Kek Pisang
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
** satukan dan ayak **
4 biji pisang berangan (saya lenyek pisang dan jadikan satu cawan)
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula ( separuh gula perang, separuh gula kastor)
3 biji telur
** blend semua **
Cara-cara
1. Tuang bahan yang di blend ke dalam bahan tepung.
2. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah di lapik dengan kertas dan di sapu butter.
4. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak. (Nak tahu dah masak belum
cucuk tengah kek dengan lidi. Kalau lidi bersih dah masaklah tu)
No comments:
Post a Comment