Friday, 25 October 2013

Sebelum Kiamat...

Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah....

Itu tajuk drama kat TV3 malam tadi..sambil lipat kain sambil layan drama yang saya rasa banyak pengajarannya..ada lagi ke budak yang berani macam Ibrahim macam dalam drama tersebut? Realitinya tak ramai yang berani nak menegur kesilapan orang lain kerana khuatir terkena tempias...salah sorangnya saya lah tu...ye lah kita ni pun bukannya baik sangat  atau alim sangat...masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki...masih berusaha untuk menjadi hamba yang baik di sisiNya..

Namun begitu sebenarnya  perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat di perintah oleh Allah..tapi kebanyakkan kita lagi takutkan kata-kata orang lain daripada Allah...macam yang budak Ibrahim tu cakap pada Tok Imam masa scene yang diaorang nak selamatkan pelacur tu...Oleh itu marilah kita saling tegur menegur untuk kebaikan walaupun kebenaran itu mugkin pahit untuk di terima.

Semalam jugak kita di kejutkan dengan berita kematian seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya akibat di tembak oleh pengawal keselamatan yang mengiringi beliau ke bilik kebal...MasyaAllah..memang dunia dah nak kiamat..kerana duit sanggup membunuh..harapkan pagar..pagar makan padi...tanpa rasa takut..tanpa rasa gentar pun ketika melakukan perbuatan tak berperikemanusian tersebut...Semoga pihak polis dapat menangkap pembunuh tersebut dengan segera dan di kenakan hukumana yang seberat-beratnya.

Kedua-dua anak arwah bersekolah di sekolah yang sama dengan anak saya di SK Subang Bestari...sedihnya di usia yang masih kecil mereka kehilangan ibu tempat bermanja..Anak saya Adilah beritahu semalam di sekolah di adakan kutipan derma ikhlas untuk keluarga mangsa.. Saya tanya samada dia menderma atau tidak, dia cakap derma 50 sen jer mama...tak apalah janji ikhlas kan..kalau saya tahu bolehlah bekalkan lebih duit pada adilah...Kepada suami, anak-anak dan keluarga arwah semoga mereka tabah menerima musibah dan dugaan yang amat berat ini..

Kejadian yang menimpa mangsa juga telah di muat turun di laman Youtube..ramai juga yang telah memuat turun vedio tersebut dan melihatnya. Alangkah sedihnya jika ianya di lihat oleh anak dan keluarga mangsa. Oleh itu hentikanlah segera penyebaran video yang menyayat hati tersebut. Adilah beria-ria suruh saya download dan lihat video tersebut...tidak anakku..mama tidak akan sekali-sekali tengok..Ramai juga rakan facebook saya yang telah berkongsi status ini...

Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan tempatkan bersama-sama orang yang beriman..Al-Fatiha




No comments:

Post a Comment