Cuti sekolah ni Arissa memang tak mahu ke rumah babysitter dia, sebab tahu kakak dia ada kat rumah. Jadi kalau rajin saya masaklah dulu pagi-pagi sebelum pergi kerja. Kalau saya malas pandai-pandailah depa berdua tu nak makan apa. Roti dan serial saya pastikan ada stok di rumah. Kadang-kadang saya belikan juga nasi lemak atau mee tapi sakit hati jer bila saya balik tengok tak berusik pun makanan tu.
Pagi tadi saya sempat masakkan depa daging salai masak lemak bubuh belimbing buluh amik dari pokok belakang rumah. Arissa suka makan nasi dengan kuah lemak kuning camtu. Boleh bertambah-tambah dia makan. Daging salai ni saya salai masa raya korban hari tu. Simpan dalam peti beku. Bila nak guna baru keluarkan dan hiris kecik-kecik. Masak lomak style nogori ni paling simple seabab tak guna banyak bahan cuma perlukan cili api, kunyit hidup dan santan.
Masak Lemak Daging Salai
Bahan-bahan
Daging Salai
Cili api
Kunyit hidup
Santan
Serai
Belimbing Buluh
Garam
Cara-cara
1. Hiris nipis daging salai dan masukkan dalam kuali atau periuk. Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah di tumbuk/ di kisar halus. Masukkan air dan renehkan hingga daging lembut
2. Masukkan serai yang telah di ketuk dan santan. Sentiasa kacau.
3. Apabila mendidih, masukkan belimbing buluh dan perasakan dengan garam. Kacau rata sehingga belimbing lembut dan boleh lah tutup api.
No comments:
Post a Comment