Thursday 3 October 2013

Meatball Ala-ala Ikea

Assalamualaikum...


Sejujurnya saya tak pernah pun makan hidangan meatball kat ikea tu walaupun selalu juga saya ke sana. Jadi saya tak tahu la tahap kesedapan meatball kat ikea tu seperti yang di perkatakan oleh rakan-rakan. Masa saya blogwalking, saya terjumpa resepi ini kat blog seseorang. Malangnya saya lupa nak ambik nama blog beliau selepas saya copy paste resepi ini dari blog beliau. Kepada beliau saya pohonkan kemaafan kerana tak dapat nak beri kredit kepada beliau, namun saya ucapkan terima kasih atas perkongsian resepi yang heaven ini. Menurut beliau pula, resepi ini beliau perolehi dari sini faa.rosli. Terima kasih kepada semua penyumbang resepi ye...

hitam jer tapi tak hangus ye...
Dah lama teringin nak buat, tapi sebab tak jumpa dan tak cari lagi meatball jenama marina tu, keiginan tu tertanggah sampai la sabtu lepas. Saya buat masa balik kampung. Jadi dapatla adik-adik saya merasa sama dan mereka pun suka. Anak saya yang mulanya 'ee' 'ee' sebab tak suka dengan beef meatball tu, alih-alih 2 biji juga dia makan...baru dia tau sedap giler kan...hahaha. Meatball jenama marina tu cuma ada daging aje ke?..cari ayam tak jumpa pula..Mari kita tengok resepinya kot-kot ada yang nak cuba.. Nasihat saya cuba lah..memang sedap.

Bahan-Bahan:
  • Meatball jenama MARINA secukupnya di goreng Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. 
  • Kentang goreng secukupnya.
  • 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit ( tak de pun tak pe, sebab macam pelik aje nak makan ngan jem..lain kali kita cuba la makan dengan jem ye..)

Sosnya:
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Saya letak 1/2 jer)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Saya tak letak)

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry. 



No comments:

Post a Comment