Puding roti ni favourite Adilah. Bukan main banyak lagi dia makan. Saya pulak bolehnya tak rasa. Selalu tu kalau cuba resepi baru saya mesti rasa sebab nak tau samada sedap ke tidak. Tapi tengok adilah, suami dan adik saya makan dengan seleranya saya andaikan sedaplah. Bila tengok gambar ni, rasa menyesal tak makan. Aduhhh terliur sungguh. Kena buat lagi lah nampaknya
Resepi puding roti ni saya ambil dari dapur Izah Muffin Lover. Izah pula dapat daripada Hairul.com. Menurut Hairul resepi ni beliau pelajari semasa bekerja di hotel. Kiranya ni resepi chef dari hotel la kan. Bukan senang tau nak dapat resepi chef, jadi terima kasih sangat pada Izah dan Hairul yang sudi kongsikan resepi ni.
Resepi Puding Roti Bersama Vanila Sos
Bahan-bahan:
300
ml susu segar (saya guna susu cair)
3
biji telur
70
gm gula
sedikit
esen vanila
10
keping roti
*
elok guna roti yg kasar, kalau guna roti lembut hasil puding agak lembut
sangat.
butter
secukupnya
kismis/
kurma (saya letak coklip cip)
Cara:
1.
Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati hingga gula
hancur. Ketepikan.
2.
Sapukan loyang dengan butter. Kemudian sapukan permukaan kepingan roti dengan
butter. Buat depan dan belakang roti. Kemudian susunkan ke dalam loyang
berlapis2. Setiap lapis taburkan dengan kismis dan kurma.
3.
Untuk lapisan terakhir, potong roti kepada 2 bahagian, sapu butter dan susun
bertindan. *boleh lihat gambar di blog hairul.com
4.
Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam loyang.
5.
Bakar puding pada suhu 150 C selama 40-45 minit menggunakan teknik waterbath.
SOS
VANILLA
200
ml susu segar * izah guna susu cair (saya pun guna susu cair)
4
sudu besar gula * izah letak 3
1
sudu besar tepung kastard
sedikit
esen vanilla
Masak
bahan di atas sehingga pekat menggunakan api sederhana.
No comments:
Post a Comment