Tahun ni saya beraya di Klang dengan keluarga belah suami. Alhamdulillah, Aidilfitri tetap di rai walaupun baru 2 hari kami kehilangan emak (mertua). Memang terasa sayu sangat, sambutan aidilfitri tanpa insan yang di panggil mak atau bapa. Sedihnya hanya Allah yang tahu, namun kami redha dengan pemergiannya. Masih susah nak hadam yang saya dah tak punya mertua yang perlu saya pohonkan kemaafaannya. Kalau saya yang menantu ni pun terasa sangat kehilangannya, apatah lagi suami dan adik beradik ipar saya.๐ญ๐ญ๐ญinilah sebab saya lambat-lambat tulis cerita syawal ni sebab sampai sekarang pun saya tak boleh nak tahan rasa sedih tu. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah mak (mertua) saya.
Hanya 4 beradik jer yang beraya di rumah mak tahun ni. Lagi 2 beraya dengan keluarga mertua. Persiapan raya tahun ni pun ala kadar aje. Beberapa hari sebelum raya, gagahkan diri jugak pergi cari baju raya anak-anak. Kesian kat diaorang. Satu biskut raya pun tak buat atau beli. Nasib baik buat jugak kek sebab buat sekali dengan yang orang order.
Nasib baik ada juadah raya yang lain. Itu pun malam raya barulah saya, kak long dan Ita masak. Kak long lah ketua chef. Saya setakat bantu-bantu aje. Alhamdulillah kak long ada sentuhan air tangan macam mak. Kalau rindu masakkan mak bolehlah mintak kak long masakkan. Kak long masak rendang daging, daging palembang, ayam masak apa ehhh..ngan sup tulang. Ita pulak buat lontong daun pisang ngan masak lodeh. Saya??? saya tak masak tapi saya order kuah kacang ngan lemang..hahaha..
Pagi raya tu cam biasa, lepas kaum lelaki balik masjid, makan-makan dan pastu tu part yang paling touching dan wajib..bersalam-salaman dan bermaafan..kalau tak ada ni, maknanya bukan sambut hari rayalah...
Nasib baik ada juadah raya yang lain. Itu pun malam raya barulah saya, kak long dan Ita masak. Kak long lah ketua chef. Saya setakat bantu-bantu aje. Alhamdulillah kak long ada sentuhan air tangan macam mak. Kalau rindu masakkan mak bolehlah mintak kak long masakkan. Kak long masak rendang daging, daging palembang, ayam masak apa ehhh..ngan sup tulang. Ita pulak buat lontong daun pisang ngan masak lodeh. Saya??? saya tak masak tapi saya order kuah kacang ngan lemang..hahaha..
4 beradik - suami (biru gelap) kak long, Abang Nan dan Ita (berdiri) |
Kak long dan abang Zul saudara paling tua..kira pengganti pada arwah mak dan abah. Terima kasih k.long atas segala-galanya. Saya dan k. long anak sulong, jadi saya boleh faham apa yang k.long rasa. Semoga masa akan menyembuh segala luka di hati
The one and only abang ipar saya. Abang Nan ni lah yang banyak menjaga mak setelah ketiadaan abah. Semoga segala pengorbanan abang akan mendapat rahmat dan redha Allah
Adik ipar betul-betul bawah suami. Anak yang ke 5 dalam keluarga. Selain kak long Ita juga lah yang rajin mengupdate apa-apa berita pada kami
Abang ampuankan segala dosa-dosa saya ye..0-0 |
Inilah syawal pertama kami tanpa mak (mertua). Nampak masing-masing tersenyum, tetapi di dalam hati tiada siapa yang tahu. Segala kesedihan dan kerinduan di simpan di lubuk hati yang paling dalam kerna kami tahu mak sedang tersenyum di samping Dia yang menyanyangi tanpa batas.
Lepas bermaaf-maafan, kami pergi ziarah ke rumah jira-jiran yang merupakan kawan-kawan baik mak. Selepas sembahyang jumaat kami keluar beraya ke Meru rumah kakak Halim (Halim biras saya suami kepada Ita) dan seterusnya ke Tanjong Karang, kampung saya. Mak abah dan keluarga saya sangat berbesar hati menerima kunjungan keluarga belah suami. Semoga ukhuwah ini akan berkekalan dan bertambah erat kerana Allah Taala.
Fuhhh..habis juga cerita 1 Syawal 2018 saya..Semoga kita semua di panjangkan usia untuk bertemu dengan syawal akan datang. ุชูุจู ุงููู ู ูุง ูู ููู , artinya: "Semoga Allah menerima amal kami dan kalian"
No comments:
Post a Comment