Wednesday, 15 August 2018

Arissa mana???


Assalamualaikum...

Ini kisah yang jadi pada hari jumaat 11/05/18. Dah 3 bulan berlalu tapi saya nak abadikan di sini sebagai ingatan buat diri saya. Kisah Arissa hilang atau lebih tepatnya tertinggal memang sangat mencemaskan. 

Sempena cuti  peralihan kerajaan dari BN ke PH, saya dan adik-adik saya telah merancang untuk balik ke Perak dan seterusnya ke Lumut untuk mencari bilis untuk stok bulan puasa nanti. Waktu semua sedang bersiap-siap hendak ke lumut, Arissa entah apa yang tak kena telah buat perangai (tantrum). Untuk memujuk dia, suami telah bawak dia keluar dulu. Bila semua dah siap, semua pun masuk kereta untuk gerak ke lumut. Saya, suami, mak dan adilah satu kereta. Sebelum gerak saya dah tanya suami mana Arissa memandangkan dia orang yang terakhir bersama Arissa. Suami jawab dia naik kereta dengan atok, auntie, acik dan cik AD nya. Jadi saya pun tak fikir apalah sebab suami sendiri yang dah iyekan anaknya ada di kereta satu lagi.

Kitaorang keluar rumah waktu tengahari dan masa tu perut masing-masing pun dah lapar. Makanya abah ajaklah berenti makan tengahari dulu dekat kedai favorite dia bila ke lumut. Bila sampai di kedai makan, saya terus bertanya tentang Arissa kerana saya tak nampak dia. Semua pun terperanjat kerana menyangkakan Arissa bersama saya. Saya pulak mati-matian ingat Arissa naik kereta abah. Allahuakhbar rasa nak pecah dada. Dalam kepala mulalah terbayang-bayang perkara yang tidak elok. Dalam masa sejam macam-macam boleh jadi kepada budak  kecik seumur 7 tahun. 

Adik saya AD terus ajak saya dan suami berpatah balik ke Changkat Lada untuk cari Arissa. Macam nak terbang AD bawak kereta. Perjalanan yang setengah jam itu terasa seperti berjam-jam. Air mata memang tak berhenti mengalir. Doa tak henti-henti saya panjatkan kepada yang Esa semoga Arissa selamat. Sampai di rumah semua terus meluru keluar mencari Arissa. Pusing keliling cari, tetapi Arissa tak ada. Saya terus berlari ke rumah sebelah, sementara suami dan AD terus mencari di sekitar taman perumahan.


Arissa Mirza kesayangan semua

Beberapa kali beri salam, baru jiran sebelah buka pintu. Adoi dalam keadaan kecemasan macam ni rasa nak aje saya jerit supaya cepatlah bukak pintu. Syukur alhamdulillah, jiran ni bagitahu anak saya ada dengan isteri dia. Isteri dia tengah bawak Arissa ke rumah pakngah nya. Padahal adik saya tu pun tak ada sebab dia pun ikut ke lumut. Tak berapa lama kemudian, isteri jiran ni balik dengan arissa sekali sebab dia tak jumpa pun rumah adik saya sebab arissa tak ingat jalan.

Saya terus peluk cium Arissa. Ya Allah syukur padaMu kerana aku masih dapat berjumpa dengan anakku. Mujur saja Arissa tidak terus berlari ke jalan besar dan mengejar kereta kami tadi, sebaliknya dia kembali ke rumah bila dia tahu kami semua tak perasan yang dia mengejar kami. Ya Allah tak pernah terfikir benda macam ni akan jadi pada saya. Benda yang jadi ni memang jadi pengajaran pada kami. Suami saya lah yang paling rasa bersalah sebab dia yang bersama arissa sebelum meninggalkan rumah tadi dan dia yang dengan yakin cakap arissa ada di kereta lagi satu.

Kat kedai makan pulak, kecoh cerita arissa hilang. Masing-masing juga tak lalu makan sehinggalah kami khabarkan yang arissa dah kami temui. Pak Ngah pun dah berkali-kali nak patah balik nak cari Arissa tapi abah tahan suruh tunggu dulu. Mak bagi tahu dia cemas sangat bila dengar arissa hilang sebab dia pernah rasa sakitnya kehilangan anak lagi-lagi kehilangan yang abadi. Nenek terus suruh atok buat sujud syukur. Nasib baik jugak abah ajak berenti makan, kalau tak sampai ke lumut lah baru semua sedar Arissa tak ada. Memang tak jadilah nak beli bilis semua tu.

Abah punyalah membebel, macam mana saya boleh tak terfikir nak whatsapp atau telefon tanya Arissa ada atau tidak di dalam kereta abah. Adoii abah, benda kalau nak jadi, benda yang biasa kita buat pun jadi tak biasa. Bila tanya pada Arissa kat mana dia waktu kita semua pergi, dia kata dia kat belakang rumah dan dia nampak kereta gerak tinggalkan rumah. Lepas tu dia lari ke depan cuba kejar tapi semua tak nampak dia, Dia patah balik dan cuba nak masuk rumah, tapi semua berkunci, jadi dia duduk depan rumah sambil nangis. Aduhh kesiannya anak mama, mesti dia takut masa tu.

Jiran sebelah yang nampak dia nangis sorang-sorang depan rumah terus panggil dia ajak ke rumah dan tanya. Bila di tanya nombor telefon saya atau suami Arissa tak ingat. Lepas tu dia mintak di hantar ke rumah pak ngah tapi tak jumpa pula. Ya Allah sesungguhnya kejadian itu akan saya ingat sampai bila-bila. Selalu dok terfikir macam mana orang boleh sampai tertinggal anak, tapi bila dah jadi kat batang hidung sendiri baru tahu rasanya. Sendiri mau ingatlah orang kata.

Apa yang jadi ini sesungguhnya atas izin Allah untuk memberi pengajaran pada hambaNya yang sering leka ini. Anak-anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Oleh itu wajiblah kita jaga sebaik-baiknya. Terima kasih Ya Allah..
Gambar kat Dataran Lumut ..baru mama & papa mampu tersenyum..

Balik dari lumut melepak depan rumah sambil bercerita kembali kisah Arissa yang tertinggal


No comments:

Post a Comment