Wednesday 24 July 2013

Special Entry untuk GIVEAWAY RAMADHAN 1001resepi

Assalamualaikum....

Terkejut pagi ini bila buka radio depa dah start pasang lagu raya...Ya Allah..baru sedar hari ini dah 15 hari kita berpuasa ...cepatnya masa berlalu...dah di pertengahan ramadhan...huhu..sedih rasanya..kalau boleh tak mahu nak tinggalkan bulan Ramdhan Al Mubarak yang penuh rahmat dan keberkatan ini....

Oklah...tak mahu mood sedih-sedihla....sebenarnya entry ini saya buat khas untuk join Giveaway Ramdhan yang kkida 1001resepi anjurkan di SINI....wow hadiah yang kkida tawarkan sangatla BEST...mana tau ada rezeki boleh menang salah satu hadiah yang kkida tawarkan...ye tak?...Meh kita tengok antara hadiah-hadiah yang kkida tawarkan kepada bakal-bakal pemenang yang mendapat paling bayak LIKE nanti...

Ahad minggu lepas saya berbuka puasa di kampung ...alhamdulillah semua adik beradik saya juga balik kecuali Acu yang ada di kuala pilah dan juga adik ipar saya saya Chah dan 3 orang anak saudara saya yang ada di perak..bila semua balik memang meriah sangat ..kira pre raya lah....meja makan memang tak muat..kenalah ada yang makan bersila di bawah...

 
Macam-macam hidangan ada..penuh satu meja lah...lauk pauk memamg kami masak sendiri, cuma kuih muih sahaja yang di beli di pasar ramdhan. Masa kumpul begini la mak saya akan cuba penuhi selera setiap anak-anaknya...terima kasih mak buatkan saya pengat keladi...dah seminggu teringin nak makan...teringin  jer tau..bukan mengidam ye...hehehe...

Kebetulannya 20hb Julai tu birthday anak saudara saya Qaseh Qasdina yang ke setahun...jadi diadakan sekali la majlis hari jadi kecil-kecilan untuk Qaseh..Majlis besar-besarannya saya rancangkan untuk di sambut masa majlis rumah terbuka abah saya sekali dengan birthday anak saya Arissa yang ke dua tahun.
(gambar atas) birthday kek Qaseh (gambar tengah) Qaseh dua dari kiri di riba oleh Achik bersama sepupu-sepupunya dan (gambar bawah) Qaseh nak tuip lilin bersama atuk dan dua budak penyebok Fiffy dan Arissa

Sebenarnya banyak lagi gambar yang diambil...tapi ada dalam tab...tak sempat nak upload...yang ada dalam camera cuma ini...boleh kot ye kkida..kira memenuhi syaratla kan..ada gambar makan-makan dan ahli keluarga...so GOOD LUCK ye pada yang join...

Thursday 11 July 2013

Iftar 1 Ramadhan 1434

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari ke dua kita berpuasa..semoga kita terus di beri kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadat kita di bulan yang di janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Hari pertama semalam, macam-macam menu dalam kepala nak di masak..alih-alih hanya ini yang mampu saya sediakan untuk berbuka..




Ikan siakap saya masak tiga rasa yang saya ambil resepinya dari koleksi buku masakan oleh chef Hanieliza. Ada juga tomyam seafood dan juga sotong goreng tepung. Untuk pencuci mulut pula saya sediakan sagu gula melaka...sedap makan sejuk-sejuk.

Wednesday 10 July 2013

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan usia ku untuk aku bertemu lagi dengan Ramadhan 1434H...

Alhamdulillah walau terlewat bangun, dapat juga saya, en. suami dan adilah menyempunakan sahur pertama kami pagi tadi. Hari ini pula dengan bangganya saya menjadi orang pertama sampai di pejabat, kebiasaannya saya lah orang terakhir sampai. Semoga saya dapat mengekalkan rekod kehadiran awal saya. Banyak tabiat buruk saya yang saya nak ubah dalam bulan Mulia yang penuh Keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini juga dapat saya lalui dengan penuh makna dan keinsafan..


Harapan Ramadhan 

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan ... semula

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNYA
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat mu oooh Tuhan ku
Ku tempuh jua