Assalamualaikum....
Buat ni malam khamis last week kot...kira entry basi la ni...tak kira lah nak juga cerita kat blog...hehehe...saya buat ni, sementara nak tunggu anak-anak sampai dari kampung. Isnin sampai khamis tu kan periksa UPSR, so sekolah kebangsaan tak sekolah. Sekolah agama pulak si Adilah telah mencutikan dirinya sendiri...suka hati jer kan....juamaat tu dia dah mula sekolah, jadinya khamis malam tu nenek..atuk..acik..ngan auntie angah serta anak-anak hantar kan lah si adilah ngan arissa ni balik..
Sebenarnya dah lama teringin nak buat red velvet cheese brownies ni..resepi pun dah siap-siap print. saya ambik resepi dari SINI..Gambar brownies kak Shiela sangat-sangat menggoda..tak tau la mengapa camera saya..gambar jadi kelabu...biar gambar tak cantik..janji rasanya sedap...tak tipu ni..memang sedap sangat..anak-anak ngan suami berebut-rebut makan..yang belum cuba tu wajib cuba ye...memang tak menyesal la...
Resepi Red Velvet Cheese Brownies
Sumber Rujukan: Shiela Spice Journey
Brownies
Bahan-bahan
250 gm High Grade Butter
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml natural yoghurt
11/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek *
1 sudu teh pure vanila ekstrak
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh cuka/ lemon juice
1 sudu teh wilton red gel paste/ pewarna merah
*Nota: Cara buat tepung kek
Bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum. ayak sebelum digunakan. kandungan tepung jagung dalam kek yang membuat rasanya lebih sedap.
Cara-cara
Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung kek bersama serbuk koko. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul gula kastor dan telur hingga sebati.
Masukkan mentega dan minyak jagung yang telah di cairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan yoghurt yang telah di bancuh dengan gel pewarna merah, pukul sebentar hingga mesra.
Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di adun hingga sekata. Tuang vanila extract, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk membuat corak atas cheese nanti.
Akhir sekali campurkan soda bikarbonat dan cuka/ lemon juice di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat-cepat ke dalam adunan. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang 4 segi bersaiz 9"x9" atau 10"x10" terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C atau hingga masak.
Lapisan Cheese
Bahan-bahan
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A
1 sb jus lemon
Cara-cara
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudia masukka telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment