Tuesday 4 December 2018

Majlis perkahwinan Anis Dan Arief

Minggu ni giliran majlis perkahwinan sepupu saya pulak Anis Najiha dan pasangannya Arief. Anis ni anak bongsu makcik saya yang kami panggil wak Ended (wahhhh bunyi orang putih sangat kan). Wak ni kakak sulong pada mak saya. Dulu masa saya kerja sementara di Pejabat Daerah Klang, saya duduk dengan wak. Masa ni anis kecik lagi. Masih sekolah rendah tapi tak ingat darjah berapa. Saya dengan kakak anis, kak iza ni dulu "cousin buddies". Tapi sejak dia kahwin, kitaorang makin renggang. Jumpa bila ada majlis kenduri kendara jer.




Majlis Anis di adakan di dewan terbuka SK Johan Setia, Klang. Saya sampai dalam 12.30 tak lama sebelum anis dan arief di arak untuk majlis persandingan. Dah kahwin dah anis ni. Rasa cam kecik lagi budak ni, sebab fizikil dia memang kecik tapi umur memang dah layak kahwinlah..hahaha. Buat anis dan arief semoga mahligai yang di bina kekal bahagia hingga ke jannah. Anis ni jenis ceria dan kuat ketawa. Sekali dia ketawa memang bergegar lah tak padan dengan badan kecik dia. So semalam saya kata pada arief kenalah terima baik buruk anis. Ambik masa untuk mengubah sesuatu, bukan dan dan tu jam harap dia berubah.


Paling saya tunggu-tunggu kalau majlis kenduri ni sebab nak jumpa makcik pakcik dan sepupu-sepupu yang jarang2 dapat jumpa. Sedangkan adik beradik sendiri pun kadang berbulan tak jumpa, ini kan pula sepupu2 yang lain. Nasib baik sekarang ada Facebook, dapatlah tengok perkembangan terkini masing-masing. Bila dah jumpa seronok borak jer, gambar2 semua lupa nak amik.

Macam-macam makanan ada. Selain menu utamanya, set nasi beriani, ada juga di sediakan cendol, apam balik, laksa, pecal, aiskrim dan kuih muih. Nasi dalam pinggan dia atas bukan pinggan saya ye. Saya makan sikit jer tau..hahaha..Kuih tu saya amik untuk di kongsi beramai-ramai. Tapi sampai ke sudah tak di makan sebab semua kenyang makan apam balik. Bila tengok balik...ala rugi tak rasa. Selalu camtu lah..depan mata tak teringin nak makan, bila tengok gambar mulalah telan2 air liuq..
Budak mok ni ntah berapa batang aiskrimlah dia tala. Makanlah Cica selagi larat. Puaslah dia dengan sepupu2 dia berlari-lari kat kawasan sekolah yang luas tu.

Oleh kerana kita ke majlis kahwin, amik gambar pun kenalah fefeling cam pengantin baru jugak..hahaha..sila jangan muntah hijau ye..

No comments:

Post a Comment