Assalamualaikum.......
Selamat hari jumaat, penghulu segala hari. Saya suka hari jumaat...sebab esok cuti...tentunya hujung minggu ini ramai yang akan pulang ke kampung sempena hari raya Qurban atau raya haji yang jatuh pada hari selasa. Isnin mungkin ramai ibu bapa yang akan mengambil cuti bersambung dengan selasa tersebut kerana anak-anak juga tidak sekolah. Saya taklah...isnin masih kerja. Kalau bos baik hati, dia akan bagi balik awal, kalau tak.. kerja la saya macam biasa. Saya pun tak tahu lagi nak beraya kat mana, kalau ikut giliran di rumah mertua, tetapi kita tengoklah nanti ye..hehehe
Meh nak citer pulak pasal bingka jagung yang saya buat hari ahad yang lepas untuk minum petang. Resepinya saya ambil dari SINI..Terima kasih atas perkongsian resepi yang sangat sedap ini. Bukan sahaja sedap tapi senang sangat membuatnya. Sampai sekarang masih terasa-rasa lagi akan kesedapannya, lagi-lagi bila tergigit tang isi jagung tu. En suami pun suka sebab saya tengok berulang kali dia makan. Memang akan ada ulang tayanglah.
Resepi Bingka Jagung
Sumber: INTAI DAPUR
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu sejat
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 2 sudu butter - cairkan
- 1 tin jagung manis
- pewarna kuning
- bijan - optional
Cara-cara
- Blend semua bahan kecuali jagung dan bijan
- Masukkan jagung dan blend kejap
- Tuang dalam loyang yang di sapu mentega dan tabur bijan
- Bakar 160 C selama sejam atau hingga masak
SELAMAT MENCUBA..
No comments:
Post a Comment