Monday, 14 October 2013

9 Zulhijjah Hari Arafah

Assalamualaikum...

Hari Isnin 9 Zulhijjah yang mendamaikan. Pagi tadi jalanraya tak banyak kereta, orang dah ramai balik kampung untuk menyambut hari raya Qurban. Dekat pejabat ramai juga rakan sekerja yang bercuti. Hanya dua, tiga orang sahaja yang bekerja. Itu pun semua dah ke tapak projek, hanya saya dan boss saya yang ada di pejabat. Alhamdulillah boss saya bermurah hati bagi cuti separuh hari.

Hari ni 9 Zulhijjah juga di sebut sebagai hari Arafah. Bagi mereka yang sedang menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah, hari ini adalah hari Wuquf di Arafah. Bagi kita yang tidak menunaikan haji, kita juga boleh meningkatkan amal ibadah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini dengan melakukan ibadah sunnah seperti berpuasa pada hari Arafah yang mempunyai banyak kelebihan seperti yang di sebut di dalam beberapa Hadith seperti.
صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده
وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله
Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)
Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;
من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)
Oleh itu wajarlah kita merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa samada yang kita sedari mahu pun tidak. Wallahuaklam.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji / Qurban. Pada rakan-rakan yang pulang ke kampung berhati-hati di jalanraya dan bersabarlah menempuh kesesakan jalanraya. Semoga semua bergembira dan selamat. Amin... 

No comments:

Post a Comment