Majalah SAJI Ogos 2013 |
Kek lapis ni saya buat sempena Aidiladha baru ni. Resepinya saya ambil dari sumber di atas tu. Agak besar juga la kejadian kek ni sebab saya gunakan loyang 9"x9". Dapatlah saya beri sikit kepada keluarga mertua dan juga keluarga saya. Suka sangat sebab mereka kata sedap. Tak rugi saya mencuba kek lapis ni, walaupun nak menyiapkan sebiji kek ini mengambil masa lebih kurang 5 jam.
Lapisan kek tak kemas, ada yang terlebih bakar ada yang ok. |
Sebelum saya buat kek ini, saya ada masuk ke blog Dayangjack yang memang terkenal dengan kek lapisnya yang cantik-cantik tu (lama juga ye Dayang tak update blog dia). Jeng-jeng...kat blog Dayang saya jumpa satu resepi kek lapis dengan nama kek lapis evergreen, yang mana bahan-bahan dan cara-cara yang Dayang guna sama seperti yang dalam majalah. Dayang post N3 kek lapis beliau pada 2011 dan majalah ini pula keluaran 2013. Adakah ini suratan atau kebetulan? Samada ia suratan atau kebetulan, apa yang boleh saya katakan kek ini memang sedap, lembut dan moist.
KEK LAPIS SEHIJAU RIMBUN
Bahan-bahan:
- 200 gm tepung hong kong/ superfine
- 10 biji telur gred A
- 450 gm mentega
- 100 gm serbuk horlicks
- 160 gm gula halus
- 1 botol kecil pes pandan
- 1 sudu besar ovallate
- 340 gm susu pekat manis
- 1 tin kecil serikaya
- 100 gm serbuk santan
- 1 sudu kecil esen vanila
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang menggunakan kelajuan paling tinggi.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanila. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan. Saya buat 8 sudu makan). Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas).
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment