Saturday, 15 December 2018

Family Trip Langkawi 7-10 Disember 2018 - Day 3

Nak balik dahh kita..kejap jer rasanya kat sini. Pagi ni semua bangun awal sebab nak packaging beg sebab nak check out awal dari apartment. Beg semua dah beranak berganda-ganda. Jadi semua beg kena hantar dulu ke jetty. Kalau angkut kitaorang sekali memag semua kena duduk atas beg lah.


Beg oren saya tu sampai putus tali lah. Beg tu berat dan padat giler dengan coklat.

Sementara van hantar beg ke jetty, rombongan cik kiah yang lain kenalah menapak ke mamak semalam untuk breakfast. Best apa exercise pagi-pagi. Lepas breakfast bekejar ke Rams. Kira last kopek shopping lah kat langkawi. Kat Rams sempat rempat kuali tefal yang kecik ngan coklat dan ovalmaltine. 

Pada pengamatan saya harga kat sini lebih murah sikit berbanding HIG dan setengah barang yang tak ada di tempat lain ada di sini. Contohnya nutella 350gm tu saya beli kat HIG RM12.50 tapi kat Rams murah seringgit. Ovamaltine tu cari tempat lain tak jumpa, kat sini baru jumpa. Coklat Whittaker yang 250gm pun tempat lain RM15.90 satu, kat sini RM13.90 aje. Tapi malangnya tak banyak flavor yang tinggal.
Last minit acu kirim kisses ni. 3 paket RM45

Dari Rams terus gerak jetty. Feri kitaorang hari ni pukul 12 tghari. Jetty kat Langkawi ni lebih selesa dan tak padat sangat macan jetty Kuala Perlis. Urusan kastam pun lancar jer dan feri pun tak delay.

Gambar-gambar Cica ni dia yang mintak mama snap. Macam-macam pose dia bagi. Kalau kena ngan mood dia, memang cun lah pose dia, tapi kalau sampai angin kus-kus dia, apa pun tak boleh.

Sampai Jetty Kuala Perlis lebih kurang pukul 1 petang. Kena tunggu pulak pak supir semua amik kereta dekat tempat parking. Kat Jetty ni trolley dia kita kena sewa RM2 satu trolley. 

 Sempat lagi dia main kereta sementara tunggu papa.

Settle semua masuk beg dalam kete, gerak pulak ke Restoren Sarang Burung Perlis. Restoren ini rupanya agak popular di kalangan pelancong. Cuma waktu kami sampai tu lauk pauk dah banyak habis. Nampak banyak menu kampung yang di sediakan di restoren ni. Tapi jangan risau, lauk pauk habis kita boleh order masakan panas. Jadi ada lah pilihan lain di sini. Harga makanan di sini pun agak beraptutan. Kat sini juga di sediakan surau jadi kitaorang terus jer solat di sini sebelum gerak ke Padang Besar.

Tak sangka terserempak dengan Wawa kat restoren ni. Punyalah jauh jumpa. Wawa ni dulu hostel mate saya kat ATPN, KL. Wawa ngan keluarganya nak road trip ke Hatyai.

Masa dalam perjalanan ke Padang Besar hujan punyalah lebat. Sampai padang besar lebih kurang pukul 4.30 ptg. Kat sini ada sejam jer untuk membeli belah. Memang agak rushing juga lah dengan cica yang buat perangai lagi. Hurmm terpaksalah juga belikan senapang tu. Dalam kete dok menahan telinga dengan bunyi senapang tu..adoiii urut dada betul ngan budak sorang ni

Berenti main senapang sebab semua marah bising, dia main pulak kuali tu. Katanya goreng telur. Memang tak reti dok diam langsung. Ada je yang nak di buat main. Lantak situ lah janji tak memekak. 

Berenti kat RnR gurun untuk solat dan makan sebelum teruskan perjalanan. Patutnya last pit stop kat RnR Tapah. Tapi memandangkan pak supir saya mata dah berat jadi kitaorang berenti kat RnR Bakap kalau tak silap untuk lelapkan mata. Sejam jugaklah kitaorg tidur. Sampai subang dalam pukul 3 pagi. Masa ni k.long dah sampai subang dulu. Kenalah dia tunggu 20 minit juga sebelum kitaorang sampai.

Alhamdulillah semua pergi dan balik dengan selamat. Perjalanan rombongan cik kiah juga lancar dan di permudahkan. Perjalanan dengan kereta dan lama atas jalan raya agak meletihkan berbanding kalau menggunakan kapal terbang. Sejam dah sampai. Tapi bak kata anak buah saya izzat perjalanan dengan kereta lebih challenging sikit berbanding naik flight.  


Antara yang sempat di beli di Langkawi dan Padang Besaq. Pinggan mangkuk semua memang saya tak berhajat nak beli pun. InsyaAllah penuhkan tabung ayam dulu, lain kali kita datang langkawi lagi ye. 
TAMAT

No comments:

Post a Comment