Wednesday 21 May 2014

WW: Panas Sejuk

                                                           Teh Tarik 3 Layer

                                                         Sirap Bandung Soda

Monday 19 May 2014

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum...

Kuih yang sedap, lemak manis secukup rasa. Pada yang tengah cari idea untuk minum petang, bolehla cuba buat kuih ni. Garenti tak menyesal. . Bahannya pun sikit, buatnya pula tak renyah. Terima kasih pada Dzanariah sudi kongsi resepi ini. 

Testimoni ..

Kuih Bakar Pandan
Sumber : Inspirasiku

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..



Thursday 15 May 2014

Brokoli Bawang Putih Dengan Udang

Assalamualaikum...

Tinggal sebulan lebih jer kan kita nak melangkah ke bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan ganjaran. Puasa dah dekat ni, puasa tahun lepas dah ganti belum..? Elok la ganti cepat-cepat takut tak sempat pulak kan. Saya percaya sekarang ni ramai yang berpuasa sunat bulan rejab. Selain cari pahala tambahan, ini juga sebagai pemanas badan sebelum Ramadhan. Bagi yang diet, pun elok juga la puasa sunat, dapat pahala badan pun sihat.

Cakap pasal DIET ni, sebenarnya saya pun macam kena diet jer. Ceritanya, seminggu lepas bos saya outstation, so isnin tu dia masuk kerja dia pun jengah la bilik saya. Alih-alih terkeluar plak kata-kata yang paling enak untuk di dengar dari mulut bos saya. Tau apa dia kata, dia kata saya nampak gemuk..huwaaaa menci tau..kutuk dalam hati sudah la. cakap depan-depan pulak..sentap ahkak tau. Balik rumah tanya kat en.suami pulak saya ni gemuk ke, dia kata cam biasa jer. Tak kisahlah gemuk ke kurus, janji sihat, tapi kena juga kawal pemakanan..jangan main bedal jer.. pantang nampak.

Oleh itu saya nak kongsikan resepi sihat dan sedap sesuai untuk orang diet. Kalau tak diet pun boleh jer, dah la sedap nak sediakannya pun senang. Kalau tak mau makan dengan nasi, ratah aje pun sedap. . Saya dapat resepi ni dari dapur Kak Rose dan saya panjangkan ke sini pula. Resepi asal tak letak udang, tapi saya tambah untuk tarik perhatian anak-anak saya. Akan tetapi Cica jer yang boleh makan semua tapi kakak cuma makan kuah ngan udangnya jer. Susah betul nak bagi si kakak ni makan sayur. Kalau makan pun cuma sayur carrot jer. 
Good...sedap!!!
Resepi Brokoli bawang putih dengan udang

Bahan-bahan:

500 gm broccoli

10 ekor udang
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam
broccoli
Garam
 

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
2. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat. Kemudian goreng pula udang.
3. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan udang dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia di hidang. 

Ada udang di sebalik brokoli

Wednesday 14 May 2014

WW: Seri Dewi Malam


Nak jadi AGEN atau berminat dengan produk atau sebarang pertanyaan leh inbox/ hubungi saya di 019-2421121/ Whatsapp 012-6859075/ emai zulianaahmad@yahoo.com

Thursday 8 May 2014

Selamat Hari Jadi Suami Ku

Assalamualaikum...
Moga satu hari nanti impian nak ada motor besar akan tercapai
Genap dua bulan selepas ulang tahun kelahiran saya, hari ini 8hb May 2014 pula merupakan hari ulang tahun kelahiran en. suami yang ke 47 tahun. Tiga tahun lagi masuk 5 series ye bang. Patut pun uban dah banyak..kehkeh. Apa ada pada umur, yang penting abang tahu saya dan anak-anak sayang pada abang. Ramai orang tak percaya umur en.suami saya dah 47 tahun. Dulu awal-awal perkenalan kami, saya pun ingat beza umur kitaorang dalam tiga ke empat tahun sahaja. Sekali tengok ic macam tak caya beza umur kitaorang 9 tahun. Perbandingannya macam adilah dengan arissa sekarang. Adilah 12 tahun dan Arissa 3 tahun. 
Bayangkan adilah tu en. suami dan arissa tu saya. Budak darjah 6 ngorat budak 3 tahun yang masih pakai pampers....Hahaha
Malam tadi genap pukul 12 tengah malam saya dan arissa ucap happy birthday pada birthday boy. Si Arissa siap nyanyi hepi beday to you kat papanya. Siap cakap nak kek mickey mouse. Arissa sayang ni birthday papa, takkan nak bagi kek mickey mouse pulak. Esok birthday Cica kita buat kek mickey mouse ye. Kakak pulak dah tido tapi dia dah siapkan kad siap dengan ucapan daripada kawan-kawan sekelas dia. Kakak kata nak bagi malam ni. Ooo kakak time mama tak de pun bagi-bagi kad. Huhuhu. 
En. suami bersama insan teristimewa yang melahirkannya.
Buat suamiku yang tersayang Selamat Hari Jadi. Semoga abang di panjangkan umur yang bermanfaat, di kurniakan rezeki yang halal, di beri kesihatan yang baik dan berterusan, di kurniakan iman yang sempurna dan semoga hidup abang sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga segala yang diimpikan akan menjadi nyata dan kejayaan sentiasa mengiringi hidup abang. Amin Ya Rabbal Alamin. Buat Syurga en. suami terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan anak emak ni.
Semoga abang, papa akan terus menjadi pelindung dan ketua keluarga yang bertanggunjawab mendidik kami ke jalan akhirat. Juga menjadi anak, menantu, abang, adik dan pakcik yang baik pada keluarga. Semoga kita sekeluarga akan terus kekal bersama menyambut hari jadi abang, ayang dan anak-anak kita untuk tahun-tahun yang akan datang. Kami sayang abang selamanya. 

Tuesday 6 May 2014

Puding roti Bersama Vanilla Sos

Assalamualaikum...



Puding roti ni favourite Adilah. Bukan main banyak lagi dia makan. Saya pulak bolehnya tak rasa. Selalu tu kalau cuba resepi baru saya mesti rasa sebab nak tau samada sedap ke tidak. Tapi tengok adilah, suami dan adik saya makan dengan seleranya saya andaikan sedaplah. Bila tengok gambar ni, rasa menyesal tak makan. Aduhhh terliur sungguh. Kena buat lagi lah nampaknya


Resepi puding roti ni saya ambil dari dapur Izah Muffin Lover. Izah pula dapat daripada Hairul.com. Menurut Hairul resepi ni beliau pelajari semasa bekerja di hotel. Kiranya ni resepi chef dari hotel la kan. Bukan senang tau nak dapat resepi chef, jadi terima kasih sangat pada Izah dan Hairul yang sudi kongsikan resepi ni.  

Resepi Puding Roti Bersama Vanila Sos

Bahan-bahan:
300 ml susu segar (saya guna susu cair)
3 biji telur
70 gm gula 
sedikit esen vanila
10 keping roti
* elok guna roti yg kasar, kalau guna roti lembut hasil puding agak lembut sangat.
butter secukupnya
kismis/ kurma (saya letak coklip cip)

Cara:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati hingga gula hancur. Ketepikan.
2. Sapukan loyang dengan butter. Kemudian sapukan permukaan kepingan roti dengan butter. Buat depan dan belakang roti. Kemudian susunkan ke dalam loyang berlapis2. Setiap lapis taburkan dengan kismis dan kurma.
3. Untuk lapisan terakhir, potong roti kepada 2 bahagian, sapu butter dan susun bertindan. *boleh lihat gambar di blog hairul.com
4. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam loyang.
5. Bakar puding pada suhu 150 C selama 40-45 minit menggunakan teknik waterbath.

SOS VANILLA

200 ml susu segar * izah guna susu cair (saya pun guna susu cair)
4 sudu besar gula * izah letak 3
1 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanilla

Masak bahan di atas sehingga pekat menggunakan api sederhana. 


Friday 2 May 2014

Merisik Dan bertunang

Assalamualaikum...

Sekarang ni hari-hari hujan terutamanya belah petang. Alhamdulillah syukur atas nikmat hujan yang di turunkan. Kerajaan Selangor pun dah umumkan penamatan catuan air. Tentunya kawan-kawan yang kawasan mereka di kenakan catuan air sebelum ni boleh tarik nafas lega.. Kawasan rumah saya walaupun dalam senarai catuan tetapi saya tak pernah pula keputusan bekalan air. Syukur sangat.
Gebu gak jari ko ye Ly cam jari bakal kakak iparmu ini juga..ahaksss
Syukur juga InsyaAllah tahun ini keluarga saya akan terima ahli keluarga baru. 25hb Dec 2013 hari tu kami telah merisik Lily untuk adik saya Yazid. Di ikuti majlis bertunang pada 19hb Jan 2014. Sembilan belas (19) adalah tarikh mereka berkenalan dan pada tarikh ini juga insyaAllah bulan September nanti mereka akan di satukan dengan hantarannya sebanyak RM19 ribu dan dulang hantaran sebelas (11) berbalas sembilan (9).
Mak sarungkan cincin merisik. Dulu time saya dirisik tak de pun sarung-sarung cincin...
Mak sarungkan cincin tunang pula. Kan main suka ye ko Ly dapat cincin
Hantaran bekas cincin
Nasib baik mereka tak berkenalan pada 29hb, kalau tidak mau pengsan nak sediakan hantaran sebanyak RM29 ribu..hehehe. Ini pun ramai yang kata kenapa mahal sangatlah, artis ke dan macam-macam lagi lah. Kalau dah bakal penganti tu dah setuju keluarga ikut saja. Dia mampu nak sediakan kita ikut ajelah. Kalau tanya saya sebagai perempuan saya rasa patut kot. Sekarang kan harga semua dah mahal. Pakej-pakej pengantin dah berganda mahal daripada waktu saya kahwin dulu.
Budak cica ngan qaseh ni selamba jer main depan atok-atok tengah berbincang tu.
Nasib baik majlis merisik ni tak formal sangat tapi masa majlis bertunang
budak-budak memang kitaorng suruh main kat luar.
Masa merisik hari tu cuma saya dan suami, emak abah dan dua orang adik saya bersama isteri masing-masing sahaja yang pergi. Patutnya pukul 11 pagi dah ada sana, tapi kami pukul 11 baru nak gerak daripada Subang. Janji melayu betul. Di pihak Lily pun tak ada orang lain cuma Lily dan mak bapaknya. Masa merisik ni lebih kepada nak berkenalan-kenalan antara dua keluarga, keluarga En Ahmad dan keluarga En Slamat. Wah nama dekat-dekat sama hehehe..Masa ni di bincangkan juga tarikh bertunang dan duit hantaran.
Makan time masa merisik. Sedap-sedap lauknya. Ada kari ayam, siakap sweet sour, udang goreng tepung, kuih muih dan banyak lagi lah. Masa bertunang pulak makanan oleh JM Beriani, tapi terlupa nak ambik gambar. 
Tarikh yang di pilih untuk bertunang ialah pada 19hb Januari 2014. Mak ngan abah pun tak ajak ramai, jadi sekali lagi cuma saya adik beradik, makcik (adik mak), mak mertua adik saya anas dan kakak ipar saya kak Ngah yang kebetulan sekampung dengan Lily yang ikut dalam rombongan ni. Masa bertunang lagi dasyat, janji pukul 11 pagi dekat pukul 1 tghari baru sampai. Bila tak datang serentak jadilah kes tunggu menunggu. Nasib baik keluarga Lily faham..janji melayu.



Berbincangan lantai bulat
Abah cam biasalah ketua rombongan peminangan. Abah sempoi jer tak payah pantun-pantun dan kiasan terus jer cakap datang nak meminang. Belah Lily bapak dia sendiri jugak yang jadi wakil. Sampai tersedu-sedu dia nangis sebab sedih teringat kat arwah bapak dia yang dah meninggal. Pihak laki bawak 5 dulang termasuk cincin, tepak sirih, kek, buah dan coklat. Pihak pempuan balas 7 dulang pulak terdiri daripada makanan-makanan. Kat depan rumah Lily juga kitaorang faraidkan hantaran yang dari Lily sebab destinasi semua tak sama.
Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga majlis diberkati. 
Lima (5) dulang daripada pihak lelaki. Buah tu saya yang sponsored ye...
hahaha nak nama jugak tu.
Hantaran balasan dari Lily

Pasangan baru bertunang dan kawan-kawannya. Tak malu betul datang juga si lelaki ni.
kalau dulu-dulu timebertunang yang lelaki mana boleh ikut kan. Sekarang ni main belasah jer.

Bye-bye Lily. InsyaAllah jika di izinkan oleh-Nya bulan September nanti, lebih kurang empat bulan lebih jer dari sekarang, rombongan Haji Omar akan datang lagi. Kali ni kita bawak lebih ramai lagi ahli rombongan. Terima kasih Lily sekeluarga atas layanan baik pada rombongan haji Omar.

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke Tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Datang kami disambut baik.




Note: pantun ehsan carian di yahoo