Tuesday 28 August 2018

Sambutan Hari Jadi Arissa ke 7



Alhamdulillah sempurna sudah majlis sambutan hari jadi anak bertuah yang banyak ragam ni, Arissa Mirza @cica yang ke 7 tahun. Majlis telah di adakan pada 12/08/18 (Ahad) di Taman Metropolitan, Kepong. Birthday Cica sebenarnya 31hb Julai hari tu dan tahun ini tak rancang pun nak sambut besday dia. Saya pun dah cakap kat dia, kita beli kek kecik jer, makan sendiri. Tapi Cica ni mana faham bahasa, lagi orang cakap tak nak buat lagilah dia dok tanya hari-hari. Dia nak jugak potong kek, pastu panggil semua orang datang. Semua orang tu dia refer pada atok, nenek, pakcik, makcik dan sepupu-sepupu dia dari dua-dua keluarga. Mama dia ni pulak jenis tak sampai hati, buatlah juga.

Selalu tu buat makan-makan kat rumah jer, tapi kali ni rasa nak buat kat tempat lain pulak. Nak buat  picnic party kat taman. Dapat tahu tempat cantik ni dari IG ini.nanako dan dia jugaklah yang deco kan tempat party ni. Cantik dia deco dan harga pun sangat berpatutan..suka..suka, tapi sebab majlis mula lambat, jadi tak dapatlah nak duduk kat meja yang dia dah decor cantik-cantik tu sebab dah panas. huhuhu sedihhh. Kenapa mula lambat, sebab tuan rumah sampai lambat. Tuan rumah sesat masa nak g taman ni sebab tak pernah datang..huwahuwa..Apa ni...siap tetamu yang sampai dulu dari tuan rumah..sadis betul..Biras saya sampai merajuk siap nak makan rumput sebab tunggu lama sangat..hahaha
Alhamdulillah cuaca cerah dan panas tapi berangin
Plan asalnya nak buat kat tasik shah alam sebab dah familiar dengan tasik tu..tapi dapat tahu kalau nak buat outdoor party kat situ kena dapatkan kebenaran bertulis dulu dari pihak MBSA...Hurmmm lecehlah pulak..lagi pulak saya kesuntukan masa...Ada beberapa venue lain yang free tapi semua di luar radar saya..So dengan bantuan cik Ruzanna dari ini.nanako, akhirnya saya pilih tasik metropolitan kepong. Cantik tempatnya, pokok-pokok banyak jadi suasana agak teduh dan redup, cuma di kawasan padang agak panas tapi berangin.. Tempat ni pun convenient, ada playground dan juga kemudahan toilet. 

Tips 1): Cabaran outdoor party adalah cuaca. Jadi sila check ramalan kaji cuaca dulu sebelum decide nak buat. Cuaca panas tak apa jangan hujan. 

Tips 2): Kalau tempat tu kita tak biasa, sila pergi survey dulu sehari awal, jadi taklah jadi kes tuan rumah lambat sampai
So sampai tu kelam kabut terus keluarkan semua food susun atas meja. Boleh pulak tak bawak sekali nasi lemak daun pisang. adoiiiyaiii..Nasib baik ada bihun penyelamat. Makanlah dulu apa yang ada sementara tunggu nasi lemak sampai. Antara food yang ada hari tu nasi lemak bungkus, bihun goreng ( dua2 ni angah yang masak), sandwich, brownis, keropok, ada kuih jugak, tauhu bregedil kaklong yang bawak dan jugak pulut kuning yang nenek ani bawak. Air pulak ada mineral dan patutnya ada sirap sejuk..sekali ais nan hado...dah lah panas kalau dapat air sejuk memang nyaman..tapi tu lah memang rezeki semua kena minum air mineral jer...jaga kesihatan kaedahnya...
Tetamu terawal yang sampai..ampun🙏
Sebelum makan tu abang Zul (pak long) telah ketuai bacaan doa dan tahlil ringkas untuk arwah emak (mertua) yang telah 2 bulan pergi untuk selama-lamanya, selain itu supaya majlis lebih di berkati.
Majlis hari tu santai-santai jer, makan-makan, borak-borak dan gambar-gambar. Game pun sempat main satu jer 'pass the parcel'.

Kawan saya Jamal, dengan baik hati telah amik kan video dengan camera drone dia. Jadi macam-macam gayalah di suruhnya kita semua buat. Walaupun panas tapi semua sporting ikut apa yang tuan director mahukan.👍👍👍

Untuk birthday yang ke7 ni, birthday girl pilih tema hotwheels untuk kek dia. Walaupun cica ni gegirl..tapi dia tak suka girls stuff. Dulu masa pregnantkan dia memang mengharap kalau boleh 2nd baby nak boy, alih-alih dapat girl juga. Tu yang lekat hormon2 boy kat dia kot. So mama redha jer lah ikut apa dia nak, walaupun dalam hati nak sangat order kek girls theme yang cantik-cantik tu. Kek red velvet bertemakan hotwheels ni saya order dari IG Fairy Cake. Sedap kek dia.

Majlis yang biasa-biasa ni jadi luar biasa sebab semua yang datang ceria, fun dan sporting sangat. Terharu tengok semua ahli keluarga datang ikut tema warna yang di tetapkan. Sayang semua💖💖

Meh nak share gambar ahli keluarga yang datang, yang datang ke rumah mintak maaflah gambar tak ado
Thanks mak long, pak long, kakak jaja dan si comel camelia.
Thanks mak induk, ayah induk, kakak lyana, abang akim & kakak baby. kakak fatin tak dapat datang sebab kerja tapi hadiah mak induk dah sampaikan.  
Mana kakak mira..???
Thanks pak lang, abang ijad dan kakak mira. 
Thanks pak su Ad, mak su Ani dan Zikri
terima kasih atok, nenak, atok tom dan nenek ani..
Terima kasih pak ngah Jani dan keluarga & cik ain (tudung kuning) bawak nenek ani dan atok tom datang majlis cica.
Terima kasih auntie angah (tudung hijau), qaseh dan qaleef yang setia jadi bodyguard cica. 
Thanks auntie & uncle redza
Thanks damien dan uncle..

Thanks acik (tudung kelabu) 

 Mirza's family

Hanya ini yang tuan rumah mampu beri sebagai buah tangan untuk semua yang datang. Harap semua suka dan boleh lah di buat kudap-kudapan dalam kete atau masa tengok tv. hehehe Set kacang, zip lock dan sticker tu saya order dari IG ezdoorgift. Marshmallow tu jer saya beli dan isi sendiri dalam zip lock.  

Banyak sangat gambar. Kalau ikutkan nak upload semua sebab setiap gambar ada cerita dan kenangan. Esok bila cica besar, bolehlah dia tengok balik gambar-gambar ni dan baca apa yang mama dia tulis bak kata orang 'Things end but memories last forever' 


Syukur ke hadrat Ilahi, majlis yang di rancang kurang dari 2 minggu berakhir dengan baik walaupun kurang sempurna. Segala yang baik dan sempurna datang dari Allah dan segala kekurangan datang dari diri saya sendiri. Jutaan terima kasih pada semua keluarga yang hadir memeriahkan majlis kecil ini. Kehadiran semua samada ke taman atau ke rumah sangat kami sekeluarga hargai. Terima kasih juga yang bagi macam-macam hadiah pada cica. Cica suka sangat. Semoga semua di murahkan rezeki dan di beri kebahgian dunia dan akhirat.