Apa khabar semua..harap semua sihat..almaklumlah sekarang ni musim ramai orang tak sihat. Saya ni pun dah dekat sebulan batuk tak baik-baik. Baru dapat tau pulak kawan saya, suaminya dan anaknya yang sebaya anak saya Arissa di masukkan ke hospital kerana denggi. Allahuakbar siannya..semoga kak Ida dan keluarga cepat sihat ye.
Alhamdulillah anak saya Arissa dah sihat. Seminggu lebih juga dia demam. Kali pertama Arissa demam teruk sampai terpaksa di letakkan di wad pemerhatian. Biasanya kalau demam pun tak macam demam sebab masih boleh main, masih boleh membebel-bebel dan masih boleh melompat-lompat. Tetapi kali ini memang dia betul-betul lemah. Arissa dah mula tak sihat sejak hari khamis sehari sebelum raya cina. Dia tak demam tapi selesema dan batuk. Nafas dia bunyi dan tak lancar. Sebelum ini dia pernah ambik gas sebab doktor kata Arissa ada semput sikit.
Hari jumaat sebelum balik kampung saya bawa dia ke klinik. Sekali lagi doktor bagi gas. Aduh mencabarnya nak menangani karenah Arissa bila jumpa doktor. Selalu tu suami ada tapi kali saya sorang sebab masa ini suami tengah jaga arwah bapa mertua saya yang tengah sakit. Nasib baik adik saya acu ada, kalau tidak memang kelam kibut.
Malamnya Arissa mula tak boleh tidur. Kejap-kejap dia terjaga sebab dia rasa tak selesa dan susah nak tidur sebab nafas tak lancar. Bila Arissa tak tidur, saya pun tak tidur sekali. Saya sapu dan gosok belakang dia dengan vicks bagi dia lega sikit. Pukul 3 lebih jugalah baru dia tidur. Aduhai siannya anak mama, kalau boleh di tukar mama rela tanggung sakit Arissa.
Ni kali kedua Cica kena ambik gas. Mula tu nangis tak mau..lama-lama senyap..lega kot |
Sabtu pagi tu, badan dia dah mula panas. Dia dah mula merengek mintak dokong aje, dah tak mahu main, tak mahu makan. Menjelang petang badan dia makin panas. Bibir pun merah sangat dan kering. Masa ni dia memang dah tak larat nak bangun. Asyik baring dan tidur jer. Cakap pun tak mahu sebab Arissa ni kuat membebel, jadi kalau dia tak mahu bercakap memang dia betul-betul tak sihat.
Masa ni dia dah tak larat sangat, asyik baring dan tidur jer. Selimut pun tak larat nak buang kalau tak jangan harap la nak berselimut biar sejuk camner pun. |
Keadaan kat unit kecemasan pada pukul 5 lebih pagi. |
Oleh kerana terlama lama dan tak sanggup nak tunggu lagi, ramai yang balik tanpa dapatkan rawatan doktor. Bila tanya pada pegawai yang bertugas di kaunter, mereka jawab doktor semua sibuk ada kes kecemasan. Habis yang kat luar ni nak tunggu pengsan dulu ke baru nak bagi rawatan. Pada pendapat saya patutnya ada doktor yang di tugaskan untuk pesakit luar dan ada juga yang untuk kecemasan. Jadi semua orang akan dapat rawatan dengan cepat.
Lebih kurang 2 jam menunggu baru lah nama Arissa di panggil. Bila doktor periksa terus Arissa di tahan untuk pemerhatian kerana suhu badan yang tinggi. Kata doktor lagi nasib baik cepat kalau tidak boleh kena sawan tarik. Aduhaiii doktor, saya dah datang 2 jam yang lepas ok, tapi mana doktor semua.. Syukur sangat Arissa tak apa-apa. Lepas masukkan ubat montot, kena tanggalkan pulak baju ngan seluar. Tengah-tengah malam Arissa kena mandikan dengan air sejuk. Apalagi meraungla budak tu. Kesian sangat tapi demi nak baik dan tak mahu Arissa kena masuk wad, tahankan la hati.
Sabar sayang, sikit jer. Tak sanggup nak dengar tangisan dia. |
Setiap sejam nurse akan datang untuk ambil bacaan suhu badan Arissa. Arissa hanya akan di benarkan balik bila suhu badan dia dah mencecah bawah 38 darjah C. Sehingga jam 5 pagi suhu badan Arissa dah turun tapi masih di atas 38 darjah C dalam 38.2 ke 3 cam tu. Kebetulan pula nurse yang bertugas malam tu adalah kawan sekolah rendah saya dulu, jadi saya mintak pada dia nak keluar. Saya dah tak tahan tengok Arissa menangis kesejukan dan kesian juga pada pesakit lain yang tentunya tak boleh tidur sebab tangisan arissa. Sebelum balik sebiji lagi ubat montot di masukkan.
Masa ni dia lena sangat sampai tak sedar kapas basah kat badan dia .. bila dia terjaga habis smua benda tu di campaknya. |
Lagi satu kemajuan hospital ni, Farmasi di buka 24 jam. Kalau dulu waktu bekerja sahaja. |
Cica comel..Cica dah debab cam mama. Makan banyak , cakap banyak. Semoga anak mama terus sihat. |
No comments:
Post a Comment