pengang kuat tangan saya sambil dia nak cakap sesuatu. Tapi masa tu abah dah tak boleh cakap jadi saya tak faham apa yang abah nak sampaikan. Hari ini saya cuma dapat menatap tubuh kaku abah. Abah pergi tanpa tunggu suami, saya dan anak-anak saya sedangkan anak, menantu dan cucu-cucu yang lain semua ada di sisi. Ya Allah apakah hikmahnya? Adakah abah tak sayang pada kami. Saya tahu tidak baik berfikiran begitu, tetapi saya tak boleh lari dari memikirkannya.

Abah pergi pada ulangtahun perkahwinan kami, pada saat Arissa sedang sakit dan di takdirkan kami anak beranak tak ada di sisi abah. Aduh sedih sangat dan suami tentunya paling ralat. Namun siapalah kami untuk melawan takdir Tuhan. Kami redha dan saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan kekuatan pada kami. Anda tahu siapa anda.

Jenazah abah telah selamat di kebumikan lebih kurang jam 11 pagi. Ramai saudara mara, sahabat handai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Dari rumah jenazah telah di usung ke masjid untuk di sembahyangkan dan dari masjid di bawa dengan van jenazah ke tanah perkuburan Islam Kg Pendamar. Selamat tinggal abah, sebanyak mana kami menyanyangi abah, tapi ALLAH lebih sayangkan abah. Kami juga akan menyusul abah suatu hari nanti.

Yasin dan tahlil di kubur..Arissa nampak rambut tu sampai tertidur-tidur .
5hb Februari 2014 hari jadi abah yang ke 72 tahun. Hanya bacaan Yasin dan Fatiha yang dapat kami anak, menantu dan cucu hadiahkan pada abah. Emak mertua pastinya orang yang paling terasa kehilangan abah. 51 tahun berkongsi suka dan duka, kini emak di tinggal sendirian. Sedangkan saya yang baru 12 tahun bersama, kalau suami tak balik 2..3 hari pun dah terasa kehilangan, rasa rindu, apatah lagi emak mertua saya yang dah separuh abad bersama. Malam sebelum arwah abah di kebumikan, emak tidur dekat tepi katil arwah. Itulah malam terakhir emak tidur di sebelah kekasih hatinya sebelum terpisah jasad dan badan.

MIL dan arwah FIL..loving kan . Mereka kekal bersama hingga ke anak cucu.
Hanya kematian yang memisahkan mereka
Emak mertua ada cerita, arwah abah ni dulu garang dan tak romantik. Tapi sebelum abah jatuh sakit, 2 ke 3 kali juga arwah abah suapkan emak makan, baring kat riba emak waktu lepas solat. Kata emak benda-benda ini abah tak pernah buat sebelum ni. Mungkin ini antara tanda-tanda yang abah nak pergi tinggalkan emak buat selama-lamanya.

Al- Fatihah buat arwah ayahanda mertua Hj Mohamed Yunus Bin Ibrahim.