Sekarang ni hari-hari hujan terutamanya belah petang. Alhamdulillah syukur atas nikmat hujan yang di turunkan. Kerajaan Selangor pun dah umumkan penamatan catuan air. Tentunya kawan-kawan yang kawasan mereka di kenakan catuan air sebelum ni boleh tarik nafas lega.. Kawasan rumah saya walaupun dalam senarai catuan tetapi saya tak pernah pula keputusan bekalan air. Syukur sangat.
Syukur juga InsyaAllah tahun ini keluarga saya akan terima ahli keluarga baru. 25hb Dec 2013 hari tu kami telah merisik Lily untuk adik saya Yazid. Di ikuti majlis bertunang pada 19hb Jan 2014. Sembilan belas (19) adalah tarikh mereka berkenalan dan pada tarikh ini juga insyaAllah bulan September nanti mereka akan di satukan dengan hantarannya sebanyak RM19 ribu dan dulang hantaran sebelas (11) berbalas sembilan (9).
Gebu gak jari ko ye Ly cam jari bakal kakak iparmu ini juga..ahaksss |
Mak sarungkan cincin merisik. Dulu time saya dirisik tak de pun sarung-sarung cincin... |
Mak sarungkan cincin tunang pula. Kan main suka ye ko Ly dapat cincin |
Hantaran bekas cincin |
Masa merisik hari tu cuma saya dan suami, emak abah dan dua orang adik saya bersama isteri masing-masing sahaja yang pergi. Patutnya pukul 11 pagi dah ada sana, tapi kami pukul 11 baru nak gerak daripada Subang. Janji melayu betul. Di pihak Lily pun tak ada orang lain cuma Lily dan mak bapaknya. Masa merisik ni lebih kepada nak berkenalan-kenalan antara dua keluarga, keluarga En Ahmad dan keluarga En Slamat. Wah nama dekat-dekat sama hehehe..Masa ni di bincangkan juga tarikh bertunang dan duit hantaran.
Berbincangan lantai bulat |
Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga majlis diberkati. |
Lima (5) dulang daripada pihak lelaki. Buah tu saya yang sponsored ye... hahaha nak nama jugak tu. |
Hantaran balasan dari Lily |
Pasangan baru bertunang dan kawan-kawannya. Tak malu betul datang juga si lelaki ni. kalau dulu-dulu timebertunang yang lelaki mana boleh ikut kan. Sekarang ni main belasah jer. |
Bye-bye Lily. InsyaAllah jika di izinkan oleh-Nya bulan September nanti, lebih kurang empat bulan lebih jer dari sekarang, rombongan Haji Omar akan datang lagi. Kali ni kita bawak lebih ramai lagi ahli rombongan. Terima kasih Lily sekeluarga atas layanan baik pada rombongan haji Omar.
Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke Tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Datang kami disambut baik.
Note: pantun ehsan carian di yahoo
No comments:
Post a Comment