Tuesday 3 February 2015

Anniversary Giveaway

Assalamualaikum dan selamat malam...

Sempena anniversary saya semalam, saya nak adakan satu giveaway untuk pembaca blog saya. Ada ke orang baca blog saya. Heehee...harap-harap adalah ye. 

Syarat dia senang jer, pembaca cuma perlu ajak kawan-kawan untuk LIKE page saya Dian Mirza SDM. Berapa ramai yang perlu LIKE..? Saya cuma mahukan 13 orang sahaja, tapi kalau lebih lagi bagus. Giveaway ini bermula hari ini sehingga 7/2/2015. Senang jer kan.

Ini page saya ..boleh dapatkan info tentang jamu SERI DEWI MALAM di sini. 
Hadiahnya produk SERI DEWI MALAM yang bernilai RM65. Saya akan pilih DUA orang yang terpantas sahaja sebagai pemenang. Ingat ye dua orang sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Bagi yang telah memenuhi syarat, sila berikan nama anda dan juga rakan yang telak LIKE page saya. Para pemenang akan saya hubungi kemudian.


Selamat mencuba.

Monday 2 February 2015

Ada apa dengan 0202

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ini genap 13 tahun saya dan suami melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan suka dan duka..Berbagai ujian susah dan senang telah kami lalui bersama. Perkahwinan mana yang tidak di uji sedangakan lidah lagi tergigit, ini kan pula kami suami isteri. Merajuk, selisih faham memang ragam yang selalu aje terjadi dalam rumahtangga kami. Biasalah gaduh-gaduh manja..manja ke..hurmm kekadang tu rasa nak belasah jer bila geram sangat. Bila dah gaduh-gaduh tu selalu saya berharap yang suami saya akan pujuk saya...tapi dia yang saya kenal jangan haraplah dia nak pujuk-pujuk.  Lagi di biarnya kita makan hati adalah. 

Walaupun macam-macam gelora dan badai melanda rumahtangga kami, hingga pernah terfikir untuk berpisah, namun dengan nikmat kasih dan sayang yang Tuhan kurniakan kami terus bersama. Ya Allah kau kekalkan kebahgian dalam rumahtangga kami. Kau peliharalah rumahtangga kami dengan rahmatMu. Kau berikanlah kami ketabahan dan kesabaran dalam menangani apa jua masalah dalam rumahtangga kami. Ya Allah Kau kekalkanlah rasa cinta dan kasih sayang kami berdua hingga ke SyurgaMu.  

Buat en. suamiku selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 13..semoga kita masih terus bersama hingga hujung nyawa kita. Membesarkan dan mendidik anak-anak kita bersama-sama Terima kasih juga kerana menjadi tukang urut yang terbaik untuk diri ini, terima kasih kerana sabar melayan diri ini yang kadang-kadang menjengkelkan diri mu. Ketahuilah suamiku walaupun kadang-kadang ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur kasar, itu bukanlah bermakna aku tidak menghormatimu atau membencimu..tetapi semua itu kerana terlalu sayang. I Love U abang. Psttt..abang nak mintaklah lepas ni kalau kita gaduh, abang tolonglah cepat-cepat pujuk eh,,cukuplah cakap maaf...boleh eh...

Hari ini juga genap setahun pemergian bapa mertua saya, Allahyarham Hj Mohamed Yunus Bin Ibrahim. Apa yang terjadi pada 02/02/14 ada saya coretkan di sini. Al-Fatihah untuk Allahyarham bapa mertua saya. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama para solihin. Ingatan kami tetap bersamamu abah walaupun terpisah nyawa dan jasad.

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya apakah yang tersirat di sebalik tarikh 2 haribulan 2..Apa yang pasti yang tersurat saya akan mengenang dua peristiwa pada tarikh ini. Suka dan duka dalam kehidupan saya pada tarikh ini. Dalam pada menyambut ulangtahun perkahwinan yang semakin bertamabah secara tak langsung akan mengingatkan saya pada arwah abah dan mengingatkan juga pada kematian. Dengan itu kita akan lebih menghargai satu sama lain kerana kita tidak tahu bila saatnya Tuhan akan mengambil kita kembali.