Friday 12 September 2014

Surah Al-Insyirah

Assalamualaikum dan salam jumaat

Time anak tengah jawab kertas peperiksaan UPSR di sekolah, kat rumah saya baca surah ini sebanyak 100 kali. Subhanallah sesuai dengan maknanya surah kelapangan hati, memang hati jadi tenang bila di baca ayat ini. Kepala yang serabut dan hati yang gundah gulana terus jadi lapang.

Banyak juga kelebihan dan kehebatan yang kita akan dapat dengan mengamalkan surah ini. Ini yang saya copy paste dari blog Salmiah Saad. Izinkan saya kongsi di sini ye CtSs

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 


3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 


4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. 

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 

:: Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
 

1. Sembahyang sunat dua rakaat.
 

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
 

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t. 

:: Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
 

:: Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
 

:: Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. 

Friday 5 September 2014

Terapi Jiwa

Assalamualaikum....

Buat hati-hati yang sedang gundah dan berharap...


Tuesday 12 August 2014

Salam Syawal

Assalamualaikum....

Huh lamanya kita tak bersiaran ye...kepada semua yang terbaca blog saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batin..tak pe la lambat janji ucap ye..

Tahun ini husband side. Jadi kita beraya kat Jompol dulu rumah Wan (MIL punya mak). Syawal kali ini pertama kali beraya tanpa bapa mertua. Ketiadaannya memang di rasai, tetapi syawal tetap di rai dalam kesederhanaan.









Keluarga Kak Long Bersam MIL
Keluarga Kak Ngah
Keluarga Abang Nan (Pak Lang)

Kami Keluarga Pak Uda
Keluarga Ita (Mak Induk)

Keluarga Ida (Mak Cu)











Friday 27 June 2014

Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Lumut

Assalamualaikum...

Bertemu kita di hari Jumaat terakhir sebelum Ramadhan yang di rindui menjelma. Insyaallah Ahad ni kita akan mula berpuasa. Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun ini dan semoga kami mampu melaluinya dengan sempurna. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al Mubarak kepada semua yang pembaca blog Aku dan Hidupku (kalau ada). Marilah kita rebut segala tawaran istimewa di bulan seribu rahmat dan ganjaran ini.

Macam tak kena jer intro ngan tajuk. Ada aku kisah. hehehe. Sebenarnya ini entry tertunggak juga. Sebelum segala kenangan yang di kutip hilang baik lah saya coretkan di sini untuk tatapan saya di masa-masa depan. Cuti sekolah baru ni sempatlah bawak anak-anak mandi kolam kat Swiss-Garden Lumut ni. Plan asalnya nak ke Gambang Waterpark tapi tak jadi. Tukar pula ke Pangkor sebab nak bagi Cica rasa naik feri cancelled juga sebab resort yang saya nak tu dah fully booked.

Booked last minit memanglah semua penuh lagi-lagi cuti sekolah. Nasib baik dapat juga Swiss-Garden Resort Lumut ni. Oklah dekat pun dekat dan masa balik nanti boleh juga singgah rumah abah kat Changkat Lada kot-kot ada buah durian yang dah gugur. Saya booked melalui cuti.my. untuk 2 hari 1 malam. Selain saya anak beranak saya juga bawa mak dan abah saya bersama. Bolehla abah rehat-rehat sebab abah tak berapa sihat sebenarnya.

Memandangkan tak berapa rajin nak menaip jadi saya akan terus review tentang hotel ni dari kaca mata dan pengalaman saya. Lain orang mungkin lain pandangannya.

Lokasi

Swiss-Garden, Lumut ni terletak jauh dari bandar Lumut. Kalau nak ke pekan Lumut ambik masa dekat 30 minit jugalah. Dari jalan besar nak masuk ke resort ni pun jaraknya lebih kurang 8km. Paling tak tahan banyak sangat bonggol yang perlu di lalui. Waktu malam memang cuak jugak lah nak masuk ke dalam ni. 
Kiri kanan laluan masuk ada pokok sawit, pokok kelapa, kebun betik dan juga paya bakau. Kelihatan juga monyet-monyet liar di sepanjang laluan masuk tu. Seronok cica tengok monyet-monyet tu bergayut-gayut kat pokok.

Kedai makan memang tak jumpalah. Sebaiknya tapau siap-siap makanan supaya tak perlu lagi nak keluar begitu jauh untuk cari makanan. Harga makanan kat resort ni memang harga cekik darahlah. Fikir lapan puluh kalilah kalau nak makan kat sini. Sepinggan nasi goreng kampung jer berharga RM25+++. Abah kata kalau kat luar sepinggan nasi goreng kampung kat sini boleh dapat empat pinggan nasi goreng kampung. Jadi malam tu, jauh tak jauhlah kitaorang keluar juga cari makanan. 

Rugi sangat tempat yang cantik dan damai ini, tidak di sokong dengan kemudahan tempat makan.


Check In

Saya bertolak dari Tanjong Karang lebih kurang pukul 11.30 pagi. Berhenti makan di Restoran Gulam, restoran favourite abah kalau ke Changkat Lada. Sampai kat Swiss-Garden dalam pukul 3 petang sedang elok untuk checked in. Sampai-sampai lobby, mak ai ramainya orang nak mendaftar masuk juga. Jadi kena lah beratur yer. Beratur tu tak da hal la, tapi yang tak bestnya punyalah lama kena tunggu sebelum sampai giliran. 

Daripada pemerhatian saya tak ramai staff yang bertugas kat kaunter. Masa yang mereka ambil untuk urusan kemasukan setiap tetamu juga sangatlah lama. Sempatlah saya berborak dengan orang di depan dan belakang saya yang juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Dapat kunci jer terus cari bilik. 

Bilik

Saya pilih bilik jenis Deluxe Garden View. Bilik jenis ni jer paling murah berbanding yang lain. Boleh tengok senarai yang saya ambil dari cuti.my ni.

Check In Time:1500 HoursCheck Out Time:1200 Hours
Valid from Apr 01, 2014 to Mar 31, 2015
Room TypeNo. of Adult(s)Rate (MYR)Breakfast
Deluxe Garden View - All Market
2 pax(s)2 pax(s)
290.00
Yes
Deluxe Sea Facing - All Market
2 pax(s)2 pax(s)
325.00
Yes
Deluxe Sea View - All Market
2 pax(s)2 pax(s)
360.00
Yes
    Optional item
Extra Bed
1 pax(s)
100.00
Yes
*All bookings will be transacted in MYR (Ringgit Malaysia)
 2014 Seasonal surcharge:
Super Peak Season    MYR120.00
Peak Season    MYR60.00
 2015 Seasonal surcharge or promotion info:
Super Peak Season    MYR120.00
Peak Season    MYR60.00

Untuk katil pula kita boleh pilih samada nak katil jenis king size atau twin-bedded. Masa check in tu saya siap-siap mintak katil jenis king size. En. suami, abah dan cica tidur atas katil. Saya, mak dan adilah tidur atas toto yang kami bawa bersama. 

Masuk bilik jer first tengok toilet dia dulu. Saya ni kan agak-agak cerewet tentang toilet. Ikut piawaian saya toilet di sini saya bagi 2 bintang jer. Alamak spoil betul, boleh pulak tak tak paip untuk cuci-cuci dan amik air sembahyang. Toilet kat sini jenis yang lepas buang air terus air akan pancut ke alat tempat kita buang air. Memang tak puas dan best sebab saya ni jenis yang bila buang air mesti cuci sampai kaki. Kalau nak ambik air sembahyang kena masuk dalam bath tub. Kesian mak dan abah saya kena panjat-panjat, silap-silap boleh tergolek jatuh.

Kemudahan lain semua ok lah. Bilik saya walaupun jenis garden view tapi masih boleh nampak pantai dari balkoni. Kira dapat 2 dalam satu lah. 

Kemudahan 

Banyak kemudahan lain yang ada di sini selain kemudahan kolam renang, tapi biasalah bila dok kat hotel ke resort memang kebanyakan masa kat kolam renang jer lah. Kolam dia luas, ada bahagian untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Puaslah anak-anak saya mandi, sampai kecut-kecut lah tangan. Walau bagaimanapun kolamnya terutama bahagian kanak-kanak tidak di bersih dengan baik. Daun-daun kering dan juga pasir banyak di dalam kolam.

Pantainya pula tidaklah secantik di pangkor atau di teluk senagin. Orang pun tak ramai yang mandi laut kerana terdapat banyak jelly fish. Kami sempatlah juga duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam. 

Food/ Beverage

Tak silap saya ada tiga ke empat restoran dan coffe house di resort ni. Untuk sarapan saya telah mendapat dua voucher bersarapan di The Garden Terrace. The Garden Terrace ada dua seksyen satu di dalam dan satu di luar mengadap kolam renang. Pada pendapat saya pilihan makanannya tidak berapa banyak berbanding harganya yang di kenakan.


Monday 23 June 2014

Bukan Alasan

Assalamualaikum warahmatullah hibarakatuh...

Tak tau nak kata apa. Waktu tengok berita ni kat TV3 malam sabtu lalu, mengucap panjang saya. Menitik air mata saya. Pada saya tak layak di panggil MANUSIA orang yang memperlakukan 'anak syurga' ini sebegini rupa walau apa pun alasannya. Sedangkan binatang yang tak ada akal pun tahu sayangkan anaknya.
Mengikut artikel kat bawah ni yang saya copy paste dari harian metro online, ibunya sendiri yang memperlakukan perbuatan keji ini ke atas anaknya. Wahai ibu di manakah rasa belas kasihmu dan rasa kasih sayangmu sehingga sanggup memperlakukan  anugerah Tuhan ini sebegini kejam. kalau awak rasa susah, ramai lagi yang lebih susah dari awak. Kalau awak rasa hidup awak senggsara, ramai lagi yang lebih sengsara dari awak. 
Memang kami tak rasa apa yang awak alami, tetapi ini bukan penyelesaian kepada kesempitan hidup awak. Semoga kisah adik Firdaus ini menjadi satu pengajaran dan tauladan pada kita semua. 

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria, Ikram Ismail
‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Foto
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Friday 20 June 2014

Kacang Buncis dari Laman

Assalamulaikum....

Sebulan tak berkemas rumah ni. Aduhhaiii saya sedang di landa virus 'M' yang sangat kronik. Bukan sahaja malas berkemas kat rumah ni, kat rumah betul pun malas, kat office pun malas. Semua benda pun malas. TAPI bagilah saya novel, memang terlebih rajin. Saya memang tabik lah kat kawan-kawan yang hari-hari update blog. Lagi-lagi blogger yang bekerja, lepas tu ambik tempahan dan boleh pulak update kat blog. Betul-betul Superwoman. 
Pokok buncis yang saya tanam depan rumah
Banyak cerita tertangguh yang saya nak tulis kat sini. Harap-harap vitamin 'R' saya dapat nyahkan virus 'M' yang dok bertapa dalam diri saya ni. Ini salah satu cerita tertunggak saya dan dah jadi baja pun sayur campur yang saya masak ni. Meh nak bagi tahu ni, kacang buncis tu kannn saya tanam sendiri tau. Kiranya segar dari laman la ni. Bercucuk tanam ni salah satu hobi saya juga. Macam-macam saya pernah tanam, tapi tak ada yang betul-betul menjadi. Tangan saya ni panas kot, itu sebab pokok yang saya tanam tak berapa menjadi. 
Contohnya cam kacang buncis ni, kacangnya kontot-kontot dan pokoknya pulak tak lama bertahan. Punyalah saya jaga baik-baik, pagi petang dok belek tapi pokoknya tetap kering dan terkulai layu menyembah bumi. Apa yang kurang pun tak tahu lah. Tak apalah sekurang-kurangnya dapat juga merasa hasil tangan saya. Saya guna resepi campak-campak jer. Main belasah ikut suka. Janji sodap.

Kacang Buncis Goreng bersama kawan-kawan @ Sayur Campur

Bahan-bahan:
  • Kacang buncis
  • Bunga kobis
  • Carrot
  • Putik Jagung
  • Udang
  • bawang putih dan merah
  • Cili merah
  • Sos tiram dan air 
  • Garam secukup rasa dan
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan putih hingga naik bau
  2. Masukan udang bersama sayur yang keras dulu carrot, putik jagung dan jagung. 
  3. Masukkan pula baki sayur tadi bersama sos tiram dan sedikit air.
  4. Perasakan dengan garam dan agak-agak sayur layu sikit terus angkat. Jangan masak lama nanti sayur tak rangup. 
  5. Siap dan hidangkan.

Wednesday 21 May 2014

WW: Panas Sejuk

                                                           Teh Tarik 3 Layer

                                                         Sirap Bandung Soda

Monday 19 May 2014

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum...

Kuih yang sedap, lemak manis secukup rasa. Pada yang tengah cari idea untuk minum petang, bolehla cuba buat kuih ni. Garenti tak menyesal. . Bahannya pun sikit, buatnya pula tak renyah. Terima kasih pada Dzanariah sudi kongsi resepi ini. 

Testimoni ..

Kuih Bakar Pandan
Sumber : Inspirasiku

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..