Wednesday, 17 October 2018

Selamat Pengantin Baru Lina & Redza

Alhamdulillah majlis pernikahan adik saya Lina dan pasangannya Redza telah selamat dan sempurna berlangsung pada Ahad 14/10/18.  Kali pertama abah menikahkan anak perempuan dia ialah 16 tahun lebih yang lepas. Walaupun ini kali ke dua abah menikahkan anak perempuannya tapi abah tetap rasa cuak jugak. Malam sebelumnya puas abah menghafal nama menantunya takut tersasul..hahaha..puaslah kami anak menantu mengusik abah. Abah siap cakap agak-agak dia goyah esok dia suh jer pak imam yang nikahkan adik saya.

Syukur sekali lafaz jer itupun lepas 3 kali rehearsal. Baik pak mentua, baik menantu sama-sama nervous. Lepas nikah saya terus keluar kerana perlu bertugas di luar. Tak tengok pun majlis selepas nikah tu. Esok tengok video jer lah. Kali ini kami sekeluarga telah memilih tema biru gelap untuk pakaian kami. Untuk lelaki berbaju melayu dan yang perempuan kainnya batik dan topnya biru gelap. 
Gambar keluarga semua tak senonoh..dengan tak cukup corum lagi..tunggu jer lah gambar dari potographer nanti
Majlis kali ini di buat secara sederhana sahaja menurutkan permintaan adik saya yang mahukan majlis seringkas boleh. Walaupun majlis berscala kecil dan sederhana tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga dan orang kampung. Cuaca pun cerah tak hujan sepanjang hari walaupun malam sebelum majlis hujan lebat sangat. Cuma keadaan laman agak becak tapi itu bukanlah satu masalah besar. 

Kenduri kali ini kami sekeluarga mengambil pakej catering sahaja. Pertama kali untuk keluarga saya dan rasanya pertama kali juga di kampung saya kenduri kahwin tidak di buat secara gotong royong atau rewang. Kami mengambil pakej catering dari Sutera Catering. Alhamdulillah service mereka sangat bagus dan banyak membantu kami dalam memastikan kelancaran majlis. Habis kenduri tak ada periuk belanga bekas memasak yang perlu kami cuci. Tak ada bahan-bahan mentah yang terbazir seperti sebelum ini.

Selain lauk pauk kenduri yang di sediakan oleh pihak catering, kami juga sediakan menu tambahan seperti apam balik yang di masak panas sewaktu majlis, pisang dan keladi goreng, laksa dan cendol, jagung rebus serta kuih muih dan kerepek. Tapi tulah dah sibuk-sibuk..gambar semua tak dan nak amik. 

Majlis yang berlangsung seawal jam 9.30 pagi telah berakhir dalam pukul 4 petang. Terima kasih pada semua yang hadir merai, pada yang merewang, pada yang menyumbang makanan dan tenaga , saya sekeluarga mengucapkan riabuan terima kasih. Kami juga pohonkan kemaafan sekiranya ada terkurang layanan atau apa sahaja kekurangan daripada pihak saya dan keluarga. Pada keluarga Redza yang datang dari PD tunggu kedatangan rombongan Tanjung Karang pulak ke sana ye 27hb October nanti.
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan/ puan yang sudi datang

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Untuk Lina dan Redza selamat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh keredhaan dan kerahmatan. Kena banyak-banyak sabar, macam-macam nak hadap dan tempuh dalam kehidupan berumahtangga ni. Terima segala kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kami doakan kalian sentiasa berbahagia hingga ke Jannah dan di kurniakan Lina jr dan Redza jr yang soleh dan soleha.

Daun selasih daun pudina
Dihias pula di taman hati
Tahniah Redza dan Lina
Moga kasih kekal abadi

Gambar ambik dari IG photographer
                          بَارَكَ اللهُ لَكُماَ وَبَارَكَ عَلَيْكُماَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Semoga Allah memberikan berkah kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkahan kepadamu dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan"


No comments:

Post a Comment