Tuesday 19 February 2019

Makan Besar Sempena CNY

Kebetulannya cik AD baru dapat gaji pertama dia sebagai Operator Kren. Jadi saya suhlah dia open table. Kira rezeki sape yang balik kampung masa raya cina tu lahh..So lepas Isyak tu kitaorang semua gerak ke Restoren Dangau Rimba, Tanjong Karang. Sebelum tu puas gak lah nak pilih tempat makan..tanya2lah kat whatsapp group kawan2, so ada yang suggestkan try restoren ni. Restoren ni sebenarnya cawangan Restoren Aroma Ikan Bakar yang popular kat Jeram tu. Cawangan yang ini baru aja di buka. Besar tempatnya dengan restoren berkonsepkan kayu.

Image may contain: sky, house, cloud and outdoor
Pandangan restoren dari belah depan. Gambar sumber FB Warung Dangau Rimba

Image may contain: indoor
Pandangan restoren dari tengah laluan. Depan tu bahagian dalam restoren. Kiri kanan laluan ini ada pondok/ gazebo untuk yang suka makan bersila. Gambar sumber FB Warung Dangau Rimba

Image may contain: bridge and outdoor
Pondok/ gazebo di kanan kiri laluan masuk ke restoren. Untuk yang suka makan bersila, bolehlah pilih duduk di sini. Gambar sumber FB Warung Dangau Rimba

Masa kami sampai orang masih ramai. Kat tempat makan bersila tu memang penuh, Tapi kat bahahagia dalam masih banyak meja kosong. Banyak juga yang kami order malam tu, tapi tak banyak amik gambar sebab hp saya battery habis. Suruh adik-adik saya ambikkan, masing-masing sibuk mencekik. So mana yang ada aje lah ye


Masa ni masing-masing sabar menunggu lagi lauk yang lain sampai, tomyam, telur dadar ngan sayur rasanya. 


Siakap stim ni permintaan abah. Bila tanya sedap tak..dia jawap tak.. sebab dia dah set kat kepala siakap stim yang sedap cuma kat kedai dia kat changkat lada. Wahh bunyi macam abah ada restoren plak. Yang benonya, kedai memanglah abah punya tapi abah sewakan kat orang. Kalau abah makan situ pun kena bayar taww..no free free..kalau tak camner tokey restoren tu nak bayar sewa kedai pada abah..ye dakk..


 Yang ni siakap 3 rasa. Memang menu wajip kalau order ikan. 


  Udang butter. Sekejap jer licin. Terpaksalah saya pilih udang lagi untuk di masak. Bukan jer tambah udang, ikan pun tambah sekoq lagi


Sotong goreng tepung. Sebelum order saya memang tanya dulu goreng cekodok ke goreng rangup. Wajib tanya sebab selalu terkena sotong goreng tepung yang goreng cam cekodok tu..huhh aii is don't like


Yang ni apa ehhh...lala ke kupang bercili..Dia punya sambal sedap. Kulit jer nampak besar sekali isi dalam halus jer..hahaha


Ni budak mok yang makan banyak..hahaha..kalau dia tahu saya tulis camtu mau kena belasah...Cica ohh cica..cica sorang jer yang auntie amik gambar..orang lain nan hado..hurmmm.

Overall makan malam tu sedaplah. Orang belanja kan..tak sedap pun cakap sedap. Eh taklah..memang  sedap ye. Licin lah semua kitaorng bedal. Harga pun berpatutan.  Next time boleh gather-gather lagi kat situ. Terima kasih ye cik AD belanja. Moga di murahkan lagi rezeki.

Saturday 16 February 2019

Kuih Ketayap


Buat kuih ketayap ni beberapa minggu yang lepas sebab teringin. Jadi merajinkanlah diri buat sendiri. Padahal boleh jer beli daripada renyah-renyah buat tapi tulah orang kata kepuasan. Resepi ni daripada chef Hanieliza dalam buku Kompilasi Resepi. Banyak tau resepi best-best dalam buku Chef Liza ni. 

Kuih Ketayap

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan di simpul

Cara-cara


Masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk/ kuali


Kacau gula hingga cair


Masukkan kelapa parut


Masak di atas api yang kecil dan kacau selalu sehingga sebati dan lembab


Angkat dan sejukkan.


Bahan Lempeng

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
7 helai daun pandan
1/2 cawan santan
1 sudu teh pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara


Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan


Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lenggang-lenggangkan supaya adunan rata dan nipis


Apabila masak, angkat dan letakkan di natas pinggan. Letakkan inti di tengah-tengahnya. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kemudiangulung ketayap kemas-kemas.


Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Friday 15 February 2019

Sayur Goreng Jawa Style


Assalamualaikum.....

Rindu saya tak..? hahaha soklan..macamlah ramai naww..naww yang tahu kewujudan blog ni. Mesti muak kan asyik kena jamu ngan nasi ayam jer. So hari ni meh saya nak jamu ngan sayur goreng style jawa plak. Tak taulah tang mana yang jawa style nya tu. Mungkin sebab sayur ni ada tempe kot.


Sayur Goreng Jawa Style
Sumber Majalah rasa

Bahan A - Tumbuk/ kisar

7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - saya tak letak
Sedikit belacan

Bahan B

7 batang kacang panjang
1 bungkus tempe panjang - saya guna tempe daun guna dua ketul
2 keping tahu
1 paket suun dan fucuk - ini agak2 lah sendiri. 1 paket banyak wooo
Udang basah - saya tambah
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 sudu besar cili kering kisar- saya guna cili padi. Tumbuk jer sekali ngan bahan tumbuk yang lain
1/2 biji santan
Garam dan gula secukupnya
Asam jawa

Cara-cara

1. Goreng tempe, tahu dan kacang panjang
2. Tumis bahan-bahan A. Dah agak garing, masukkan cili kering kisar
3. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan udang. Agak-agak udang setengah masak, masukkan pula santan. Perasakan dengan garam, gula dan asam jawa.
5. Biarkan sehingga agak pekat & menggelegak, kalau nak kuah sikit biarkan lagi sehingga agak kering.
6. Masukkan semua bahan yang di goreng, suun & fucuk serta cili.
7. Gaul sebati & siap.


Sayur ni ratah-ratah pun sedap tau, kotlah tak mau makan ngan nasi. Ini ala-ala masak lodeh tapi kering punyalah. Cuba tau.