Friday, 20 June 2014

Kacang Buncis dari Laman

Assalamulaikum....

Sebulan tak berkemas rumah ni. Aduhhaiii saya sedang di landa virus 'M' yang sangat kronik. Bukan sahaja malas berkemas kat rumah ni, kat rumah betul pun malas, kat office pun malas. Semua benda pun malas. TAPI bagilah saya novel, memang terlebih rajin. Saya memang tabik lah kat kawan-kawan yang hari-hari update blog. Lagi-lagi blogger yang bekerja, lepas tu ambik tempahan dan boleh pulak update kat blog. Betul-betul Superwoman. 
Pokok buncis yang saya tanam depan rumah
Banyak cerita tertangguh yang saya nak tulis kat sini. Harap-harap vitamin 'R' saya dapat nyahkan virus 'M' yang dok bertapa dalam diri saya ni. Ini salah satu cerita tertunggak saya dan dah jadi baja pun sayur campur yang saya masak ni. Meh nak bagi tahu ni, kacang buncis tu kannn saya tanam sendiri tau. Kiranya segar dari laman la ni. Bercucuk tanam ni salah satu hobi saya juga. Macam-macam saya pernah tanam, tapi tak ada yang betul-betul menjadi. Tangan saya ni panas kot, itu sebab pokok yang saya tanam tak berapa menjadi. 
Contohnya cam kacang buncis ni, kacangnya kontot-kontot dan pokoknya pulak tak lama bertahan. Punyalah saya jaga baik-baik, pagi petang dok belek tapi pokoknya tetap kering dan terkulai layu menyembah bumi. Apa yang kurang pun tak tahu lah. Tak apalah sekurang-kurangnya dapat juga merasa hasil tangan saya. Saya guna resepi campak-campak jer. Main belasah ikut suka. Janji sodap.

Kacang Buncis Goreng bersama kawan-kawan @ Sayur Campur

Bahan-bahan:
  • Kacang buncis
  • Bunga kobis
  • Carrot
  • Putik Jagung
  • Udang
  • bawang putih dan merah
  • Cili merah
  • Sos tiram dan air 
  • Garam secukup rasa dan
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan putih hingga naik bau
  2. Masukan udang bersama sayur yang keras dulu carrot, putik jagung dan jagung. 
  3. Masukkan pula baki sayur tadi bersama sos tiram dan sedikit air.
  4. Perasakan dengan garam dan agak-agak sayur layu sikit terus angkat. Jangan masak lama nanti sayur tak rangup. 
  5. Siap dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment