Hari ni buka blog rasa pelik..eh apsal gambar header tak ada..tengok gambar kat entry pun banyak yang hilang...aduhh kenapa ni..call Rose tanya apa nak buat, dia suruh refresh. Buat ulang-ulang pun tetap sama...rasa nak menjerit..nak menangis semua ada...nasib baik bukak kat office, kalau kat rumah dah meraung kot...
Benda dah jadi redha jer la. Nanti pelan-pelan saya letak balik gambar. Hilang terus niat nak update entry. Kebetulan cakap dengan rose lama pulak. Sejak dia kawin ni jarang dapat borak lama-lama. Ia lah orang dah ada bestfriend baru. Mana nak ingat kat kita ni...Hahaha..
Ehsan google |
Rose bagi tau dia ngan suami nak pergi Umrah bulan depan...berapa hb tak ingat pulak tadi. Sesungguhnya berita ini lagi sedih daripada kehilangan gambar-gambar dalam blog. Saya sedih bila dengar kawan-kawan pergi UMRAH. Sedih kenapa bukan saya yang terpilih untuk ke Sana. Bibik sebelah rumah saya yang cuma jadi pembantu rumah pun dah dua tiga kali pergi Umrah. Walaupun majikan yang bawa tetapi tanpa jemputan dari Allah swt dia pun tak akan jejak kaki ke sana. Semunya atas izinNya. Jadi saya kena redha yang Tuhan belum jemput untuk saya ke Sana.
Rose serius aku dengki sangat kat ko. Rezeki ko kawin dapat pergi umrah sekali lagi. Aku ingat lagi dulu ko cakap kat aku " long nanti kalau ko nak pergi umrah ko pergi la ngan laki ko" sebab masa ko pergi tu ko jumpa ramai couple yang buat umrah. Masa tu kan ko pegi ngan parents ko. Akhirnya Tuhan makbulkan kata-kata ko, tapi bukan aku ngan laki aku yang pergi tapi ko ngan laki ko yang pergi.
Rose ko tolong doakan aku dapat ke sana jugak ye. Seru nama aku dalam setiap DOA ko ye dan aku doakan semoga ko dan suami akan dapat umrah yang mabrur, selamat pergi dan balik, juga semoga Tuhan kabulkan doa ko untuk bagi aku anak sedara. Walaupun masih lambat lagi ko pergi, aku nak juga tulis pasal ni, kot-kot aku lupa nanti.
Pasal tajuk entry tu saya sebenarnya sedang mendidik diri untuk REDHA dan SABAR menerima segala ketentuanNya samada nikmat atau musibah. Bukan senang untuk terima segala yang terjadi dengan redha dan sabar, lebih-lebih lagi bila ditimpa musibah dan kesusahan. Mula lah timbul pelbagai persoalan kenapa, mengapa, bila dan sebagainya. Walhal setiap yang terjadi adalah yang terbaik dariNya walaupun kita tak suka benda tu dan setiap ujian yang di beri adalah mengikut kemampuan kita.
Ehsan google |
Setiap kesusahan itu pula di beri jalan keluarnya samada cepat atau lambat. Apa yang kita kena buat adalah teruskan berusaha, berdoa dan tawakkal pada Allah tanpa rasa ragu-ragu dan putus asa. Jika di beri nikmat pula hendaklah kita sentiasa bersyukur. Oleh itu saya akan sentiasa redha dan sabar menerima segala yang terjadi kerana di situ kunci ketenangan jiwa dan saya sangat-sangat yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Contoh paling dekat, kehilangan gambar-gambar dalam blog saya. Mula tu memang rasa sedih tapi bila saya rasa redha saya nampak hikmah di sebalik gambar-gambar yang hilang. Sebenarnya saya tak tau pun macam mana nak letak gambar kat header tu sebab dulu Rose yang buat untuk saya, tapi kerana kehilangan itu saya dah tau caranya. Bagi yang master memang tak de hal la tapi bagi saya budak baru belajar ni, saya nampak itu satu hikmah yang besar la. Bila kita redha, fikiran jadi tenang dan segala masalah pun boleh di atasi.
Cantik tak header baru saya. Cantik kan sebab ada gambar dua budak nakal kesayangan saya. Itulah Adilah dan Arissa jantung hati saya, kekuatan saya, kawan bergaduh dan bermanja saya.
Cantik tak header baru saya. Cantik kan sebab ada gambar dua budak nakal kesayangan saya. Itulah Adilah dan Arissa jantung hati saya, kekuatan saya, kawan bergaduh dan bermanja saya.
No comments:
Post a Comment