Thursday, 8 May 2014

Selamat Hari Jadi Suami Ku

Assalamualaikum...
Moga satu hari nanti impian nak ada motor besar akan tercapai
Genap dua bulan selepas ulang tahun kelahiran saya, hari ini 8hb May 2014 pula merupakan hari ulang tahun kelahiran en. suami yang ke 47 tahun. Tiga tahun lagi masuk 5 series ye bang. Patut pun uban dah banyak..kehkeh. Apa ada pada umur, yang penting abang tahu saya dan anak-anak sayang pada abang. Ramai orang tak percaya umur en.suami saya dah 47 tahun. Dulu awal-awal perkenalan kami, saya pun ingat beza umur kitaorang dalam tiga ke empat tahun sahaja. Sekali tengok ic macam tak caya beza umur kitaorang 9 tahun. Perbandingannya macam adilah dengan arissa sekarang. Adilah 12 tahun dan Arissa 3 tahun. 
Bayangkan adilah tu en. suami dan arissa tu saya. Budak darjah 6 ngorat budak 3 tahun yang masih pakai pampers....Hahaha
Malam tadi genap pukul 12 tengah malam saya dan arissa ucap happy birthday pada birthday boy. Si Arissa siap nyanyi hepi beday to you kat papanya. Siap cakap nak kek mickey mouse. Arissa sayang ni birthday papa, takkan nak bagi kek mickey mouse pulak. Esok birthday Cica kita buat kek mickey mouse ye. Kakak pulak dah tido tapi dia dah siapkan kad siap dengan ucapan daripada kawan-kawan sekelas dia. Kakak kata nak bagi malam ni. Ooo kakak time mama tak de pun bagi-bagi kad. Huhuhu. 
En. suami bersama insan teristimewa yang melahirkannya.
Buat suamiku yang tersayang Selamat Hari Jadi. Semoga abang di panjangkan umur yang bermanfaat, di kurniakan rezeki yang halal, di beri kesihatan yang baik dan berterusan, di kurniakan iman yang sempurna dan semoga hidup abang sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga segala yang diimpikan akan menjadi nyata dan kejayaan sentiasa mengiringi hidup abang. Amin Ya Rabbal Alamin. Buat Syurga en. suami terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan anak emak ni.
Semoga abang, papa akan terus menjadi pelindung dan ketua keluarga yang bertanggunjawab mendidik kami ke jalan akhirat. Juga menjadi anak, menantu, abang, adik dan pakcik yang baik pada keluarga. Semoga kita sekeluarga akan terus kekal bersama menyambut hari jadi abang, ayang dan anak-anak kita untuk tahun-tahun yang akan datang. Kami sayang abang selamanya. 

No comments:

Post a Comment