Thursday, 15 May 2014

Brokoli Bawang Putih Dengan Udang

Assalamualaikum...

Tinggal sebulan lebih jer kan kita nak melangkah ke bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan ganjaran. Puasa dah dekat ni, puasa tahun lepas dah ganti belum..? Elok la ganti cepat-cepat takut tak sempat pulak kan. Saya percaya sekarang ni ramai yang berpuasa sunat bulan rejab. Selain cari pahala tambahan, ini juga sebagai pemanas badan sebelum Ramadhan. Bagi yang diet, pun elok juga la puasa sunat, dapat pahala badan pun sihat.

Cakap pasal DIET ni, sebenarnya saya pun macam kena diet jer. Ceritanya, seminggu lepas bos saya outstation, so isnin tu dia masuk kerja dia pun jengah la bilik saya. Alih-alih terkeluar plak kata-kata yang paling enak untuk di dengar dari mulut bos saya. Tau apa dia kata, dia kata saya nampak gemuk..huwaaaa menci tau..kutuk dalam hati sudah la. cakap depan-depan pulak..sentap ahkak tau. Balik rumah tanya kat en.suami pulak saya ni gemuk ke, dia kata cam biasa jer. Tak kisahlah gemuk ke kurus, janji sihat, tapi kena juga kawal pemakanan..jangan main bedal jer.. pantang nampak.

Oleh itu saya nak kongsikan resepi sihat dan sedap sesuai untuk orang diet. Kalau tak diet pun boleh jer, dah la sedap nak sediakannya pun senang. Kalau tak mau makan dengan nasi, ratah aje pun sedap. . Saya dapat resepi ni dari dapur Kak Rose dan saya panjangkan ke sini pula. Resepi asal tak letak udang, tapi saya tambah untuk tarik perhatian anak-anak saya. Akan tetapi Cica jer yang boleh makan semua tapi kakak cuma makan kuah ngan udangnya jer. Susah betul nak bagi si kakak ni makan sayur. Kalau makan pun cuma sayur carrot jer. 
Good...sedap!!!
Resepi Brokoli bawang putih dengan udang

Bahan-bahan:

500 gm broccoli

10 ekor udang
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam
broccoli
Garam
 

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
2. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat. Kemudian goreng pula udang.
3. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan udang dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia di hidang. 

Ada udang di sebalik brokoli

2 comments:

  1. Assalamualaikum Adilah.
    Tq sudi follow blog akak yg lebih banyak mengarut dari pengisian ilmu.

    Udang besar2 tu yg best, gigit isi sambil tarik ekor... Peeerrgh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis SVS

      Saya suka baca entry coti-coti akak..harap akak sudi jugalah baca blog saya yang ntah apa-apa ni

      Delete