Tuesday 23 October 2018

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

20/10/18 - Sabtu

Sabtu adalah hari bekerja untuk company saya. Bosan kan sabtu pun masih kena kerja walaupun cuma separuh hari. Sabtu tu saya baru bercadang-cadang nak mintak balik awal sebab nak ke majlis kahwin kawan sekolah rendah saya yang dah 30 tahun tak pernah jumpa. Alih-alih bos saya sendiri yang bagi cuti Sabtu tu. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa hambaNya.
Saya sampai rumah Salina (Ina) dalam pukul 2.30 petang. Sempatlah jumpa Likha dan Noraini walaupun sekejap. Kawan-kawan lain ramai tak dapat datang dan ada juga yang datang lebih awal. Jadi tak dapatlah nak jumpa. Kalau dapat kumpul semua kawan-kawan SKSS batch 1983 - 1988 memang meriah lah. Untuk Ina saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Gambar atas tu saya dengan pengantin dan Noraini. Minggu lepas masa adik saya kawin Noraini datang sebab abah saya jemput. Dia yang tegur saya dulu dan perkenalkan diri, kalau tak memang tak kenal lah. Sekampung tapi tak pernah terjumpa kat manaa-mana atau sebenarnya pernah terserempak tapi tak kenal.Hahaha



Ini pulak dengan Likha. Macam janji-janji pulak pakai colour sama. Likha last saya jumpa 4 tahun lepas kat majlis kahwin adik saya Yazid. Likha ni dari dulu maintain slim jer gitu. Anak-anak dia pun dah besar. Tau-tau jer esok dapat kad undangan dari Likha pulak.


Selain ke majlis Ina, dapatlah juga balik tengok mak abah walaupun sekejap. Lepas maghrib bergegas balik sebab nak ke majlis hari jadi Cemelia yang pertama di A&J Burger Grill & Western, Seksyen 7 Shah Alam. Camelia (Mel) ni cucu saudara pertama saya dan merupakan cicit pertama dalam keluarga suami saya. Majlis yang meriah dengan tema hitam, putih dan pink. 

Selamat hari lahir Camelia. Semoga Mel membesar dengan sihat dan gembira. Menjadi menyejuk hati mummy dan daddy. Bertuah Mel di kelilingi insan-insan yang menyanyangi Mel tanpa batas dan syarat. Love u Camelia


Cantik dan sedap kek Mel. Banyak saya makan..banyaknya kalori yang nak kena bakar..huhuhu. Food mestilah western dah sambut pun kat restoren western kan. Food pada saya oklah. Tempat dia pun ok selesa. So sape nak cari tempat tuk buat birthday party bolehlah consider tempat ni.  

Majlis habis lebih kurang kul 11 malam. Masa ni mata dah berat giler dah terbayang-bayang bantal kat rumah. Sekali tu suami ajak beli kasut sukan pulak sebab kasut dia dah tercabut tapak dan tak dapat di selamtkan lagi. Ngantuk-ngantuk ikut jugaklah dia ke uptown kota damansara cari kasut. Bukan aje suami yang beli kasut, si Arissa pun sibuk nak kasut jugak. Hurmm ikutkan jerlah daripada dia mengamuk kat situ.

21/10/18 - Ahad

Kejut semua bangun pagi ajak jogging. Arissa lah yang paling semangat sebab malam tadi dapat kasut baru. Kalau tidak jangan harap dia nak bangun pagi lagi-lagi malam tadi tido lambat. Kali ni kitaorang jogging kat taman rekreasi Elmina (tak sure betul ke tak nama taman tu). Biasanya kalau tak ada apa-apa saya suka berjogging kat gim jer, tapi kesian arissa tak boleh masuk. 
Taman ni belum siap sepenuhnya. Kalau siap mesti lagi cantik tempat ni. Selain sessi mengeluarkan peluh dapat juga habiskan masa dengan keluarga. 
Dapat lepas gian panjat bukit..ehh bukit ke busut jer kot..hahaha..Dulu zaman muda-muda saya pernah panjat 2 gunung tau jangan tak caya. Gunung Datuk dan Gunung Angsi. Rindu lah nak hiking..Nak ajaklah diaorang ni panjat Broga...harap-harap tercapailah. Cantik tau view dari atas busut ni. Boleh nampak sekitar kawasan Elmina ni.

Lepas habis beriadah g breakfast roti canai pulak dengan air manis. Huhuhu..tapi bukan saya ye..saya minum air kosong jer ngan lempeng. Sayang kalori yang saya dah bakar tadi.

Kalau awal pagi tadi jogging kat taman, tengahari jogging plak kat Segi dan NSK. Bukanlah jogging tapi berjalan, kira exercise gaklah. Sampai rumah pukul 2 jugak lah. Lepas asar g Citta Mall pulak nak tengok citer PASKAL. Kalau ikutkan saya memang nak golek-golek jer kat rumah tapi dah janji dengan arissa nak bawak tengok citer tu. Saya dah cakap kalau boring citer ni, memang saya tido jer kat panggung.

Sekali segar pulak mata saya tengok citer ni. Ada part sedih..ada part suspense..ada part sakit hati dan geram. Part sedih tu memang btul-betul saya nangis. Sedih bila yang balik cuma jasad suami yang dah tak bernyawa. Kiranya tak rugilah tengok citer ni. Baru tahu apa tu PASKAL dan rupanya TUDM ada asset yang canggih dan berteknologi tinggi. 

Hujung minggu saya yang penuh aktiviti sampai kain pun tak sempat nak lipat. Hujung minggu ni nak ke PD pulak, majlis bertandang belah Redza. Alangkah bahagianya kalau dapat cuti satu hari golek-golek atas katil sambil baca buku cerita. Soalnya bila tu...???





Wednesday 17 October 2018

Selamat Pengantin Baru Lina & Redza

Alhamdulillah majlis pernikahan adik saya Lina dan pasangannya Redza telah selamat dan sempurna berlangsung pada Ahad 14/10/18.  Kali pertama abah menikahkan anak perempuan dia ialah 16 tahun lebih yang lepas. Walaupun ini kali ke dua abah menikahkan anak perempuannya tapi abah tetap rasa cuak jugak. Malam sebelumnya puas abah menghafal nama menantunya takut tersasul..hahaha..puaslah kami anak menantu mengusik abah. Abah siap cakap agak-agak dia goyah esok dia suh jer pak imam yang nikahkan adik saya.

Syukur sekali lafaz jer itupun lepas 3 kali rehearsal. Baik pak mentua, baik menantu sama-sama nervous. Lepas nikah saya terus keluar kerana perlu bertugas di luar. Tak tengok pun majlis selepas nikah tu. Esok tengok video jer lah. Kali ini kami sekeluarga telah memilih tema biru gelap untuk pakaian kami. Untuk lelaki berbaju melayu dan yang perempuan kainnya batik dan topnya biru gelap. 
Gambar keluarga semua tak senonoh..dengan tak cukup corum lagi..tunggu jer lah gambar dari potographer nanti
Majlis kali ini di buat secara sederhana sahaja menurutkan permintaan adik saya yang mahukan majlis seringkas boleh. Walaupun majlis berscala kecil dan sederhana tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga dan orang kampung. Cuaca pun cerah tak hujan sepanjang hari walaupun malam sebelum majlis hujan lebat sangat. Cuma keadaan laman agak becak tapi itu bukanlah satu masalah besar. 

Kenduri kali ini kami sekeluarga mengambil pakej catering sahaja. Pertama kali untuk keluarga saya dan rasanya pertama kali juga di kampung saya kenduri kahwin tidak di buat secara gotong royong atau rewang. Kami mengambil pakej catering dari Sutera Catering. Alhamdulillah service mereka sangat bagus dan banyak membantu kami dalam memastikan kelancaran majlis. Habis kenduri tak ada periuk belanga bekas memasak yang perlu kami cuci. Tak ada bahan-bahan mentah yang terbazir seperti sebelum ini.

Selain lauk pauk kenduri yang di sediakan oleh pihak catering, kami juga sediakan menu tambahan seperti apam balik yang di masak panas sewaktu majlis, pisang dan keladi goreng, laksa dan cendol, jagung rebus serta kuih muih dan kerepek. Tapi tulah dah sibuk-sibuk..gambar semua tak dan nak amik. 

Majlis yang berlangsung seawal jam 9.30 pagi telah berakhir dalam pukul 4 petang. Terima kasih pada semua yang hadir merai, pada yang merewang, pada yang menyumbang makanan dan tenaga , saya sekeluarga mengucapkan riabuan terima kasih. Kami juga pohonkan kemaafan sekiranya ada terkurang layanan atau apa sahaja kekurangan daripada pihak saya dan keluarga. Pada keluarga Redza yang datang dari PD tunggu kedatangan rombongan Tanjung Karang pulak ke sana ye 27hb October nanti.
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan/ puan yang sudi datang

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Untuk Lina dan Redza selamat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh keredhaan dan kerahmatan. Kena banyak-banyak sabar, macam-macam nak hadap dan tempuh dalam kehidupan berumahtangga ni. Terima segala kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kami doakan kalian sentiasa berbahagia hingga ke Jannah dan di kurniakan Lina jr dan Redza jr yang soleh dan soleha.

Daun selasih daun pudina
Dihias pula di taman hati
Tahniah Redza dan Lina
Moga kasih kekal abadi

Gambar ambik dari IG photographer
                          بَارَكَ اللهُ لَكُماَ وَبَارَكَ عَلَيْكُماَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Semoga Allah memberikan berkah kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkahan kepadamu dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan"


Wednesday 3 October 2018

Kenapa nak kurus

Lately ni ramai nauu yang tegur saya, ehhh kurusnya, sakit ke..? Kurus tu sedaplah di dengar tapi tang sakit tu mudah-mudahan di jauhkanlah..Memang lah hakikatnya saya ada sakit Rheumatoid Arthritis (RA) tapi saya tetap anggap saya sihat. Saya kurus bukanlah sebab sakit, tapi saya menguruskan diri kerana sakit ini. Bunyi macam sama tapi maksudnya lain. hahaha..jangan pening-pening mikior..

Ceritanya masa routine checkup bulan 2 hari tu, doctor yang saya jumpa ada suggestkan untuk saya turunkan berat badan sikit. Masa tu berat saya dalam 70++kg, dekat 75kg rasanya. Saya terima cadangan doctor tu dengan hati yang terbuka. Bukan bermakna bila kurus penyakit RA saya akan hilang tetapi lebih kepada mencegah penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain daripada menghampiri saya. 

Doktor suruh saya amalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat. Cakap pasal pemakanan memang saya pantang, pantang tengoklah, semua pun bedal..hahaha..Bila saya tekad nak kurangkan berat, saya pun carilah kat internet cara diet yang terbaik. Ramai yang buat diet atkins dan berjaya. jadi saya pun cubalah tapi berjaya setakat dua minggu jer. Diet atkins buat saya lembik tak bermaya sampai saya kena ke klinik sebab rasa dah tak ada tenaga langsung. Doctor cakap tubuh saya kekurangan nutrisi.

Doctor di klinik tu banyak bagi tips dan cara diet yang betul. Dia suruh saya follow online weight loss coach untuk tengok menu-menu diet dan juga senaman yang sesuai. Saya mula belajar untuk kira kalori makanan saya supaya saya tak terlebih ambil kalori dan pastikan semua kumpulan nutrisi ada dalam setiap hidangan yang saya ambil. untuk kurus pun kena ada ilmu tau...bukan main hentam jer. Silap cara bukan jer berat tak turun malah makin bertambah..haruuu tuuu. 

Saya ambil banyak makanan yang di bakar, kukus dan rebus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya tak ambil air bergula dan makanan berminyak dan bergula. Mula-mula memang susah, tapi lama-lama dah biasa. Sesekali (ehh macam selalu jer) saya adakan 'cheat day' dan makanlah apa yang teringin tapi masih dalam keadaan yang terkawal. Saya pun mula rajin jogging dan sesekali pergi juga ke gym. Kejayaan mengawal berat badan di tentukan 80% melalui makanan dan 20% lagi senaman. Bersenamlah kita bagai nak rak tapi kalau lepas tu bantai makan tak hingat dunia tak guna jugak.
Antara breakfast saya overnight oat dengan kurma dan fresh fruit. Selain sedap ia juga sangat mengenyangkan.
Antara buah-buahan yang sesuai untuk yang sedang berdiet
Antara lunch saya. Nasi segengam jer ye. 
Antara menu dinner saya, rebus-rebus jer tapi tetap sedap dan kenyang
Sudah lebih kurang 8 bulan jugak saya amalkan 'eat clean' ni. Saya tetap dapat makan sedap-sedap dan dalam masa yang sama saya dapat jaga kesihatan dan dapat kurangkan berat badan juga. Untuk rekod, saya berjaya turunkan berat lebih kurang 15kg dalam 8 bulan ini. Ringkasnya seperti berikut

Berat asal pertengahan Feb 2018 lebih kurang  - 74kg
28/02/18 (lepas 2 minggu atkins)                    - 69kg
18/04/18                                                       - 65kg
03/06/18                                                       - 60kg
19/08/18                                                       - 58kg

Berat semasa rasanya macam dah naik aje. Lama dah tak pergi gym sebab weekend asyik balik kampung jer sebab adik nak kawin dan kalau balik kampung maknanya makan..makan..makan dan makan. InsyaAllah selesai majlis saya nak cabar diri #roadto55kg pulak. Harapnya suami saya tak bisinglah sebab suami saya tak suka saya kurus sangat. Dia support apa saya buat tapi dalam masa yang sama ada rasa tak suka jugak...hahaha..

Dalam proses menjadi lebih sihat ni, sebenarnya banyak benda lain yang kita dapat belajar. Salah satunya menjadikan kita seorang yang ada matlamat dan bila kita ada matlamat kita akan berusaha sehabis daya untuk mencapai matlamat tersebut. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, mesti ada matlamat dan kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk capai matlamat tersebut walaupun ada halangan atau dugaan. 

Selain itu bila kita sihat dan kurus, secara tidak langsung keyakinan diri akan meningkat. Contohnya sebelum ini kalau nak pakai baju apa-apa mesti dua tiga kali mintak pandangan suami dan anak-anak sebab tak mahu pakaian yang kita pakai itu akan menampakakn kita lagi gemuk. Colour pun pilih colour-colour yang gelap aje supaya tak nampak gemuk. 

Apapun yang kita buat niat kita kena betul. Macam saya niat asalnya sebab doctor yang suruh, tapi sekarang nak kurus sebab nak sihat dan cergas. Tak guna juga kalau kurus jer tapi tak sihat kann. Sihat tu pun jihad juga. Kalau tak sihat macam mana kita nak beribadat nak bekerja dan sebagainya. Orang yang pernah sakit jer tau betapa nikmatnya sihat itu. Jadi jagalah kesihatan, jaga pemakanan dan jaga stamina. 

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Tiada yang mustahil, asalkan ada kemahuan di situ ada jalan. Selamat berusaha.