Friday 27 September 2013

Kek Pelangi Bakar

Assalamualaikum...

Ini kek pelangi kukus yang saya buat untuk kali ke dua. Kali pertama buat saya kukus separti resepi asal oleh Chef Norzailina.Oleh kerana yang kali kedua ini saya bakar jadi saya tukar namanya ke kek pelangi bakar. Walaupun di bakar kek ini tetap lembut dan moist dan sedap seperti di kukus juga. Jadi kalau yang malas untuk keluarkan periuk pengukus seperti saya boleh sahaja di bakar di dalam oven.

Ramai juga blogger yang telah mencuba kek pelangi kukus ini. Rata-rata semua memberi komen bahawa kek ini memang sedap, lembut, lembab dan sebagainya dan kek ni dah masuk senarai kek 'favourite' saya. Kepada yamg belum cuba, wajib cuba. Dah cuba sekali pasti nak berkali-kali. Buatnya pun senang dan seronok bermain dengan warna-warna. Ayuh kita tengok resepinya

Kek Pelangi Kukus @ Bakar
Resepi asal: Chef Norzailina

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

No comments:

Post a Comment