Thursday 6 February 2014

Al Fatehah Hj Mohamed Yunus Bin Hj Ibrahim (1942-2014)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. 
Dari ALLAH kita datang...keplada ALLAH kita kembali. 

Tak tahu dari mana saya nak mula menulis...belum cerita apa-apa pun, air mata laju menuruni pipi. Saya pernah cerita keadaan kesihatan bapa mertua saya disini. Enam hari selepas entry tersebut saya tulis, bapa mertua saya pergi untuk selama-lamanya pada jam 4.15 petang, Ahad 2hb Februari 2014 pada usia 72 tahun.  
Walau terpisah jasad namun abah tetap dalam ingatan kami. Semoga roh abah di cucuri rahmat
 dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman 
Abah pergi pada hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 12 tahun. Apakah hikmahnya hanya Allah yang tahu. Abah pergi tatkala isteri dan semua anak menantu ada di sisi, kecuali saya dan suami. Sepanjang minggu lepas suami memang duduk di rumah mertua. Pergi dan balik kerja dari sana. Saya pula sementara cuti raya cina, dengan izin suami saya balik ke kampung saya bersama anak-anak. Kebetulan pula anak saya Arissa demam panas. 

Hari sabtu petang suami pun menyusul saya ke kampung kerana risaukan keadaan Arissa. Malamnya saya bawa Arissa terus ke hospital memandangkan badannya semakin panas. Saya dah mintak suami untuk balik ke Klang semula, tapi dia nak teman saya dan Arissa di hospital. Pasal Arissa saya akan cerita dalam entry yang lain. Ahad pagi tu lepas keluar hospital, sekali lagi saya suruh suami balik, tapi dia cakap kejap lagi. Tengah dia menonton  MLM kakak ipar saya call kata abah dah nazak.

Kelam kabut dia balik sampai tertinggal telefon. Lebih kurang 15-20 minit lepas dia pergi adik ipar saya pula telefon kata abah dah tak ada. Suami pulak memang tak dapat nak di hubungi. Saya tak boleh bayangkan keadaan suami bila dia sampai nanti tengok abah dia dah tak ada. Rupanya betul, suami saya pengsan bila sampai rumah mertua saya. Dalam masa yang sama badan Arissa pun masih panas, muntah-muntah lagi. Masa tu saya tak tahu macamana nak gambarkan betapa walangnya hati saya. Saya cuma mampu berdoa suami dan Arissa tak apa-apa.

Saya sampai rumah mertua dalam pukul 9 malam. Minggu lepas hari sabtu last saya jumpa abah. Waktu saya salam abah, abah pengang kuat tangan saya sambil dia nak cakap sesuatu. Tapi masa tu abah dah tak boleh cakap jadi saya tak faham apa yang abah nak sampaikan. Hari ini saya cuma dapat menatap tubuh kaku abah. Abah pergi tanpa tunggu suami, saya dan anak-anak saya sedangkan anak, menantu dan cucu-cucu yang lain semua ada di sisi. Ya Allah apakah hikmahnya? Adakah abah tak sayang pada kami. Saya tahu tidak baik berfikiran begitu, tetapi saya tak boleh lari dari memikirkannya.

Abah pergi pada ulangtahun perkahwinan kami, pada saat Arissa sedang sakit dan di takdirkan kami anak beranak tak ada di sisi abah. Aduh sedih sangat dan suami tentunya paling ralat. Namun siapalah kami untuk melawan takdir Tuhan. Kami redha dan saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan kekuatan pada kami. Anda tahu siapa anda.

Jenazah abah telah selamat di kebumikan lebih kurang jam 11 pagi. Ramai saudara mara, sahabat handai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Dari rumah jenazah telah di usung ke masjid untuk di sembahyangkan dan dari masjid di bawa dengan van jenazah ke tanah perkuburan Islam Kg Pendamar. Selamat tinggal abah, sebanyak mana kami menyanyangi abah, tapi ALLAH lebih sayangkan abah. Kami juga akan menyusul abah suatu hari nanti.

Yasin dan tahlil di kubur..Arissa nampak rambut tu sampai tertidur-tidur .
5hb Februari 2014 hari jadi abah yang ke 72 tahun. Hanya bacaan Yasin dan Fatiha yang dapat kami anak, menantu dan cucu hadiahkan pada abah. Emak mertua pastinya orang yang paling terasa kehilangan abah. 51 tahun berkongsi suka dan duka, kini emak di tinggal sendirian. Sedangkan saya yang baru 12 tahun bersama, kalau suami tak balik 2..3 hari pun dah terasa kehilangan, rasa rindu, apatah lagi emak mertua saya yang dah separuh abad bersama. Malam sebelum arwah abah di kebumikan, emak tidur dekat tepi katil arwah. Itulah malam terakhir emak tidur di sebelah kekasih hatinya sebelum terpisah jasad dan badan.

MIL dan arwah FIL..loving kan . Mereka kekal bersama hingga ke anak cucu.
Hanya kematian yang memisahkan mereka
Emak mertua ada cerita, arwah abah ni dulu garang dan tak romantik. Tapi sebelum abah jatuh sakit, 2 ke 3 kali juga arwah abah suapkan emak makan, baring kat riba emak waktu lepas solat. Kata emak benda-benda ini abah tak pernah buat sebelum ni. Mungkin ini antara tanda-tanda yang abah nak pergi tinggalkan emak buat selama-lamanya.

Al- Fatihah buat arwah ayahanda mertua Hj Mohamed Yunus Bin Ibrahim.


No comments:

Post a Comment